Nampaknya emart24 bakal menyemarakkan lagi gelombang ‘Hallyu’ di Malaysia, dengan melancarkan kedai kelima di Bandar Sunway, sekaligus mengorak langkah menjadi kedai serbaneka Korea yang berkembang paling pantas di negara asalnya dan Malaysia!

Ads
Tak Perlu Ke Korea, Kedai Serbaneka Popular emart24 Kini Di Malaysia!
Kosmetik popular Korea turut dijual di emart24!

Pelancaran ini menandakan lahirnya kedai ‘Reserve’ keduanya, dalam kurang daripada empat bulan sejak debutnya pada Jun 2021 yang lalu. Berpegang teguh pada janjinya, emart24 terus mentakrifkan semula pengalaman kedai serbaneka, dengan memberikan suntikan unik kepada rekaan dalaman setiap kedai ‘Reserve’ agar menampilkan ciri kelainan masing-masing.

Tak Perlu Ke Korea, Kedai Serbaneka Popular emart24 Kini Di Malaysia!
Vuitton Pang, Ketua Pegawai Eksekutif emart24 Malaysia

Selain mengembangkan rangkaian makanan ringan Korea yang diimport dari pelbagai label peribadi popular seperti No Brand, I’m e, dan Minsaeng, emart24 terus memperkenalkan item baharu untuk menu makanan segar mereka. Antara ciri kelainan di Kedai ‘Reserve’ Bandar Sunway ialah konsep baharu stesen Cupmyeon bagi memenuhi keperluan komuniti pelajar di sekitarnya.

Tak Perlu Ke Korea, Kedai Serbaneka Popular emart24 Kini Di Malaysia! Ia membolehkan pelanggan mencipta versi mi cawan Korea mereka yang tersendiri dengan pelbagai jenis topping hebat. Sos Ghost Pepper telah diterapkan ke dalam pilihan makanan segar yang utama, seperti Cupbap, Cupdak dan Tteokbokki, yang boleh didapati di semua kedai emart24 untuk masa terhad.

Ads

Tak Perlu Ke Korea, Kedai Serbaneka Popular emart24 Kini Di Malaysia!Turut membuat penampilan sulung dan eksklusif di kedai ‘Reserve’ berkenaan ialah rangkaian Kek Bento, iaitu pencuci mulut yang semakin popular dalam kalangan generasi muda. emart24 berazam menjadi peneraju gaya hidup dengan menyediakan barangan berpemintaan tinggi, namun tanpa lari daripada pengalaman peruncitan Korea.

Ads

Tak Perlu Ke Korea, Kedai Serbaneka Popular emart24 Kini Di Malaysia! Dari segi keselamatan dan kualiti makanan, emart24 komited untuk memastikan semua bahan yang digunakan untuk makanan segar dan makanan siap makan bersumberkan pembekal-pembekal yang diiktiraf Halal. Selain makanan, pelanggan juga dapat menikmati pelbagai produk kecantikan Korea (K-beauty) ditawarkan menerusi kerjasama dengan OnlyKorea, iaitu pengedar sah produk kecantikan Korea yang dikenali sebagai antara kumpulan peruncit kecantikan Korea yang terkemuka di Asia.

Tak Perlu Ke Korea, Kedai Serbaneka Popular emart24 Kini Di Malaysia! Susulan kejayaan kedai-kedai awal serta gelombang ‘Hallyu’ yang terus rancak di Malaysia, emart24 dikatakan sedang merancang untuk membuka 12 kedai pada akhir tahun, selari sasarannya untuk melancarkan 300 kedai dalam 5 tahun akan datang. Pelanggan kini boleh mengunjungi emart24 di Bangsar South, Desa Sri Hartamas, Kota Kemuning, Sentul dan Bandar Sunway dari jam 8 pagi hingga 10 malam, setiap hari!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI