Ramai terkejut apabila Angelina Jolie umum menamatkan perkhidmatannya sebagai duta khas agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) baru-baru ini.
Ads
Mana tidaknya, selebriti jelita tersebut memang sinonim dengan kerja amal menerusi agensi berkenaan.
Akui Jolie, dia akan membawa haluan sendiri selepas dua dekad bersama PBB. Namun akan kekal sebagai aktivis kemanusiaan.
Sepanjang khidmat tersebut, penglibatan Jolie dengan aktiviti amal cukup sebati dalam diri. Buktinya, dia sudah menjalankan lebih 60 tugasan di lapangan selama 21 tahun bersama UNHCR dan bertegas mahu terus bekerja dengan pelarian di luar badan global itu.
“Selepas 20 tahun bekerja dalam sistem PBB, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bekerja dalam ruang lebih besar membabitkan diri secara langsung dengan pelarian dan organisasi tempatan serta menyokong advokasi mereka untuk penyelesaian,” kata Jolie dalam satu kenyataan berhubung pengundurannya dari UNHCR.
Jolie sudah menjadi duta khas UNHCR sejak 2012. Tahun ini dia berkesempatan melawat Yaman dan Ukraine untuk bertemu dengan orang yang terpaksa berpindah.
Ads
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk pelarian, Filippo Grandi mengucapkan terima kasih atas khidmat, komitmen dan perbezaan yang dilakukan Jolie untuk pelarian dan orang yang terpaksa melarikan diri.
Ads
“Selepas sekian lama bersama UNHCR, saya menghargai keinginannya untuk usaha lebih besar dan menyokong keputusannya.
“Saya tahu membantu pelarian akan kekal dekat di hatinya dan saya pasti dia akan membawa semangat dan perhatian yang sama kepada portfolio kemanusiaan yang lebih luas.”
Angelina Jolie sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor kacak Hollywood, Brad Pitt.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keputusan Zhang Zetian untuk berkahwin dengan Pengasas dan CEO syarikat e-dagang kedua terbesar China iaitu JD.com, Liu Qiangdong nyata membawa tuah kepada jelitawan berusia 26 tahun ini. Liu yang merupakan senior Zhang berusia 19 tahun lebih tua daripadanya mengambil keputusan untuk menjadi suami isteri pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan pada Mac 2016.
Beberapa bulan selepas menimang cahaya mata sulung, pasangan billionaire ini sepakat mengembangkan kekayaan mereka dengan membuat pelaburan ke sebuah syarikat formula makanan bayi di Australia atau dikenali sebagai Bubs Australia. Ia sekaligus menambah pendapatan Zhang dan Liu dalam bidang pelaburan selain turut dikhabarkan memiliki syer dalam Uber China.
Zhang Zetian yang juga dikenali sebagai Nancy… mula mencipta nama menerusi platform media sosial apabila gambar wajah polosnya sambil memegang minuman teh menjadi viral di China pada tahun 2009. Ekoran fenomena itu, Zhang diberi nama jolokan ‘Milk Tea Sister’ dan kemudian menghiasi video kempen promosi Youth Olympics di Nanjing pada tahun 2014. Bagaimanapun, Zhang menolak tawaran pengarah terkenal China, Zhang Yimou untuk menjadi pelakon.
Meskipun meraih populariti sebagai selebriti media sosial namun Zhang tetap mengutamakan pelajaran dan sambung belajar di Tsinghua University seterusnya terpilih dalam pertukaran pelajar ke New York’s Barnand College selama setahun.
Sebelum menjadi isteri kepada lelaki ke-16 terkaya di China tersebut, Zhang sudah pun memiliki kemewahan sendiri apabila dia berjaya membeli penthouse mewah tiga tingkat di Stamford Residences bernilai USD16.2 juta pada April 2015 iaitu enam bulan sebelum berkahwin dengan Liu. Bagaimanapun hari ini namanya kembali jadi bualan apabila penjualan balik kediaman elit itu merugikan dengan hanya bernilai USD13.5 juta.
Zhang yang aktif mempromosikan perusahaan JD.com selain terlibat dengan aktiviti kebajikan bersama Bill Gates, dinobatkan sebagai bilionair wanita termuda di China dari majalah bisnes terulung, New Fortune ketika usianya baru mencecah 24 tahun. JD.com adalah syarikat e-dagang terkenal di China dan merupakan pesaing hebat Alibaba. Pada tahun 2016, JD.com mempunyai lebih daripada 236 juta akaun pelanggan aktif.
Sumber: Evening Standard
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejurus barisan kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri ke 10, Dato’ Sri Anwar Ibrahim minggu lepas, siapa yang bakal menyandang portfolio Menteri Pendidikan sentiasa menjadi tumpuan sektor itu memainkan peranan penting dalam mencorak masa depan dan pembangunan negara.
Kementerian Pendidikan yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian yang dekat di hati para wanita. Mempunyai matlamat untuk ialah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, kementerian itu juga beriltizam melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera di samping menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara serta memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Hampir dua minggu menantikan pelantikan Menteri Pendidikan, rakyat Malaysia rata-rata menyambut baik Fadhlina Sidek menerajui kementerian. Berikut 10 info menarik beliau:
1- Dilahirkan pada 16 Oktober 1977, Fadhlina merupakan ahli Dewan Rakyat bagi Nibong Tebal serta bekas ahli Dewan Negara dari 2021 hingga November 2022.
2-Memegang Sarjana Muda Undang-Undang dan Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) serta Sarjana Undang-Undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
3-Merupakan Senator Dewan Negara.
4-Profesion sebagai peguam syarie dan memiliki firma guaman, Fadhlina Siddiq & Associates.
5- Lantang memperjuangkan isu wanita dan kanak-kanak termasuk undang-undang anti gangguan seksual serta menaikkan had umur perkahwinan bagi perempuan Islam daripada 16 tahun kepada 18 tahun.
6- Anak kepada bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Dr Siddiq Fadzil ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum menamatkan alam persekolahan pada 1994 di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Kajang, Selangor.
7- Beliau mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadzli Arsad dan dikurniakan enam cahaya mata.
Semoga perlantikan Fadhlina Sidek mampu memberikan sinar baru dalam sektor pendidikan negara. Selamat bertugas!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wabak COVID-19 menghempas kuat kubu ekonomi negara. Ekosistem pekerjaan terjejas, ramai yang hilang kerjaya apabila kebanyakan syarikat gulung tikar. Inilah yang menimpa bekas editor, Norzira Syarini Mohammed Pauzi sebelum dia menubuhkan syarikat media dan pengiklanan, Newsfeed Media.
Berkelulusan Sarjana Komunikasi dari UiTM, Ira sendiri tidak menyangka ujian hadir tanpa diduga. Mengimbau peristiwa yang menjadi turning point terbesar dalam hidupnya, wanita Kelantan ini terbuka berkongsi pengalamannya dengan Majalah Nona.
“Pada Disember 2019, saya diberhentikan kerja sebagai editor secara 24 jam ekoran company downsizing di syarikat sebelum ini. Waktu tu saya terduduk seketika, tetapi tidak lama, cukuplah sehari sahaja saya menangis dan bersedih.
Saya buka buku baharu dan senaraikan kelebihan, bakat, kemahiran yang saya ada, dan memilih satu karier yang saya benar-benar suka. Karier yang tidak perlu ada individu lain untuk paksa saya melaksanakannya.
Bermula dari hari kedua diberhentikan, saya bangun pagi seperti biasa, seolah-olah mahu ke pejabat dan bekerja seperti biasa setiap hari. Saya mula mewujudkan portal sendiri dan bergiat aktif di semua media sosial.” Ira
Bermula dari suatu sudut kecil di bilik tidurnya, Ira mula meneroka segala peluang yang terbentang di ruang siber.
“Saya tubuhkan Newsfeed Media pada 1 Januari 2020, bermula dari pengalaman dalam bidang media melebihi 10 tahun dan bidang pemasaran secara tak langsung.
Percubaan pertama menubuhkan portal kesihatan tidak berjaya, mungkin sebab tak ada ‘jiwa’ masa tu. Saya kemudian beralih ke bidang pengiklanan.
Bulan pertama, saya jalankan bisnes agensi pengiklanan seorang diri kemudian pada bulan kedua, saya mula ada seorang pekerja, dan bulan seterusnya saya tambah lagi seorang pekerja dan begitulah seterusnya sehingga kini saya mempunyai seramai 15 orang pekerja termasuk 12 orang Pengurus Pemasaran.” Ira
Isteri kepada Mohd Afiq Abu Hasan itu juga telah dinobatkan antara 100 Penerima Anugerah CEO Muda Terbaik dalam kategori Media dan Pengiklanan 2020!
MAHU BANGKIT
Tidak kekok berkongsi ilmu, Ira terbuka berkongsi pandangan tentang situasi yang menimpa ramai usahawan SME sekarang.
“Ya. Tak dinafikan ramai yang terkesan sejak pandemik sehingga ada yang memberhentikan pekerja, melaksanakan pemotongan gaji, mengurangkan tenaga kerja, menutup premis berikutan tidak mampu menampung kos tanggungan bulanan yang tinggi, menukar arah bisnes dan produk berikutan kilang tidak boleh beroperasi serta banyak lagi.
Disebabkan itu, seni pemasaran yang berstrategi membantu usahawan, produk atau jenama untuk terus dikenali, atau menyerlah berbanding yang lain kerana tampak unik dan berbeza. Serlahkan potensi produk yang boleh menyelesaikan atau menjadi solusi supaya dapat memanfaatkan lebih ramai di luar sana.” Ira
Tambah Ira lagi, usahawan sekarang perlu mengikut keadaan semasa ‘dunia di hujung jari’, tetapi teknik atau strategi marketing secara di luar talian (offline) tidak boleh diketepikan atau terlepas pandang.
Lebih baik sekiranya ia bergerak seiring kerana medium pemasaran dalam talian ini menjadikan usahawan lebih menang dari segi kredibiliti, kepercayaan dan kesahihan.
“Perhatikan jenama-jenama besar, yang masih kekal di medium pengiklanan dalam talian seperti televisyen, radio, billboard, majalah, surat khabar dan medium offline yang lain yang masih tidak putus-putus mempromosikan produk masing-masing tanpa jemu.
Tidak ramai yang sanggup untuk melaburkan duit masing-masing untuk menjalankan pemasaran, apatah lagi di musim pandemik dengan situasi yang pastinya tidak dapat diduga.
Di sinilah saya cuba memberi kesedaran bahawa pemasaran sangat penting, kerana usahawan yang membuat pemasaran semasa pandemik ini akan menang semasa krisis dan juga selepas krisis.”
Menurut Ira, Newsfeed Media telah berurusan dengan lebih 300 jenama berbeza dari pakaian, makanan, minuman, produk kesihatan, penjagaan kulit dan banyak lagi antaranya Beausiti, FAREHA, Mommyhana, Hasnuri, Chef Tako, MMG, Oden Viral Cek Yana, Narinar, Apcel Café, Wildan, Aafyawalet, Beyna Legacy, Jajja Chinta, UFORA, SAHI, NUFIYA, Mayyababy, Youbaby, dan banyak lagi.
Mengakhiri perbualan kami, Ira sempat berkongsi impian yang dikejarnya selama ini…
“Sebenarnya saya ingin menjadikan Newsfeed Media sebagai satu legasi yang boleh diwarisi, serta mempunyai cawangan di setiap negeri dan wisma yang lengkap dengan kemudahan untuk semua jenis pengiklanan.”
Semoga hajat dan niat Ira ini dipermudahkan-Nya serta bisnes yang dibangunkan terus maju mendepani cabaran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...