Majlis reunion sekolah bakal tiba tapi muncul pula jerawat di atas dahi. Jerawat ni macam tahu-tahu sahaja hari dan waktunya. Kalau dibiarkan pasti semakin besar dan menjadi tanduk kat atas dahi tu.

IKLAN

Kalau picit pula nanti meninggalkan parut, jadi apa nak buat ni? Nah, tak perlu bersolek tebal hanya semata-mata mahu menutup jerawat, cuba saja tip mudah ini.

(1) Pilih produk penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit
Sebelum bersolek, wajah perlu dirawat dengan set penjagaan kulit yang sesuai dengan jenis kulit. Begitu juga dengan pemilihan kosmetik. Anda perlu berhati-hati kerana jika tersalah pilih, jerawat akan makin merebak.

Sebaiknya kenali terlebih dahulu jenis kulit terutamanya yang memiliki kulit wajah berminyak. Kulit berminyak lebih mudah memerangkap kotoran menyebabkan pori-pori kulit tersumbat lantas menjadi punca jerawat.

(2) Oles bedak asas
Kunci kepada solekan sempurna adalah bedak asas. Sapu bedak asas dengan tona warna yang seakan sama dengan kulit. Jika kulit jenis berminyak lebih elok menyapu bedak asas jenis cecair agar sapuan rata dan sempurna. Jika menggunakan berus atau span, pastikan item tersebut bersih dan bebas bakteria.

(3) Kuasa penyamar noda
Jika kulit sedang bermasalah dengan jerawat, concealer atau penyamar noda adalah rakan karib anda. Selepas bedak asas, sapu penyamar noda terutama di daerah yang diingini itu.

IKLAN

Tapi, kadang-kadang penyamar noda ini boleh menyebabkan solekan nampak bercapuk. Oleh itu, jika anda memiliki wajah kering pilih penyamar noda daripada jenis cecair, manakala jenis berasaskan bahan mineral untuk kulit wajah berminyak.

Tak Perlu Bersolek Tebal, Cukup 6 CARA MUDAH Ini Untuk Samarkan JERAWAT Yang Bermaharajalela Di Muka

IKLAN

(4) Litupi wajah dengan bedak
Bedak asas dan penyamar noda tidak akan terserlah tanpa menyapu bedak di atasnya. Ketika jerawat sedang bermaharajalela, seelok-eloknya pakai bedak debu agar boleh membantu menyerap minyak di wajah. Jika berdegil mahu menggunakan bedak padat, hasilnya kulit semakin berminyak dan jerawat pasti kelihatan semakin parah.

(5) Elak pemerah pipi
Pemerah pipi berfungsi untuk menonjolkan tulang pipi. Ketika jerawat sedang membiak di atas kulit, pemerah pipi langsung tidak membantu memberikan solekan yang sempurna. Lebih parah lagi jika anda memakai bronzer untuk melengkapkan solekan. Bahannya memiliki partikel cahaya yang boleh menyumbat liang pori-pori wajah.

(6) Solekan sempurna dengan spray mist
Bagi mengekalkan solekan agar tahan lama dan jerawat terpelihara, sembur dengan spray mist selepas selesai bersolek. Semburan ini bukan sahaja membuatkan solekan tahan lebih lama malah dapat menyegarkan kulit wajah dan jerawat yang disembunyikan itu tadi. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI