Tak dinafikan Fiza Abdul Halim seorang wanita yang cantik. Meski berstatus ibu tunggal, tapi dia tetap menjaga penampilan diri dan sentiasa kelihatan anggun.
Namun selebriti cantik berusia 42 tahun ini berjaya membuktikan tanpa berbelanja besar pun dia masih boleh tampil menawan.
Ads
Tertarik dengan kemulusan kulit wajah Fiza yang tak ubah bak porselin, sehingga sebutir jerawat pun tidak kelihatan di wajahnya. Saat diajukan pertanyaan tentang rejim kecantikan yang diamalkan, bekas penyanyi kumpulan Elite ini ketika dihubungi Nona hanya tertawa kecil.
Hanya Amalkan Minum Air Suam & Air Panas Untuk Jaga Kelembapan Kulit
Ujarnya, tiada penjagaan khusus yang dipraktikkan kerana dia seorang wanita yang ringkas.
“MashaAllah, tip cantik? Saya inilah orang yang paling simple. Mungkin sebab saya tak suka bersolek. Jadi kulit saya tak ada masalah sangat. Petua saya cuma satu je, saya tak suka minum air sejuk dan hanya minum air suam atau air panas.
Bab kesihatan badan pula saya ni suka vacuum dan mop rumah hari-hari. Bagi saya itulah exercise saya untuk bersenam, sebab kalau nak pergi gym bagai memang tak bolehlah.
Biasanya kalau duduk di rumah, saya akan cari apa saja kerja yang boleh saya buat walaupun semua dah tersusun dan kemas. Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana.
Petua turun-temurun yang diamalkan tak ada. Cuma saya lebih berhati-hati dengan keadaan badan dan kesihatan diri sendiri. Pendek kata, memang saya pantau sendiri.”
Tambahnya lagi, “Kalau agak-agak badan tu dah naik kalau timbang, saya akan diet sedikit. Kalau bila timbang macam ringan dari selalu, saya akan makan lebih sedikit.
Ads
Sebab saya ni kalau kurus, muka kurus dulu. Cengkung sangat tak elok pula nanti nampak haggard. Apa-apa pun elak minum ais ya!”
Tak Suka Bersesak Di SPA, Hanya Lakukan Rutin Kecantikkan Di Rumah Sahaja
Jika kebanyakan wanita gemar merawat dan membelai tubuh di spa kecantikan, berbeza pula bagi Fiza.
Ads
Katanya, “Saya tak suka ke spa sebab tak suka tunggu lama-lama dan saya tak pernah pergi. Kalau di rumah pun, saya tak buat macam orang lain, ada rutin harian yang wajib.
Habis kuat pun saya akan buat skrub dan mask muka. Itu pun boleh kira berapa kali. Agak-agak muka macam kusam, baru saya akan buat. Kalau tak, memang tak buatlah.”
Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun berpisah.
Perkahwinan Fiza Halim dengan seorang juruterbang pada tahun 2016 juga tidak berpanjangan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Baby Aleena.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Generasi 80-an barangkali masih ingat kenangan menonton ‘Oshin’ setiap petang. Kecomelan Oshin menemani zaman kanak-kanak kita namun yang ditekankan adalah mesej yang dibawa watak si cilik Ayako Kobayashi – betapa hidup harus diperjuangkan walau sesusah apa pun.
Kini lebih 30 tahun berlalu. Nona tertarik menjejaki perkembangan Ayako Kobayashi yang begitu hebat menjentik emosi penonton sebagai ‘Oshin’ cilik.
Berusia 50 tahun, wanita Tokyo yang dilahirkan pada 11 Ogos 1972 itu ternyata masih aktif bergiat dalam industri seni di sana.
Pada usia hampir mencecah 51 tahun, Ayako memilih untuk berdamai dengan alam semula jadi. Antara aktiviti kegemarannya adalah hiking atau mendaki gunung. Terkini, beliau berkongsi kejayaan menawan puncak Gunung Tochigi setinggi 1625m di wilayah Aomori.
“Cuaca amat baik dan saya dapat menikmati pemandangan Kifuji dan Laut Jepun dari atas (stesen). Di sini, pohon epal sedang lebat berbuah dan salah satunya jenis epal kegemaran saya iaitu Fuji. Musim bunga yang sangat cantik!” Ayako Kobayashi
Selain itu, Ayako juga gemar menghabiskan masa dengan mempelajari perkara baru. Salah satunya menyertai kelas tarian di Shirakawa Dance School. Berhibur sambil bersenam katanya!
‘Oshin’ merupakan antara drama asadora yang disiarkan saluran NHK dan telah ditayangkan ke lebih 50 negara. Jalan ceritanya penuh teladan, kisah dari zaman ‘Oshin’ kecil, dewasa dan tua. Namun yang paling membekas di ingatan tentulah ketika ‘Oshin’ kecil, melalui kesusahan hidup sebagai anak petani miskin.
Rindukan ‘Oshin’? Berikut perkembangan terkini Ayako yang kelihatan cukup jelita dan awet muda…
(1) Potret Ayako dulu dan sekarang. Penonton ‘Oshin’ mengenali Ayako ketika usianya masih 11 tahun.
(2) Ayako berketinggian 158cm dan kini bakal mencecah 51 tahun.
*************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*************
(3) Beliau masih aktif berlakon dan salah satu filem terbaharu yang dibintanginya adalah Hakai (2022).
(4) Seorang yang sukakan alam semula jadi dan minat mendaki.
(5) Aktres ini mula berlakon sejak kecil dan masih bertahan sampai sekarang.
Bagai mengimbau memori lama, memang terkenang zaman kanak-kanak betul kalau cakap tentang drama ‘Oshin’ kan?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak lama lagi, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad bakal timang anak kedua. Doktor mengesahkan aktres jelita ini hamil pada penghujung Januari lalu dan dijangka bersalin Oktober nanti.
Raja Ilya yang sebelum ini merancang untuk mengandung tahun depan sebelum usia mencecah 40 tahun bagaimana pun bersyukur kerana rezeki untuk timang anak lagi datang lebih awal.
Dedah pelakon Suamiku Encik Perfect 10 ini, suami iaitu Trent Garret paling teruja apabila mengetahui khabar gembira berkenaan.
Walau sudah disahkan hamil pada Januari, ibu jelita ini hanya mengumumkan berita tersebut kepada peminat selepas usia kandungan mencecah usia lima bulan.
Dia turut merancang melahirkan cahaya mata di King Edward Memorial Hospital di Perth, Australia.
Terbaharu, selebriti ini memuat naik video anak sulungnya iaitu Talita sambil menyertakan kapsyen memberitahu dia bakal menerima cahaya mata lelaki kelak.
Siapa yang tidak mengidamkan bibir merah dan sihat. Aplikasi gincu merupakan alternatif untuk memerahkan bibir secara segera. Namun, ia secara tidak langsung akan memberikan kesan negatif terhadap bibir sekiranya mengandungi bahan kimia berlebihan.
Bagi kebanyakan wanita, bibir yang merah mencerminkan imej dan personaliti diri. Malah, bibir juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita yang menunjukkan tahap kesihatannya. Bibir yang kusam tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya.
Berikut adalah tip penjagaan bibir supaya sentiasa kelihatan merah dan menawan. Paling penting, boleh dihasilkan secara alami meskipun hanya ketika anda berada di rumah.
Madu
Nilai khasiatnya sangat tinggi baik untuk kesihatan dalaman mahupun luaran badan. Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ia meresap ke bibir selama 15 hingga 20 minit. Setelah itu, basuh dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini tiga atau empat kali dalam seminggu.
Limau nipis
Limau nipis selain dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat, ia merupakan salah satu cara memerahkan bibir kerana limau diperkaya dengan vitamin C. Limau nipis dapat memudarkan warna hitam pada bibir. Sediakan air perahan jeruk nipis sebanyak dua sudu dan air suam dua sudu, kemudian campurkan kedua-duanya. Sapu ke bibir anda dan biarkan 10 hingga 15 minit. Bilas menggunakan air suam.
Kelopak Mawar
Letakkan kelopak mawar ke dalam air dan kemudian sapukan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan sebelum tidur dan jadikan ia rutin harian. Tip memerahkan bibir ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam.
Minyak Zaitun
Campurkan madu atau gula dengan beberapa titis minyak zaitun Oleskan campuran minyak zaitun tersebut pada bibir anda. Tunggu dan bilas dengan air bersih.
Kunyit
Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan satu sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama lima minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal.
Daun ketumbar
Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan dua lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.
Minyak Badam
Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak badam mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak ini pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun.
Yogurt
Campuran madu, yogurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah.
Avokado
Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan dua hingga tiga minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama enam minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.
Mentega
Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...