Nama Dato’ Alha Alfa bukan lagi asing dalam bidang kosmetik dan solekan. Bakat beliau bukan hanya menjadi buruan golongan VIP dan raja sehari malah sering meniti di bibir selebriti cantik dan popular tanah air. Mana tidaknya, ‘sentuhan’ magis Dato’ Alha dalam menata rias wajah personaliti dilihat cukup unik sekaligus mampu menaikkan seri wajah seseorang. Terbaharu, kemahiran mekap beliau sekali lagi menjadi bualan apabila berjaya menyerlahkan seri pengantin, Ayda Jebat!
Berkongsi kisah dan cabaran yang dihadapi ketika diberi kepercayaan menata rias wajah penyanyi dan pelakon terkenal itu di majlis pernikahan pada 2 Januari lepas, Dato’ Alha atau nama penuhnya Dato’ Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil ini berkata selain teruja untuk mencurahkan kreativiti solekan, beliau turut mengakui berdepan cabaran untuk memperlihatkan sisi berbeza pelantun lagu Temberang tersebut.
Ujarnya, “Oklah ramai tak puas lagi tengok look Ayda Jebat nikah hari ini. Make up ni memang dan sememangnya ditebalkan dari segi foundation, pemakaian compact powder terbaru dari Alha Alfa Cosmetics yang bakal muncul tidak lama lagi. Memang gebu!
Sejujurnya saya tak pernah make up dan buat base setebal ini pada adikku, Ayda. Bulu mata juga dibuat teknik jahit bulu mata supaya mata Ayda nampak lain bentuknya. Bulu mata 3 lapis guys. Siap bulu mata bawah tau! Haa tengok betul-betul dan yang best sekali bulu kening tu dilukis sehelai-sehelai.
Adik Ayda memang nakkan kelainan dan setiap hari tanya ‘make up look macam mana abang nak buat nanti? Adik tak nak natural macam tak make up tu! Nak over!! Adik berani bang! Abang buat je.’
So memang agak susah nak buat teknik ni. Tak pernah saya make up Ayda dari 9 pagi sampai hampir jam 12. Apa pun alhamdulillah beliau happy sangat!! Inspirasi make up ni gabungan dari Indonesia, Thailand dan Malaysia. Haah saya tak pernah se’nervous‘ ini sebab nak nampakkan perubahan pada wajah yang dah beratus kali saya make up
ni. Memang amat mencabar. Sama ada cantik atau sebaliknya, tapi syukur ramai yang memuji. Alhamdulillah, thank you so much guys!!”Wah, patutlah solekan Nur Suhada Jebat nampak cantik gebu. Rupa-rupanya, ini kisah di sebalik mekap dia! Terdahulu Dato’ Alha pernah menata rias wajah selebriti Fasha Sandha ketika majlis persandingan. Bahkan Amy Mastura juga antara selebriti yang mempercayai hasil kerja Dato’ Alha.
Selain cerita solekan Ayda Jebat yang menjadi tumpuan peminat, pemakaian tudung pengantin baru berkenaan yang kelihatan cukup kemas dan terletak cantik turut diperkatakan warga maya. Tak sangka, Ayda mengaplikasikan penggunaan semburan rambut yang digunakan selama ini untuk tudungnya agar mudah dibentuk pada hari pernikahan. Kreatif betul!
Pada November lalu, Ayda Jebat membuat satu kejutan istimewa kepada ibu tersayang, Rohana Mohamed apabila menghadiahkan sebuah rumah eksklusif buat ratu hatinya itu. “Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya bagitahu Nabil, ada benda saya kena capai sebelum saya kahwin. Inilah antaranya. Buat mama saya bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ni ya Allah,” luah Ayda Jebat tidak lama dulu.
Ayda yang juga seorang pelakon, penyanyi dan duta produk melangsungkan pertunangan bersama pengacara Nabil Mahir sekitar April 2019. Mereka akhirnya disatukan sebagai suami isteri pada tanggal 2 Januari 2021 dengan sekali lafaz. Harapan Nona, semoga rumah tangga yang dibina terus bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. Dengar khabar, pasangan muda ini juga dah tak sabar hendak timang cahaya mata. Moga segalanya dipermudahkan dan dimakbulkan Allah SWT.
Kredit: Instagram Alha Alfa & Ayda Jebat
This website uses cookies.