“Tak Pernah Terlintas..” AINA ABDUL Titip Rasa Syukur Nyanyi Lagu Diiringi Bidikan Piano Tun Dr Siti Hasmah

Aina Abdul, penyanyi wanita popular yang semakin dikenali ramai. Dianugerahkan bakat menyanyi dan mencipta lagu, ditambah pula dengan gaya fesyen yang tersendiri bila di karpet merah mahupun waktu persembahan, menjadikan Aina Abdul ‘aset’ besar dalam industri hiburan dan seni suara masa kini.

Dan baru-baru ini, Aina mencuri tumpuan apabila berkongsikan video dirinya menyanyi memaparkan Aina Abdul dan Haziq Rosebi mendendangkan lagu Lemak Manis nyanyian asal Roslan Madun.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah, nyanyian tersebut sambil diiringi alat muzik piano yang dimainkan oleh Tun Dr Siti Hasmah.

Tun Dr Siti Hasmah, 97 tahun yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad sememangnya dikenali ramai dengan bakat bermain alat-alat muzik, antaranya piano dan biola.

Aina Abdul yang kelihatan cukup santai turut menyatakan rasa keterujaanya bertemu dengan figura politik hebat itu.

“Tak pernah terlintas that one fine day, Aina akan berjumpa dengan wirawati ini. Tun Dr Siti Hasmah, apa lagi bersama Haziq, sang few songs accompanied by Tun herself. Here sang Lemak Manis bersama @haziqrosebi officially my current fav tune,” tulisnya di Instagram.

Di ruangan komen, ramai netizen meninggalkan komen dan teruja melihat Tun bermain alat muzik tersebut malah mereka juga memuji kelunakkan suara Aina Abdul dan Haziq Rosebi mendendangkan lagu tradisional tersebut.

Malah ada yang meminta agar Aina Abdul menggunakan populariti dan pengaruhnya untuk mengangkat semula martabat lagu-lagu tradisi melayu.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus