Uncategorized

Tak Perlu Pergi Jauh Untuk Nikmati 7 CITARASA ASIA. SUNWAY HOTELS & RESORTS Bawa Menu Ini Untuk Anda!

 

Sunway Hotels & Resorts baru-baru ini memperkenalkan menu ala carte Signature Dishes yang mengetengahkan tujuh menu kegemaran serta menu pilihan yang disediakan oleh Ketua Chef di Sunway Hotels & Resorts  Malaysia, Cambodia dan Vietnam.

Menu-menu ini boleh didapati setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam di The Resort Café, Sunway Resort Hotel & Spa, Café West  di Sunway Clio Hotel, Coffee House  di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, Sun Café

di Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya. Lebih istimewa, ia juga boleh dinikmati di The Restaurant, Sunway Hotel Hanoi dan Sun Café di Sunway Hotel Phnom Penh.

Pada sesi bersama media baru-baru ini yang diadakan di Sunway Hotels & Resorts, wakil media diberi peluang menikmati hidangan signature dishes antaranya termasuklah Nasi Ayam,  yang disediakan oleh Cef Eksekutif Peter Lee. Hidangan kegemaran masyarakat Cina ini mengetengahkan gaya hidangan autentik yang sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia.  Sous Chef Logaraj Danaraj dari Sunway Clio Hotel pula mengetengahkan menu  Nasi Lemak Udang Berlada yang lengkap dengan telur separuh masak, ikan bilis goreng, kacang dan timun.

Jika sebut sahaja hidangan kari kepala ikan, ia sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Hidangan autentik yang disediakan oleh Executive Chef Rossham Rosli dari Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur ini sesuai dinikmati bersama nasi yang masih panas dan membangkitkan selera!

Selain itu, Char Koey Teow dan semangkuk cendol juga menjadi antara signature dishes yang harus dicuba  hasil air tangan Executive Chef How Tat Jui dari Sunway Hotel Georgetown dan Sunway Hotel Seberang Jaya.

 

Jika anda berkunjung ke Vietnam tidak sah jika tidak menikmati Deep Fried Spring Rolls yang popular sebagai pembuka selera. Executive Chef Nguyễn Diệp Quân dari Sunway Hotel Hanoi menyediakan menu kebanggaan negara Vietnam ini untuk dinikmati sebelum hidangan utama. Gabungan pengaruh Perancis dan Cina dalam hidangan Char Beef Lok Lak

yang disediakan oleh Cef Eksekutif Pan Sothea dari Sunway Hotel Phnom Penh melengkapkan lagi menu signature dishes Sunway Hotels & Resorts.

Hidangan tradisi Khmer ini menggunakan daging yang dimasak menggunakan light brown sauce enak dimakan bersama nasi, salad dan telur goreng.

Untuk maklumat lanjut, layari  www.sunwayhotels.com  untuk tempahan dan merasai sendiri keistimewaan 7 hidangan istimewa ini!

 

Share
Published by
Rosmah Idayu