Tak Salah Pun Ada Kedut Di Wajah Malah Victoria Beckham Mahu Wanita Bangga Dengannya

Victoria Beckham sering digambarkan sebagai seorang wanita yang mempunyai kehidupan yang lengkap. Memiliki rupa paras menawan dan bertubuh langsing walau sudah anak anak empat orang.

Di samping itu, wanita wanita yang juga popular dengan nama Posh Spice ini mempunyai jenama fesyen tersendiri, memiliki suami yang kacak, ternama dan kaya serta anak-anak yang melengkapi kehidupannya.

Ramai wanita yang ‘cemburu’ dengan apa yang dimiliki oleh wanita British ini dan tidak kurang juga ada yang telah mengangkat salah seorang anggota kumpulan Spice Girl ini sebagai wanita inspirasi.

Biarpun sibuk menyeimbangkan kehidupannya sebagai selebriti, pereka fesyen, ahli perniagaan, isteri dan juga ibu namun Victoria begitu positif melayari kehidupannya. Apa yang menarik untuk dikongsi apabila wanita yang berusia 45 tahun ini langsung tidak takut dengan kedut ataupun garis halus di wajahnya.

“Saya mahu menyebarkan kesedaran setiap wanita perlu berbangga dengan tubuh sendiri dan menghargai apa yang mereka miliki. Oleh itu sebagai wanita kita perlu pelihara apa yang kita miliki. Yes, we – and I – have wrinkles, and that’s OK

,” kata Victoria. Jadi jangan takut dengan kedut yang mula hadir di kulit wajah.

Dengarnya Victoria bakal melancarkan rangkaian kosmetiknya sendiri. Dikatakan produk kosmetik milik wanita yang jarang tersenyum ini menggunakan bahan-bahan semula jadi dan sesuai dengan semua jenis kulit tanpa mengira usia.

Tambah Victoria lagi apabila memiliki anak yang sedang membesar mereka menjadikan ibu bapa sebagai contoh terbaik. Apabila bersembang dengan anak-anak, mereka peka dengan setiap gerak-geri ibu bapa mereka.

Sebagai contoh Victoria yang sangat menjaga pemakanan telah menunjukkan contoh cara pemakanan sihat di depan anak-anaknya. “Saya tak akan skip a meal

dan saya mahu anak-anak melihat ibu mereka mengamalkan cara pemakanan yang sihat.

Ini adalah cara kita sebagai ibu untuk mendidik anak-anak yang sedang membesar,” cerita Victoria yang mengaku pernah dibuli mental dan fizikal di zaman persekolahannya dulu.

Sumber: www.dailymail.co.uk ; Foto: Instagram @victoriabeckham

Share
Published by
Hamizatul Maizan