Gaya Hidup

Tak Perlu Pergi EROPAH Nak Selfie Kat Jerami Gulung, YAN KEDAH Pun Ada

Sekali pandang umpama lautan Padang Jerami Gulung yang terkenal di Eropah. Pemandangan cantik dan memukau pandangan. Rupa-rupanya tempat ini bukan Di Eropah mahupun di Amerika Syarikat seperti yang dibayangkan tetapi terletak di utara tanah air, Yan, Kedah.

Gambar indah ini telah dikongsi oleh Mazuin Noordin melalui laman Facebooknya. Menurut wanita ini tempat ini adalah kampung ibu mentuanya iaitu di Kampung Sungai Limau, Yan, Kedah. Gambar ini pula hanya menggunakan telefon bimbit Iphone X. Pasti lepas ini ramai peminat fotografi yang akan singgah di kampung ini terutama apabila dalam perjalanan ke utara tanah air.

Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh Berita Harian, pemandangan itu sebenarnya dapat dilihat pada pertengahan bulan lalu selepas pihak Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), mula menuai jerami bagi mengelak pembakaran terbuka.

Setiap gulung jerami dianggarkan seberat 400 hingga 500 kilogram dan pihak MADA mensasarkan untuk menuai sehingga 4,500 tan metrik pada musim ini dengan anggaran 12,000 gulung di seluruh Kedah dan Perlis.

Jerami terbabit akan disimpan dalam 10 gudang kawasan (Pertubuhan Peladang Kawasan) PPK sebelum dijual kepada penternak haiwan dan pembuat kraftangan.

Menurut Ruslan Abdul Ghani Ahmad, Pengarah Bahagian Industri Asas Tani dan Bukan Padi, (MADA), tahun ini musim panas lebih lama dan menjadi tarikan apabila jerami menjadi lebih kuning dan berwarna keemasan. Proses menuai dan menggulung jerami itu pula menggunakan mesin khas yang diimport dari Itali.

Sumber: www.bharian.com.my

IKLAN
Share