Tak Sanggup Memandu Dalam Kesesakan, Menteri Kewangan Naik LRT & Shopping Butang Baju Spiderman Di KL!

Menjelang 10 hari terakhir di bulan Ramadan, ramai yang sedang sibuk membuat persiapan raya dengan membeli-belah di Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan, kelibat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut dilihat mengunjungi beberapa lokasi shopping terkenal di ibu kota.

Berusia 48 tahun, suami kepada kerabat Selangor, YM Raja Datin Seri Johanna Adrina Raja Arshad ini juga baru sahaja berkongsi pengalamannya membayar zakat fitrah di Kementerian Kewangan.

“Alhamdulillah, selesai menunaikan rukun Islam yang ke-4 di MOF petang ini. Terima kasih kepada Pusat Pungutan Zakat kerana sudi membuka kaunter bayaran zakat di MOF setiap tahun. ⠀

 



You all dah bayar zakat fitrah ke belum? Kalau belum lagi, jangan risau, masih ada beberapa hari sebelum Aidilfitri menjelang.⠀



InsyaAllah, dengan berzakat, amal ibadah kita akan lebih lengkap dan diberkati Allah SWT.” Tengku Zafrul

 

BALIK KAMPUNG

Bukan itu saja, bapa kepada empat cahaya mata itu turut berkejar ke KL Sentral bagi melihat sendiri suasana sibuk rakyat Malaysia yang bakal pulang ke kampung.

 

 

 

“Semalam, usai solat Isyak, saya telah ke KL Sentral untuk menyantuni dan mengedarkan pek sahur/raya kepada lebih 100 #KeluargaMalaysia yang sedang menunggu keretapi untuk pulang ke kampung masing-masing sempena Aidilifitri.⠀

Suka melihat reaksi mereka yang tidak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga, lagi-lagi dengan SOP yang telah dilonggarkan. Pastinya raya tahun ini lebih ceria dan bermakna buat semua. ⠀

Kepada semua yang pulang ke kampung halaman, sama ada yang memandu atau yang menggunakan pengangkutan awam, saya doakan perjalanan yang selamat, InsyaAllah dan sampaikan salam saya kepada keluarga.” Tengku Zafrul

 

MEMBELI-BELAH

Biarpun sebelum ini Tengku Zafrul sibuk dengan kerjaya di sektor perbankan dan kini menggalas tanggungjawab terbesar negara iaitu mentadbir kewangan Malaysia, pasangan hebat ini masih gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan keluarga dan anak-anak.

Namun sesekali, beliau lebih suka berjalan-jalan sendiri untuk membeli barangan keperluan raya terutamanya di Jalan Masjid India.

“Nak naik kereta pergi Masjid India jam, so kita naik train.


⠀⠀
Last minute shopping raya di sekitar Masjid India dan Lorong TAR semalam selepas ke KL Sentral. Crowded masyaAllah, nak bergerak pun susah. Memang semua orang lepas dendam beraya sakan tahun ni selepas 2 tahun tak dapat beraya macam biasa.⠀
⠀⠀
Kali ni saya beli butang baju melayu Spiderman untuk anak bongsu saya Zayn, Baju Kedah untuk wife dan jajan buat kudap-kudapan masa raya nanti.

Harga agak berpatutan jugak dekat sini, tapi para peniaga cakap satu hari sebelum raya akan ada lagi diskaun habis-habisan. So siapa yang belum habis shopping boleh survey kat sini.⠀⠀

 

 

 


⠀⠀
Sempat jugak bersembang dengan peniaga dan pengunjung, serta penguatkuasa yang memantau operasi bazaar. Alhamdulillah, operasi nampak tersusun dan terkawal.

Para peniaga dan pengunjung pun semuanya happy. Harapan saya, mood gembira ini akan diteruskan sehingga hari raya nanti, InsyaAllah.” Tengku Zafrul

 

Humble sungguh Menteri Kewangan Malaysia ni, tak kekok berjumpa orang ramai dan sanggup meredah lokasi yang sesak demi merasai sendiri pengalaman rakyat biasa. Syabas YB!

Share
Published by
Norzalina