Berselindung di sebalik fasa penuaan, banyak wanita yang memilih untuk ‘bersembunyi’ dengan mekap dan rawatan moden. Tapi tidak buat 7 selebriti ini yang bangga melalui usia senja mereka termasuk mempamerkan rambut yang beruban.
Standard kecantikan semakin tidak masuk akal. Wanita sempurna digambarkan dengan kulit yang flawless, licin tanpa kedutan… ibarat seperti tanda penuaan itu satu dosa besar!
Bagi wanita dalam industri seni, mereka terpaksa menurut standard yang ditetapkan – mewarna rambut, memakai rambut palsu dan merawatnya supaya kekal lebat tanpa uban.
Menyedari perkara ini hanya kecantikan palsu dan sementara, makin ramai selebriti A-list yang tampil di bawah spotlight dengan rambut sebenar.
Keberanian mereka menjentik inspirasi!
Jennifer Aniston
Sarah Jessica Parker
Hellen Mirren
Andie MacDowell
Meryl Streep
Jamie Lee Curtis
Diane Keaton
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/kulit-lembap-walau-cuaca-panas-membahang-ini-5-produk-untuk-always-look-young/
Sumber: Now To Love
Dikritik Berat Badan Naik, SELENA GOMEZ ‘Steady’ Balas Komen Netizen “Saya Menikmati Hidup Ketika Bercuti…”
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan penyanyi Selena Gomez yang cukup terkenal dalam industri seni hiburan Hollywood. Selain berbakar besar dalam menyanyi, Selena Gomez juga tidak kurang hebatnya dalam lakonan.
Manakan tidaknya, watak yang dibawanya menerusi siri tv Only Murder In The Building mendapat perhatian pemerhari industri Hollywood sehinggakan pertama kali tercalon pada anugerah Golden Globes baru-baru in untuk kategori pelakon wanita komedi/muzikal terbaik.
Namun baru-baru ini, kehadiran bintang berusia 30 tahun ke majlis anugerah tersebut menyebabkan dirinya dikecam rata-rata netizen dek kerana berat badannya yang semakin berisi.
Yang menariknya, langsung tidak terkesan dengan ejekan ‘body-shaming’ netizen, Selena membalas komen-komen tersebut dengan mengatakan bahawa dia sedang bergembira dan menikmatik kehidupan ketika musim bercuti baru-baru ini.
Malah ini bukan kali pertama Selena menerima komen body-shaming sebegitu. Malah Selena menjelaskan tidak pernah ambil pusing dengan komen orang sekeliling yang akan mengkritik penampilannya di mana-mana acara.
Selena tampil menjelaskan perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik selepas tamat cara berkenaan. Semasa acara karpet merah dia berjalan bersama adiknya Gracie Elliot Teefey dan dia menyarung persalinan mewah dari Velentino.
NONA sememangnya tidak menyokong sebarang komen yang berbaur kecaman dan penghinaan terhadap keadaan dan tubuh badan seseorang. Semua orang dilahirkan sempurna kerana kita semua ciptaan Tuhan yang satu.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
“Susahlah Asyik Ternampak Warna Ni Je!” Godaan 3 WARNA PSIKOLOGI Ini Pengaruhi Selera Makan
Hidup tanpa warna umpama melihat sebuah kanvas putih, kosong. Ia perlu diwarnai agar hidup ini ada serinya. Tahukah anda, setiap warna mempunyai kesan dari sudut psikologi? Contohnya kombinasi dekorasi ruang makan dan pilihan warna sedikit sebanyak memberi kesan terhadap selera makan.
Sebab itulah pemilihan warna untuk dekorasi restoran mahupun kafe sangat penting bukan saja untuk menarik perhatian pengunjung bahkan membangkitkan selera mereka. Mungkin ini boleh menjadi alternatif buat mereka yang mempunyai masalah kurang selera makan.
Berikut 3 warna yang boleh anda cuba terapkan di ruang makan bertujuan agar nafsu makan meningkat.
KUNING
Warna ini dianggap baik serta membawa pengaruh positif untuk meningkatkan nafsu makan sekiranya berada dalam ruang makan. Sememangnya warna kuning mempunyai pesonanya yang tersendiri di samping memberikan kesan ceria dan semangat. Warna kuning juga mampu memberikan impak positif untuk meningkatkan nafsu makan. Selain itu, warna ini juga menjadikan suasana di ruang makan menjadi lebih hangat sehingga ketika makanan dihidangkan anda akan terus berselera untuk menikmatinya.
JINGGA
Warna berikutnya ialah jingga. Ronanya yang terang sememangnya membuka selera. Ia mengingatkan kita buah oren/limau yang rasanya sangat sedap terutama jika dibuat jus. Biasanya warna jingga dipadankan dengan warna coklat untuk mencetuskan ambient yang hangat dan intim di ruang makan.
Namun jika anda mahu nuansa makan yang santai dan ringkas maka kombinasi warna jingga dan putih atau kelabu boleh jadi pilihan. Anda boleh mendekor ruang makan dengan hiasan buah oren agar nuansa warna jingganya kian terasa. Selain cerah dan berwarna, jingga juga memberi kesan positif untuk meningkatkan nafsu makan.
MERAH
Warna merah menjadi identiti kepada definisi semangat. Warna merah punya pesonanya yang tersendiri. Selain mempunyai aura berani serta elegan, warna merah juga sesuai untuk diaplikasikan di ruang makan. Ia biasanya akan mencetuskan impak elegan dan mewah. Secara psikologinya warna merah juga mampu meningkatkan nafsu makan.
Kredit Foto: pinterest.com
Ibu Anak 5 Makin Cantik Pada Usia 50, Wajah Terkini WILMA MUHAMMAD Raih Perhatian
Masih ingat lagi filem Ghazal Untuk Rabiah yang popular sekitar tahun 90an dulu?
Wilma Muhammad merupakan pelakon utama filem ini bergandingan pula dengan hero kacak, Jamal Abdillah.
Siapa yang tidak kenal dengan Wilma aktres dan model kelahiran Lahad Datu, Sabah yang suatu ketika dulu cukup terkenal dengan imej seksi dan menggoda dalam drama mahupun filem.
Selain Ghazal Untuk Rabiah, Wilma turut membintangi filem Pasrah sekitar tahun 2000.
KEKAL CANTIK
Terbaharu, menerusi Instagram peribadi Wilma memuat naik satu hantaran penampilan terkininya yang masih kelihatan cantik serta langsing.
Sekilas pandang nampak seperti baru berusia 30an je, kan?
Namun siapa sangka, usia sebenar ibu anak lima ini dah mencecah 50 tahun! Memang awet muda betul. Paling tertarik bila melihat senyuman Wilma yang sangat menawan.
Posting Wilma di Instagram dengan kapsyen “Syukur Alhamdulillah” telah meraih pujian daripada para pengikut serta peminatnya yang teruja dengan kecantikannya.
“Sweet as always.”
“Love sangat dari dulu cantik.”
“MasyaAllah cantiknya sis pakai tudung.”
“Still maintain sweet as before.”
“Lama tak nampak..Wilma makin cantikkk..”
Memetik perkongsian Wilma suatu ketika dulu di saluran YouTube Zayan My slot Kisah Inspirasi, dia mendedahkan bagaimana kisah penghijrahannya bermula dari seorang yang berimej seksi sehinggalah berkahwin dan bertudung.
“Selepas berkahwin saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup. Mahu lebih fokus pada suami, anak-anak dan keluarga.
“Saya tak suka bertudung. Dari sekolah sampailah masuk universiti saya cakap tidak akan pakai tudung. Kawan-kawan termasuk rakan-rakan artis juga tahun tak mungkin saya akan pakai tudung.
“Tapi bila saya pakai tudung, semua terkejut. Mana tidaknya, dari seksi yang teramat dan sekarang ni berubah 360 darjah,” katanya seperti yang dipetik.
Wilma kehilangan suami (pertama) pada 2011 kerana serangan jantung.
Dalam masa yang sama, Wilma memberitahu dia pernah bermimpi arwah suaminya itu.
Ulas Wilma lagi, dia selalu berdoa agar Allah SWT kuatkan imannya untuk terus istiqamah.
Untuk info, Wilma berkahwin buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada Jun 2012. Semoga Wilma kekal bahagia dan tenang bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Wilma Mohammad
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona