Anda harus bangga sebagai seorang wanita ada semuanya, rumah tangga, kerjaya, kebebasan bersuara dan kebebasan untuk memegang jawatan yang secara tradisinya disandang oleh kaum lelaki. Jika dahulu, kaum wanita dianggap lemah, sekarang kita tidak sepatutnya merasakan kita begitu lagi kerana sebenar-benarnya, kebanyakan wanita kini memikul lebih banyak tanggungjawab daripada kaum lelaki.
Apabila kaum wanita pada zaman 60an dan 70an memperjuangkan hak-hak asasi untuk kaum wanita, kita terlupa untuk negotiate dengan kaum lelaki pada waktu itu untuk mengambil sedikit tanggungjawab rumah tangga yang sudah sedia ada. Kita berjuang untuk mengambil lebih banyak tanggungjawab dan akibatnya sekarang kita dilanda dengan tanggungjawab yang begitu banyak sehingga kadangkala terasa seperti hendak bernafas pun boleh terlupa! Memang kita wanita di zaman ini adalah wanita luar biasa; ‘serba boleh’, ‘serba penat’ dan selalu ‘serba stres’.
Kali ini, kita akan menyelami isu yang dikatakan Sindrom Superwoman. Memang betullah tu. Ada hari-hari di mana kita rasakan badan umpama ditarik dalam sepuluh arah yang berlainan; di mana kita benar-benar stres. Lalu kita bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sebenarnya kehidupan yang idam-idamkan? Bagaimana boleh berada di sini?
Ada wanita yang secara semula jadi suka menguji potensi diri sendiri, sejauh mana kita boleh pergi. Prinsip hidup yang mungkin kita amalkan adalah sekiranya hanya satu orang lain sahaja yang mempunyai ciri-ciri fizikal manusia sama seperti kita, boleh melakukan sesuatu yang kita tidak boleh,dan inginkan sifat atau kebolehan tersebut, kita juga pasti akan cuba melakukannya dengan terbaik. Ini menyebabkan kita sering mencuba cabaran-cabaran baru dalam hidup.
Kita juga percaya bahawa sebagai makhluk Allah SWT yang telah dikurniakan akal fikiran, adalah menjadi tanggungjawab setiap insan mengagungkan kebesaran kejadian Allah SWT dengan melakukan apa sahaja sebaik mungkin sebagai tanda syukur. Insan mempunyai kebolehan unik yang tersendiri dan sekiranya kita menjumpai kebolehan tersebut dan menggunakannya dengan sebaik mungkin, kita mempunyai potensi untuk menjadi seorang insan yang hebat. Sekiranya anda mempunyai potensi menjadi seorang insan yang hebat dalam cara unik anda yang tersendiri, kenapa pula anda hanya mahu menjadi seorang yang serba biasa dan bukannya insan yang luar biasa?
Walau bagaimanapun, dalam menangani hidup ini yang sememangnya penuh dengan cabaran, menambahkan beban untuk menjadi seseorang yang luar biasa ini atau Superwoman boleh menambahkan stres yang sudah sedia ada.
Selama ini apabila kita digelar Superwoman, kita menerima gelaran tersebut sebagai suatu pujian yang menyemarakkan lagi semangat untuk kita terus lebih ‘super’ lagi. Kita menjadi seorang yang ‘perfectionist’ yang tidak kenal erti penat; bangga apabila sakit tetapi terus bekerja dan tidak mengambil off-day dan seronok apabila tidak rasa bersalah mengambil masa bersantai dengan tidak berbuat apa-apa.
Kita berpendapat bahawa gelaran Superwoman ini adalah satu pencapaian sehinggalah ada yang membuat kaji selidik sendiri dan mendapati bahawa menjadi seorang Superwoman ini bukanlah semuanya baik. Sebaliknya, sifat seorang Superwoman yang tidak pandai mencari keseimbangan hidup boleh menjadikan sindrom tersebut pemangkin segala penyakit.
Persoalan seterusnya yang datang adalah, adakah ini bermakna sekiranya kita mahu menikmati kesihatan fizikal dan mental secukupnya dan hidup stress-free, kita terpaksa meninggalkan keinginan untuk menjadi seorang yang luar biasa? Ini tidak akan memberi kepuasan kepada diri kita sendiri. Mungkin untuk tidak mencuba sebanyak dan sebaik mungkin dalam apa bidang yang saya ceburi tidak akan memberi saya kepuasan dalam hidup. Tidak bolehkah kita menjadi seorang Superwoman yang Superhappy? Lalu kita harus membuat keputusan untuk memahami lebih lanjut mengenai Sindrom Superwoman ini.
KENALI SINDROM SUPERWOMAN
Pertama sekali, buat analisa diri saya sendiri untuk memastikan bahawa adakah anda termasuk dalam golongan mereka yang mempunyai sindrom ini. Jika dapati, sekiranya anda memang mencuba untuk menjadi seorang Superwoman, jawapannya adalah YA. Mereka yang mengalami sindrom tersebut, merasa tekanan untuk melakukan sebanyak yang mungkin; seorang ibu mithali di rumah, isteri yang penyayang, wanita berkerjaya yang berjaya, pengurus rumah tangga, teman yang baik, pandai menguruskan diri, mempunyai kehidupan sosial yang aktif di luar dan semuanya diperagakan dengan senyuman yang lebar di muka menunjukkan konon-kononnya menjadi seorang Superwoman ini adalah mudah sahaja.
Bukanlah sekadar melakukan seribu satu tugas, seorang Superwoman merasakan stres untuk memastikan bahawa setiap tugasan yang disempurnakan mestilah sempurna tanpa sebarang kecacatan. Sepatutnya merasa bangga atas pencapaiannya, seorang Superwoman sering merasa, keletihan, lemas dan kehilangan. Perasaan letih, risau dan tertekan sering dialami oleh mereka yang mengidap sindrom ini.
Seorang Superwoman tanpa menyedarinya meletakkan standard yang tinggi dan tidak munasabah terhadap dirinya. Dia mengejarkan hanya yang terbaik atau perfection dan mengukur kejayaannya dari segi produktiviti dan pencapaian yang dapat diukurnya. Standard yang tidak munasabah ini menyebabkan dirinya sentiasa dilanda tekanan emosi.
Seorang Superwoman itu semestinya seorang yang boleh melakukan beberapa tugasan dalam masa yang sama atau pakar dalam multi-tasking
. Tetapi seseorang yang mempraktikkan gaya hidup seperti ini di mana dia sering meletakkan kepentingan orang lain daripada kepentingan dirinya sendiri akan mendapati dirinya menghadapi satu breaking-point atau had maksima di mana kesihatan fizikal dan mentalnya akan terganggu ke tahap yang serius dan apabila beliau rebah, dia mendapati dirinya tidak dapat bangun semula.Penghidap Sindrom Superwoman ini boleh didapati dari sekalian lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan ibu, profesional, aktivis, penuntut-penuntut universiti dan semestinya usahawan.
Sindrom Superwoman ini bukanlah sesuatu sindrom yang unik. Ia akan dihadapi oleh mana-mana individu yang mempunyai naluri semula jadi untuk berjaya atau menang dalam segala yang dilakukannya. Keinginan untuk menang ini tertanam daripada sikap inginkan kepuasan diri atau personal satisfaction. Menurut Dr. Madeleine Ann Lewis, penulis buku Overcoming the Superwoman Syndrome, beliau mengatakan bahawa mereka yang mengalami sindrom ini sebenarnya mempunyai sifat-sifat:
Salah satu sebab mengapa Sindrom Superwoman ini berbahaya adalah kerana penghidap sindrom ini selalunya memikul tahap tekanan emosi atau tahap stres yang amat tinggi. Menurut Dr. Madeleine Ann Lewis juga, Sindrom Superwoman ini termasuk juga tanda-tanda fizikal dan psikologi daripada tekanan yang dialami oleh wanita yang mahukan hanya yang terbaik atau perfection. Sindrom Superwoman ini wujud dan boleh membawa kepada penyakit-penyakit yang berbahaya. Penyakit-penyakit yang berkaitan termasuk sakit jantung, sakit kepala, migrain,tekanan darah tinggi dan radang usus.
Stres juga boleh menyebabkan reaksi makan berlebihan atau pemakanan ubat-ubatan. Tanda-tanda anda mengalami sindrom ini adalah seperti :
This website uses cookies.