“Tak Rugi Belajar Di Usia Lewat,” Misha Sangat Menyanjungi Guru Vokalnya Datuk Syafinaz Selamat

Lontaran vokal Misha Omar mampu menggetarkan jiwa lebih-lebih lagi bila penyanyi yang berasal dari Negeri Che Siti Wan Kembang ini mula ‘mengangkat’ kaki bila beraksi di atas pentas.

Sebagai penyanyi suara merupakan aset yang perlu dipelihara dengan sebaiknya. Namun Misha Omar diuji dengan masalah suara selepas melahirkan anaknya.

“Selepas melahirkan Idris saya mengalami masalah pada suara. Bila dengar suara sendiri, terfikir, suara ni kenapa ya, mendap jer. Sebenarnya perubahan suara ini berlaku ketika mengandung lagi.

Mungkin proses mengandung membuatkan suara saya stretch

. Jadi menyanyi perlu guna beberapa muscle yang penting untuk support vokal. Sehingga saya kena pergi sekolah vokal belajar dengan Datuk Syafinaz Selamat,” tutur penyanyi lagu Sampai Bila ini.

Misha Omar sangat mengagumi dan menyanjungi guru vokalnya dan telah berkongsi perasaannya di media sosialnya, “I thought I only have the best teacher in the world, but I was wrong.

She is more than that. Semakin saya kenali figura yang satu ini semakin saya kagum dengan semangat dan komitmen pendidik ini.

Dalam mengajar tentang ilmu vokal, beliau jugak mendidik saya untuk terus bersabar. Kata beliau, adab dalam belajar tak boleh cepat berpuas hati dengan ilmu yang kita ada. Kita kena terus belajar lagi, dah tahu satu dua teknik, rupanya banyak lagi yang kita tak tau, betul jugak. Mana boleh terus pandai semua dalam masa yang singkat.

Pokok pangkalnya saya tak rasa rugi pergi belajar di usia yang agak lewat. Malah bersyukur sangat that I made the right move,” luah Misha Omar.

Tambah penyanyi yang lebih selesa tampil dengan potongan rambut pendek ini lagi, “Cikgu, terima kasih atas segala ilmu dan kasih sayang cikgu buat saya, layan karenah saya, manja tah jenis cemana tah, pandai sikit pun nangis, tak improve pun nangis, nangis je kerjanya!! Tua-tua pun cengeng.

Kadang cikgu layan saya macam anak, macam adik pun ya. Teringat masa AJL yang lalu, saat saya berlawan vokal di atas pentas, cikgu saya setia duduk di balik langsir hitam memerhati dari jauh.

Saat turun dari pentas, saya nampak senyuman lega di wajahnya. Allahu bertuahnya saya! When I told her, don’t ever stop ajar saya, kata beliau, “You laa yang kena cari I, I ada je kat sini. Ilmu harus ada kesedaran sendiri dalam mencarinya, praktis dengan hemat, InsyaAllah ilmu itu akan kekal dalam diri”.

Beliau Cikgu saya, Datuk Syafinaz Selamat, Terima kasih Cikgu,” kongsi Misha Omar.

Foto: Instagram @mishaomar

Share
Published by
Hamizatul Maizan