Siapa yang tak bangga bila dapat ‘menyentuh’ wajah sang ratu dunia yang cantik rupawan, kan? Begitulah pengalaman berharga yang diperolehi oleh jurusolek selebriti berusia 29 tahun ini.
Sentuhan ‘mahalnya’ sering menjadi pilihan golongan kenamaan dan selebriti ternama antaranya Puan Sri Nisa Bakri, Datuk Khatijah Ibrahim, Emma Maembong, Ruhainies, Diana Danielle, Amber Chia, Fathia Latiff dan selebriti Indonesia, Randy Pangalila.
Terbaharu, Azmier berkongsi satu posting
di akaun Instagram menyuarakan keterujaanya apabila berpeluang menyolek Miss World 2022, Karolina Bielawska.“Setelah hampir sebulan baru saya ada masa untuk memegang telefon dengan masa yang panjang. ALHAMDULILLAH sehingga hari ini masih ada yang bertanya dengan saya apa perasaan menata rias wajah MISS WORLD 2022.
“Jujurnya menjadi orang belakang tabir seperti saya (make-up artist) saya segan untuk tampil ke depan, dengan usia 30an dunia glamour fantasi itu bukan saya lagi. Tapi saya bersyukur setiap kali ada program besar pasti ada peluang untuk mengambil gambar, bercerita serba sedikit tentang kerjaya dan pengalaman dengan insan-insan hebat seperti mereka.
“Kekal lah tersenyum untuk menjadi manusia yang berprinsip walaupun tanpa tindakan tapi tetap difahami.”
IMPIAN UNTUK MENYOLEK DS SITI NURHALIZA
“Saya mengidolakan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan menjadi impian saya untuk menyolek wajah beliau agar dapat dijadikan potret istimewa.
“Bagi saya semua klien sama sahaja, tiada apa yang membezakan mereka. Paling penting dengan bakat yang ‘dipinjamkan’ seketika oleh Allah SWT ini saya dapat memberi kepuasan untuk semua. Mereka puas hati dengan hasil karya saya dan saya pasti merasa sangat gembira.”
Sebelum mengakhiri perbualan, Azmier menyatakan bahawa ibunya, Rosminah Kam adalah ‘ratu paling cantik’ dihatinya.
“Beliau wanita paling cantik di dunia dan tidak akan ada pengganti sampai bila-bila di hati saya.”
Semoga Azmier terus sukses dan menjadi jurusolek profesional terbaik pada masa akan datang.
Kredit Foto: Instagram Azmier Hisyamuqris
This website uses cookies.