Lontaran vokal Misha Omar mampu menggetarkan jiwa lebih-lebih lagi bila penyanyi yang berasal dari Negeri Che Siti Wan Kembang ini mula ‘mengangkat’ kaki bila beraksi di atas pentas.
Sebagai penyanyi suara merupakan aset yang perlu dipelihara dengan sebaiknya. Namun Misha Omar diuji dengan masalah suara selepas melahirkan anaknya.
“Selepas melahirkan Idris saya mengalami masalah pada suara. Bila dengar suara sendiri, terfikir, suara ni kenapa ya, mendap jer. Sebenarnya perubahan suara ini berlaku ketika mengandung lagi.
Mungkin proses mengandung membuatkan suara saya stretch. Jadi menyanyi perlu guna beberapa muscle yang penting untuk support vokal. Sehingga saya kena pergi sekolah vokal belajar dengan Datuk Syafinaz Selamat,” tutur penyanyi lagu Sampai Bila ini.
Ads
Misha Omar sangat mengagumi dan menyanjungi guru vokalnya dan telah berkongsi perasaannya di media sosialnya, “I thought I only have the best teacher in the world, but I was wrong.
She is more than that. Semakin saya kenali figura yang satu ini semakin saya kagum dengan semangat dan komitmen pendidik ini.
Dalam mengajar tentang ilmu vokal, beliau jugak mendidik saya untuk terus bersabar. Kata beliau, adab dalam belajar tak boleh cepat berpuas hati dengan ilmu yang kita ada. Kita kena terus belajar lagi, dah tahu satu dua teknik, rupanya banyak lagi yang kita tak tau, betul jugak. Mana boleh terus pandai semua dalam masa yang singkat.
Ads
Pokok pangkalnya saya tak rasa rugi pergi belajar di usia yang agak lewat. Malah bersyukur sangat that I made the right move,” luah Misha Omar.
Tambah penyanyi yang lebih selesa tampil dengan potongan rambut pendek ini lagi, “Cikgu, terima kasih atas segala ilmu dan kasih sayang cikgu buat saya, layan karenah saya, manja tah jenis cemana tah, pandai sikit pun nangis, tak improve pun nangis, nangis je kerjanya!! Tua-tua pun cengeng.
Ads
Kadang cikgu layan saya macam anak, macam adik pun ya. Teringat masa AJL yang lalu, saat saya berlawan vokal di atas pentas, cikgu saya setia duduk di balik langsir hitam memerhati dari jauh.
Saat turun dari pentas, saya nampak senyuman lega di wajahnya. Allahu bertuahnya saya! When I told her, don’t ever stop ajar saya, kata beliau, “You laa yang kena cari I, I ada je kat sini. Ilmu harus ada kesedaran sendiri dalam mencarinya, praktis dengan hemat, InsyaAllah ilmu itu akan kekal dalam diri”.
Beliau Cikgu saya, Datuk Syafinaz Selamat, Terima kasih Cikgu,” kongsi Misha Omar.
Foto: Instagram @mishaomar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai pembaca-pembaca NONA membesar menyaksikan filem-filem arahan pengarah berpengaruh Dato Prof Dr A Razak Mohaideen yang cukup digemari ramai. Dari satu naskah terbitan dan arahannya pasti mengamit rasa, antaranya yang masih berbekas di hati ialah filem-filem malar segar seperti Mami Jarum, Gemerlapan, Anak Mami The Movie, Jutawan Fakir, Bujang Senang, Otai, Duyung dan Sifu & Tongga.
Pengarah yang berasal dari Bukit Gelugor Pulau Pinang ini juga pengasas dan pemlik syarikat penerbitan filem Malaysia, LineClear Motion Pictures. Beliau kini memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.
Dan baru-baru ini, menerusi hantaran di media sosialnya Razak Mohaideen berkongsi rasa bangganya apabila anak terunanya, Aniq Aqil atas kejayaan menjadi seorang peguam bela dan peguam cara menerusi upacara call to the bar.
“Alhamdullilah. Tahniah Aniq Aqil atas kejayaan melalui call to the bar. Semoga terus cemerlang dan gemilang. Dalam bidang guaman dan modeling. Amin,” tulis Razak Mohaideen di ruangan kepsyen Instagramnya.
Aniq yang juga merupakan seorang model di bawah pengurusan The Models Lab turut meluahkan coretan hatinya selepas melalui pelbagai pahit getir menjadi seorang pengamal undang-undang sambil turut berkongsi gambar dirinya bersama ayah, ibu; Nazeera Ahmed Bazari dan adiknya; Batrisyia Abdul Razak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Selepas bertahun-tahun meragui keupayaan diri saya sendiri, akhirnya saya boleh mengatakan yang saya berbangga dengan diri saya kerana tabah, gigih membaca halaman tambahan pada pukul 5 pagi setiap hari, mengheret diri saya ke kelas walaupun saya rasa saya tidak mahu pergi (ini tipu, saya ponteng banyak kelas).
Saya berjaya juga akhirnya, kini dengan rendah hati saya boleh meletakkan “PEGUAM” di profil saya dan berbual tentang pencapaian serta peluang yang saya miliki. Terima kasih buat semua yang menjadikan hari ini hari yang cukup istimewa.
Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya saya atas kebaikan, sokongan dan dorongan yang saya terima. Untuk lebih bekerja keras dan maju. Terima kasih kerana membaca,” tulis Aniq.
Sekadar info menerusi sumber, upacara Call To The Bar ini adalah acara kemuncak dalam permulaan karier seorang peguam. Majlis ini akan dihadiri oleh ahli keluarga, mover atau peguam yang mengusulkan petisyen, rakan-rakan dan orang-orang tersayang akan beramai-ramai hadir ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar sendiri petisyen ini.
Tahniah sekali NONA ucapkan kepada Aniq. Semoga kejayaan anak muda ini jadi inspirasi anak-anak muda di luar sana!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sedar tak sedar, sudah lebih setahun pelakon jelita dan juga suri hati kepada aktor Harris Alif iaitu Intan Nurladyana Muhammad Yahaya, 41 atau lebih dikenali dengan panggilan Intan Ladyana tampil dengan penampilan bertudung serta menutup aurat.
Masih segar di ingatan NONA, saat pertama kali pelakon itu memuat naik sekeping gambarnya memakai hijab menerusi laman Instagram pada Oktober tahun lalu, lantas membuatkan ramai yang teruja melihat perubahan imej ibu kepada Eviee Khadeeja itu.
Malah ketika itu, ruangan komen Intan dihujani dengan komen-komen positif ang mendoakan agar pelakon yang pernah membintangi filem Adnan Sempit Sawadikap ini kekal istiqamah dengan imej sopan berkenaan.
Tampil cantik berhijab, kini penampilan Intan masih lagi menjadi tumpuan serta sorotan wargamaya hingga followers mencecah jutaan pengikut.
Intan Akui Kini Lebih Peka Dan Memilih Watak
Berbicara mengenai penghijrahannya itu, isteri kepada pelakon Hariss Aliff ini menyatakan bahawa dia perlu menjadi lebih peka dan memilih dalam menerima tawaran berlakon. Hal ini kerana, perubahan imejnya harus selari dengan jenis watak yang akan dilakonkan.
Bagi saya, tidak ada apa-apa isu sekiranya saya bersifat selektif kerana kebanyakkan artis hari ini sudah memakai hijab dan banyak yang menerima tawaran berlakon. Jadi, saya tidak menjadikan itu sebagai halangan.
Menurutnya, dia bukan sahaja harus memilih tawaran berlakon kerana perubahan imejnya itu, malah juga disebabkan statusnya sebagai seorang isteri dan ibu yang semestinya mempunyai batasan.
Intan Belajar Banyak Perkara Sejak Bergelar Ibu
Apabila disoal mengenai perkembangan rumah tangganya, Intan teruja menyatakan bahawa segalanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Malah, banyak perkara yang dipelajari sejak dikurniakan puteri sulungnya, Eviee Khadeeja.
“BANYAK BENDA YANG SAYA BELAJAR WALAUPUN SELAMA INI SAYA INGAT SAYA DAH TAHU, SETIAP HARI PASTI ADA BENDA BARU YANG SAYA BELAJAR. SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA.”
Untuk rekod, pasangan Intan dan Harris mendirikan mahligai cinta bersama pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Memang benar jadi morning person lebih banyak menguntungkan seseorang dalam menjalani kehidupan harian. Rupanya amalan ini juga yang dipraktikkan oleh pelakon kesayangan ramai, Fasha Sandha.
Menurut isteri kepada selebriti Aidil Aziz ini jadi morning person turut menyumbang kepada punca rezeki ibu kepada tiga cahaya mata ini untuk terus melimpah-ruah.
Pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan ini turut berkongsi bahawa dirinya memulakan rutin harian usai solat Subuh. Menurutnya kenyataan ini bukan mahu berlagak baik tapi sekadar berkongsi sahaja.
“Sejak 16 tahun lalu saya memang jenis senang bangun pagi untuk memulakan rutin sebagai ibu, isteri dan anak seni.
Foto: Instagram @fashasandha
Saya selalu cakap dekat artis baru, yang lama kelamaan kita akan jadi ‘lama’. Itu putaran hidup. Cuma kalau tak bagus tak apa, berusaha memperbaiki kelemahan dan jaga benda yang boleh dijaga contohnya disiplin dan komitmen kerja,” kata Fasha Sandha yang sudah 16 tahun berkecimpuang di persada seni.
Ibu kepada Putra Rayfal, Putri Raysha Jemyma dan Aisha Amaira ini juga sangat terkenal dengan disiplin yang tinggi ketika bekerja.
Foto: Instagram @fashasandha
Kisah disiplinnya termasuk menghormati waktu dengan tiba lebih awal ke lokasi tertentu atau set penggambaran juga bukan perkara asing.
Fasha Sandha percaya kombinasi disiplin dan komitmen menjadi kunci kepada kejayaan seseorang individu termasuk rahsia survival bertahan dalam industri.
Foto: Instagram @fashasandha
“Dua hal itu saya tak boleh berkompromi. Insya-Allah ada jalan dan rezekinya. Pada masa sama kita terus gilap bakat dan sentiasa belajar.
Tahap sekarang pun populariti yang saya fikir. Kalau ada… bonus,” kata Fasha pada majlis memperkenalkannya sebagai duta atau pengguna setia produk vitamin C Gebu Glow keluaran Wawawien Beaute di ibu kota.
Foto: Instagram @fashasandha
Fasha Sandha bukan hanya menjadi pilihan syarikat produksi sebagai pelakon malah kakak kepada selebriti Elisya Sandha ini juga terus diintai diberi kepercayaan sebagai duta produk.
Malah jika mengikuti perkembangannya di Instagram, tag line ulasan produk atau makanan dipanggil ‘tak sedap kami tak kongsi’ juga mencuri perhatian.
Dalam erti kata lain, Fasha tidak sembarangan atau asal boleh dalam menerima kerja ulasan produk. Sejak dulu lebih 15 produk sudah memilihnya menjadi duta.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.