Pemilik jenama produk kecantikan bibir jenama Mawarose, Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid atau lebih dikenali dengan nama pentas Mawar Rashid akui pernah hadapi masalah kulit breakout yang teruk.
Ads
Mawar turut mengakui, bahawa dahulu ketika menghadapi masalah kulit breakout dia juga mengalami masalah kurang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Namun, dia akhirnya mempunyai solusi bagi mengatasi masalah ini!
Jom baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana cara yang dikongsikan Mawar khas buat NONARIANS, tentang bagaimana Mawar mengatasi masalah kulit breakout dan bina semula keyakinan dirinya!
Malu Berdepan Orang Kerana Kulit Breakout?
Menurut Mawar masalah kulit breakout pernah dihadapinya ketika perubahan hormon sewaktu hamil dahulu dan akibat terlalu kerap berfikir akan sesuatu perkara-perkara.
“Sebenarnya kulit Mawar dulu breakout teruk, masa Mawar tengah mengandungkan anak pertama dulu pun kulit Mawar breakout teruk. Baru-baru ni sahaja muka Mawar rasa okay tetapi ada je dekat tempat-tempat hormon yang jika kita terlampau berfikir dia akan breakout.
“Tapi apa yang Mawar pegang adalah, yang penting your mental. Sebab bila Mawar tengok orang-orang yang ada breakout dia mesti macam banyak berfikir, tak cukup rehat dan akan terkeluar di muka,” ujarnya.
Tambah Mawar lagi gaya hidup yang tidak sihat juga mempengaruhi masalah kulit dan menjadi punca kepada masalah kulit breakout. Tetapi, cara Mawar mengatasinya adalah dengan memastikan kesihatan mental. Itu adalah perkara utama yang dilakukan Mawar.
Kesihatan Mental Refleksi Kulit Wajah Yang Sihat!
Menurut mawar bila mental kita sihat dan sentiasa berfikiran positif, maka ia akan terpancar melalui kulit wajah.
Ads
“Jadi itu Mawar punya priority nombor satu, pastikan diri kita jangan berfikir terlalu banyak. Kita kena sayang dan belai-belai kulit kita. Sebab bila kita sayang dan belai-belai kulit kita. Kulit kita pun akan sayang kita balik. Jadi bila kita nak massage kulit atau apa sahaja kita kena lakukan dengan penuh kasih sayang.
“Dan paling penting, kita kena selalu bagi tahu kulit kita yang kita ni cantik. Kerana kecantikan bermula dengan kita sayang diri kita. Jika kita tengok diri kita dan kita rasa kita cantik, maka orang lain akan nampak perkara sama. Tapi bila kita tak yakin dengan diri kita, kita akan rasa teruk dan daripada orang tak perasan flaws kita, orang jadi perasan,” ujar Mawar.
Mawar Tak Lakukan Rawatan Estetik Atau Facial!
Ads
Mengulas isu sama, Mawar turut mendedahkan bahawa dia tidak melakukan sebarang rawatan estetik mahupun rawatan wajah (facial) untuk memiliki kulit yang mempunyai tekstur glass skin. Tegasnya, dia hanya menggunakan produk kecantikan (skincare) yang tepat dan sesuai untuk kulit wajahnya.
“Jadi sekarang ni bila Mawar yakin dan hargai setiap kekurangan diri yang ada pada muka dan badan Mawar. Mawar kata tak mengapa, Mawar ni manusia. Mawar cantik dan Allah cipta Mawar dengan kecantikan. Jadi ia akan buat Mawar rasa yakin.
“Mawar tak pergi Facial atau apa, hanya bergantung pada skincare je,” dedahnya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Happy birthday Che Puan Sarimah Ibrahim dan suami! Tanggal 19 Februari lepas, Che Puan Sarimah Ibrahim genap menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-45. Lebih menarik, sehari selepas tarikh tersebut merupakan ulang tahun kelahiran suami tercinta, Yang Mulia (YM) Tunku Nadzimuddin YM Tunku Kecil Besar Negeri Sembilan Tunku Datuk Mudzaffar yang ke-51.
Menginjak usia 45 tahun, aura dan keanggunan Che Puan Sarimah tetap memikat. Dari zaman anak dara sampai sudah berstatus ibu seorang anak, penampilan selebriti cantik ini sentiasa menarik perhatian ramai khususnya peminat.
Apatah lagi Che Puan Sarimah mewarisi kecantikan kedua-dua ibu bapanya yang berketurunan Melayu-Irish.
Malah, beliau aktif mengamalkan gaya hidup sihat terutamanya melibatkan rutin senaman pilates dan gemar berkongsi aktiviti kecergasan tersebut di platform media sosial.
Menerusi kemeriahan sempena sambutan ulang tahun kelahiran di samping suami baru-baru ini, isteri Tunku Jamie berkenaan tampil santai dengan blaus bercorak.
“A fact: My mum and me share the same birthday. And my husband’s birthday falls on midnight for the next day! (20th) Amazing and full on kan!
You know birthdays come and go. But memories live on and stay close to the heart for a long time. Had a lovely birthday with my lovely family and close friends today.
I am blessed and fortunate. I am so grateful for my life and to be able to celebrate in good health. Alhamdulilah.”
Walau sibuk menguruskan keluarga, Che Puan Sarimah tetap ligat dengan kerjayanya sebagai pengacara.
Sehingga ke hari ini Che Puan Sarimah sudah 26 tahun menceburi bidang pengacaraan tidak kira untuk majlis santai, rasmi dan sebagainya.
Che Puan Sarimah dan suami, YM Tunku Jamie sah bergelar suami isteri pada 2 April 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu YM Tunku Sofia Najihah yang bakal mencecah usia empat tahun pada Julai nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
15 Mei lepas genap 57 tahun usia Madhuri Dixit! Macam tak percaya, dalam umur lewat 50an bintang filem blockbuster Bollywood Dil To Pagal Hai ini masih cantik jelita, awet muda dan berstamina.
Tidak lagi aktif berlakon, Madhuri bagaimana pun sering diundang ke program hiburan sebagai juri.
Semakin menginjak usia, jelitawan ini tidak menjadikan ia sebagai penghalang untuk aktif bersenam selain gemar menari.
Melihat gerak tari Madhuri Dixit terutamanya ketika meraikan 25 tahun filem Dil To Pagal Hai menerusi lagu Are Re Are, seakan mengubat kerinduan peminat.
Pada tahun 1999, Madhuri menamatkan zaman bujang dengan Dr Sriram Madhav Nene iaitu doktor pakar bedah kardiovaskular.
Selepas mendirikan rumah tangga, Madhuri berpindah ke Amerika Syarikat dengan suaminya dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arin dan Ryan.
Mengimbas kembali pembabitan Madhuri dalam industri perfileman India, dia mula menceburi kerjaya seni menerusi filem Abodh pada tahun 1984. Ketika itu, Madhuri baru meniti usia 17 tahun.
Semenjak berkecimpung dalam industri seni, Madhuri dikenali kerana rupa paras cantik dan bakatnya dalam tarian.
Selain itu, dia juga aktif menyertai badan amal UNICEF meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hak kanak-kanak dan isu buruh melibatkan golongan berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suatu ketika dulu, selebriti media sosial Atita Haris dan anak perempuannya Opi menjadi satu fenomena di kalangan warga maya. Dua beranak ini sering mencuri perhatian di platform media sosial dengan telatah mereka yang lucu tetapi comel.
Atita Haris dan Opi, dua-dua sweet!
Lebih-lebih lagi Opi yang bukan hanya comel bahkan bijak. Pantang nampak kamera mesti nak pose. Comel sangat!
Opi kini berusia 10 tahun. Seiras ibunya, cantik!
Atita yang mesra disapa sebagai Tita ini punya pesonanya yang tersendiri. Ketika di puncak populariti, Atita baru berusia 21 tahun manakala anaknya Opi atau nama sebenarnya Nor Sofia berusia setahun.
Kini pada usia 30 tahun, Atita yang tinggi lampai ini sudah memiliki tiga cahaya mata yang kesemuanya perempuan. Makin cantik, langsing dan bergaya persis anak dara. Kalau bersama dengan anak-anak nampak macam kakak dan adik-adik.
MAKIN BAHAGIA
Atita kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama Nas-T yang merupakan seorang DJ, pemuzik, model serta pelakon tanahair.
Bersama suami tercinta, Nas-T.
Atita dan Nas-T mendirikan rumahtangga pada 29 Januari 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nas Taliyah Nas Muammar Zar dan Nur Halili Nas Muammar Zar. Manakala Opi adalah zuriat hasil perkahwinan pertama Atita.
Meninjau kehidupan terkini, Atita kekal aktif di Instagram dan TikTok berkongsi rutin hariannya bersama anak-anak serta suami seperti beriadah, outing atau bercuti. Manakala memasak adalah aktiviti yang rancak dikongsi oleh Atita ketika ini sehingga tercetusnya tanda pagar #atitamasak
Bertuah suami dan anak-anak dapat merasa air tangannya setiap hari dengan menu yang walaupun simple tapi menyelerakan antaranya ayam kunyit, laksa, nasi goreng, sambal belacan dan sup telur. Air tangan ‘mak-mak’ memang tidak boleh dinafikan kesedapannya.
GAYA KASUAL YANG RINGKAS
Dari segi penampilan, Atita sememangnya sinonim dengan gaya kasual yang ringkas namun tetap nampak stylish walau bergelar ibu anak tiga. Selendang, denim dan sneakers antara favourite items Atita untuk penampilan.
Manakala warna kebanyakannya yang tidak terlalu menonjol seperti pastel dan hitam, sesuai dengan kulitnya yang cerah.
Sekitar tahun 2020 Atita memberanikan diri mencari rezeki dalam dunia lakonan. Telemovie pertama lakonan Atita ialah ‘Iman Hakiki’. Lakonannya yang bersahaja ketika itu dengan watak gadis kampung mendapat pujian ramai.
Kredit Foto: Instagram Atita Haris
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Warna Rasa Ramadan: Bufet iftar istimewa di Royale Chulan Hotels & Resorts. Bulan Ramadan bakal tiba, membawa bersamanya semangat kebersamaan dan kemeriahan iftar yang...