Satu berita yang tidak disangkakan! Pelakon Datin Seri Zizie Izzete mendedahkan beliau kini hamil tiga bulan selepas tidak sampai sembilan bulan melahirkan sepasang bayi kembar lelaki.
Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Dato’ Seri Bung Mokhtar itu berkongsi berita gembira itu di laman instagram miliknya dengan memuat naik gambar kit ujian kehamilan.
Melahirkan anak kembarnya secara pembedahan sebelum ini, masih tersimpan lagi rasa gementar dengan kehamilannya kali ini.
“I have always wanted another baby, but i didn’t expect to be expecting again too soon.
Risau, takut semua memang ada. Iyalah, perut nak kena potong lagi”, tulisnya.
Tak sabarnya nak tunggu new baby daripada Datin Seri Zizie. Walaupun mempunyai pembantu untuk menguruskan anak-anaknya yang masih kecil, tapi beliau tidak menyerahkan 100% urusan kepada pembantu malah menjadikan tugas sebagai ibu kepada empat orang anak sebagai satu kenangan yang terindah.
Datin Seri Zizie Izzete melahirkan sepasang anak lelaki kembar pada 29 Disember tahun lalu yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.
Pasangan yang berkahwin pada tahun 2009 ini turut mempunyai dua orang anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.
Tangkis Aura Negatif Di Pejabat, Praktikkan 5 Tip Ini Terhadap RAKAN SEKERJA Yang Cemburu!
Banyak perkara remeh-temeh yang boleh mengganggu akal fikiran ketika di pejabat, tetapi yang paling kerap dan agak merunsingkan adalah ‘sifat cemburu’ rakan sejawatan. Golongan profesional tidak terkecuali mengalami perasaan cemburu ini. Cemburu boleh jadi sekali-sekali atau sepanjang masa. Tahu kah anda bagaimana rasanya jika ketua anda memuji-muji rakan sejawatan anda kerana kualiti kerjanya atau ketika hanya namanya sahaja yang disebut-sebut untuk kenaikan pangkat?
Perasaan ini sebenarnya mendatangkan lebih banyak masalah. Jika anda menjadi punca rakan-rakan merasa cemburu, hal ini disebabkan oleh kemampuan dan kredibiliti anda yang ditakuti oleh rakan lain. Jadi apa harus dilakukan jika rakan sekerja ingin menjatuhkan anda kerana sifat cemburu sedangkan anda mahu menapak dan terus berjaya dalam kerjaya anda? Lima tip ini membantu anda menepis sifat teman-teman terhadap cemburu ini.
1. Jadi rakan sepasukan yang baik
Anda bekerja tekun untuk mendapatkan kedudukan yang stabil di dalam sesebuah organisasi, melakukan tugasan khas dengan baik dan menerima pujian dari ketua, yang membuat anda terlupa menumpukan perhatian pada persekitaran tempat kerja. Walaupun anda cuba untuk tidak menghiraukan orang sekeliling anda atau rakan sepasukan, atau cuba mengetepikan pujian ketua terhadap anda, anda tetap terdedah dengan risiko dikritik rakan sekerja. Anda boleh sahaja, cuba mengelak perkara ini seperti, gunakan lebih perkataan ‘kami’ ketika mengutarakan pendapat berbanding ‘saya’, dan cuba dapatkan bantuan daripada rakan sekerja jika anda mengendalikan projek penting. Sekalipun prestasi anda ibarat bintang yang menyinar, sebarkan pujian itu kepada rakan di dalam pasukan anda dan puji mereka sebanyak sebagaimana anda menerimanya. Ini tidak bermakna anda harus menutup atau merasa malu dengan hasil kerja baik yang anda lakukan, tetapi menjadi lebih ‘sensitif’ kepada rakan sekeliling, mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa untuk orang lain.
2. Dapatkan bantuan.
Tiada peraturan mengatakan anda perlu bergerak secara solo ketika berjuang di tempat kerja. Jika anda kurang senang terhadap tindakan rakan sekerja yang mencemburui anda, mengadu hal ini kepada ketua anda. Jika anda tidak inginkan rakan sekerja anda bertindak melampaui batasan, anda harus mendahuluinya dengan melaporkan kepada ketua agar dia faham situasi anda. Hakikatnya, rakan sekerja anda merasai begitu akibat tindakan ketua anda sendiri. Contohnya, kemungkinan rakan sekerja anda cemburu kerana peluang kenaikan pangkat untuknya terlepas dan tiada jalan untuknya maju ke hadapan. Tetapi ini tiada kena mengena dengan diri anda, jadi lebih mudah baginya untuk melepaskan tekanan perasaannya terhadap anda, berbanding ketua anda. Jika ketua anda memahami isu ini, kedua mereka harus memahami puncanya. Namun pastikan, anda menguasai perbualan dengan ketua anda secara profesional dan berhati-hati. Cara ini tidak membantu sekiranya, anda akhirnya didapati cuba mengkhianati rakan sekerja anda.
3. Jauhi perangkap gosip.
Rakan sekerja yang cemburu gemar bergosip dan menyebarkan cakap-cakap kosong kepada rakan-rakan mereka terhadap anda, yang dianggap cuba menyekat pintu rezeki mereka. Apa pun yang anda lakukan, cuba jauhi gosip negatif yang lebih banyak buruk dari baik ini. Jika anda dengar gosip terhadap anda atau orang lain, jauhkan diri anda. Jika anda terlibat, rakan-rakan lain akan menyedari anda adalah gunting dalam lipatan, dan mereka beranggapan khabar angin juga boleh datang dari orang ‘harapan’ di dalam syarikat.
4. Dokumenkan pemerhatian anda, jika keadaan ini boleh mendatangkan bahaya kepada karier anda.
Sebahagian rakan sekerja yang cemburu, sanggup bermain taktik kotor dan cuba mensabotaj karier rakan-rakan sekerja yang berjaya. Jika anda terperangkap dalam situasi ini, anda harus berjaga-jaga dan mula jaga kepentingan diri anda. Catat maklumat terperinci jika perkara yang bukan-bukan mula tersebar terhadap diri anda dan pastikan anda bukti yang kukuh untuk membuktikan khabar angin negatif terhadap kebolehan anda. Semoga ketua anda mampu menilai khabar angin yang didengar sama ada betul atau tidak.
5. Kekalkan tahap profesional anda.
Cemburu di tempat kerja boleh jadi sesuatu yang menyakitkan, tetapi apa yang anda harus lakukan adalah kekalkan tahap profesional anda dan buat kerja yang diberikan sebaik mungkin. Jangan ambil pusing sangat kritikan yang didengar terhadap diri anda dan jangan mengambil kesempatan ini untuk menyerang balik mereka yang cemburu terhadap anda. Mereka mencemburui kebolehan dan kejayaan anda, jadi ianya positif. Cuma anda harus membuktikan pada mereka anda sebenarnya memang berkebolehan. Hanya itulah sahaja caranya untuk menang di tempat kerja.
Anak Jati Pulau Mutiara & ‘Enjoy’ Makanan Tempatan, DATUK NICOL Jadi Duta Penang Global Tourism!
Sejak bersara dari arena sukan skuasy kira-kira tiga tahun lalu, macam-macam aktiviti dan program disertai Datuk Nicol David. Selain rancak memperkasa Pertubuhan Nicol David (NDO), baru-baru ini tokoh atlet negara tersebut dilantik sebagai Duta Penang Global Tourism!
Pelantikan tersebut nyata wajar diberikan kepada Datuk Nicol kerana selain merupakan anak jati Pulau Mutiara, anak kepada Desmond David dan Ann Marie David ini juga bekas jaguh skuasy bertaraf dunia.
Bersandarkan populariti dan pengaruh yang dimiliki, tidak mustahil wanita aktif berusia 39 tahun ini mampu menarik pelancong dari dalam atau luar negara bercuti di Pulau Pinang.
Melahirkan penghargaan atas pelantikan tersebut, Datuk Nicol menerusi media sosial miliknya sempat berseloroh. “They should have named me Char Koay Teow Tourism Ambassador!
My love for Penang food has no limits. Was truly an honour to eat all the amazing food and gain some kgs during this shoot showcasing my beautiful hometown. No complaints.
If I didn’t convince you to visit Penang in my previous posts, maybe FOOD will do the trick. Thank you Penang Global Tourism for the honour of being Ambassador.”
Lagenda skuasy negara ini bersama bekas pemain Colombia, Mariana de Reyes selaku pengasas bersama menubuhkan Pertubuhan Nicol David dengan fokus melatih kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun yang berminat untuk menceburi sukan berkenaan.
NDO dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Jun lepas.
Naik Seri Wajah AMYRA ROSLI, Rekaan Eksklusif & Unik Bunga Anemone dUCk Jadi Rebutan!
Nampak mahal dan eksklusif! Sesiapa saja yang pernah menggayakan skaf dari label dUCk pasti ‘jatuh cinta’ dengan rekaan dan material jenama tempatan popular berkenaan. Menjadi rebutan bukan saja dalam kalangan para hijabi, koleksi terbaharu The Blooming dUCk ini nyata perlu ada dalam lemari anda!
Untuk koleksi kali ini, dUCk menampilkan keindahan bunga Anemone yang terdiri daripada skaf, ready-to-wear dan beg. Koleksi The Blooming dUCk mula diperkenal pada tahun 2016 yang terdiri daripada rekaan berunsurkan bunga Orkid, Mawar, Peonies, Trio dan Tuberose.
Mengulas lanjut mengenai koleksi terbaharu The Blooming dUCk, Pengasas bersama The dUCk Group iaitu Vivy Yusof berkata pihaknya mahu mengakhiri tahun 2022 yang penuh dengan cabaran ini dengan koleksi yang ‘sweet’ dan menarik.
“Kali ini kami memilih keindahan bunga Anemone yang berkembang mekar apabila matahari terbit, yang mana ia menjadi simbol tepat untuk menyambut ketibaan tahun baharu dan lembaran baharu. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua dan memiliki detik mengagumkan pada tahun 2023.”
Istimewanya koleksi The Blooming dUCk Anemone buat julung kali menghasilkan rekaan bunga di dalam pasu sebagai motif.
Skaf koleksi ini hadir dalam bentuk shawl dan square scarf dengan enam pilihan warna yang dinamakan Chance, Promise, Believe, Constant, Moment dan Dedication. Di samping dihasilkan dengan material satin silk dan matte satin silk.
Ia dijual pada harga RM350 dan harga kombo bagi kesemua warna RM1,950. Para hijabi boleh mendapatkan koleksi ini secara dalam talian atau berkunjung ke butik dUCk berhampiran yang mula dijual pada 22 Disember lalu.