Mementingkan penjagaan kesihatan diri sendiri sebagai perkara utama dan tidak menjadikan usia sebagai halangan untuk sihat, Che Puan Sarimah Ibrahim pilih senaman pilates untuk mengekalkan bentuk tubuh badan dan kulit wajah cantik.
” Saya akan menjadikan rutin untuk menjaga kesihatan sebagai sesuatu yang penting dalam hidup saya. Kalau dapat dilihat dalam laman instagram saya, most of the time i promote healthy living and i always say ‘strong is the new sexy and it is not about being skinny’. Saya suka melakukan senaman pilates untuk menguatkan otot-otot di bahagian abs, lengan dan kaki serta menggunakan mesin senaman“, jelas wanita berbintang Aquarius dan berdarah campur Melayu-Irish ini.
Kagum dengan stamina dimiliki oleh Che Puan Sarimah yang cukup aktif untuk melakukan senaman kegemarannya walaupun kini hampir memasuki usia 40an. Malahan, beliau tidak kedekut untuk berkongsi amalan hidup sihat yang menjadi pilihannya bersama peminat di laman instagram! Tengok ni…
Bukan itu sahaja, untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan dalam masa yang sama beliau mengamalkan pengambilan air kosong yang secukupnya disamping menggunakan produk kecantikan yang sesuai dengan kulit wajahnya.
“Pertama sekali, pastikan minum air yang secukupnya iaitu paling kurang 2 liter sehari. Menjadi rutin harian saya untuk meminum air kosong terlebih dahulu setiap kali selepas bangun tidur sebelum bersarapan. Seterusnya, saya akan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk mengeluarkan peluh dan toksin dalam badan yang selalunya akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit.
Manakala, untuk penjagaan kulit wajah, saya akan menggunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit serta mempunyai khasiat daripada daun pegaga kerana ia boleh menghilangkan iritasi dan mengeringkan jerawat yang ada. Selain itu, jangan basuh muka berlebihan kerana ia boleh mengeringkan kulit wajah. Akhir sekali, saya juga percaya dengan menjalani kehidupan lebih positif dan sentiasa berbuak baik dengan semua orang akan membuatkan anda tampil lebih cantik lagi”, jelasnya yang merupakan pelantun lagu Kini Kau Tiada.
Bertanyakan pendapatnya tentang definasi cantik, Ini jawapan Che Puan Sarimah.
“Tidak dinafikan memiliki tubuh badan kurus dan kulit wajah yang cantik putih berseri sememangnya menjadi idaman setiap orang wanita di seluruh dunia. Tetapi sebenarnya, pandangan stereotype ini adalah tidak tepat sama sekali dengan adanya kemunculan artis seperti Nourul Depp, Dayang Nurfaizah dan beberapa artis lain yang mempunyai tona kulit gelap tetapi memiliki kecantikan mereka yang tersendiri.
Bagi saya,cantik bukan hanya berdasarkan pada luaran dan rupa paras seseorang, but its about being healthy! Tak ada maknya seseorang wanita itu mempunyai tubuh badan kurus dan kulit wajah putih tapi tidak sihat dan sering jatuh sakit. Jadi, kalau nak nampak cantik bukan hanya sekadar cantik rupa paras, tetapi harus juga mempunyai tubuh badan yang sihat serta mengamalkan diet seimbang”, jelas pengasas produk Thrill by Sarimah ini.
Dalam kesibukannya memenuhi tugasan sebagai pengacara dan anak seni dan meluangkan masa bersama keluarga, Che Puan Sarimah masih tetap mencari waktu untuk diri sendiri bagi menjaga kesihatan tubuh badannya agar sentiasa tampil menawan. Boleh lah cuba tip-tip dan rutin yang menjadi amalan Che Puan Sarimah ni untuk sama cantik dan sihat macam beliau.
Sumber gambar: Instagram @sarimahibrahim
This website uses cookies.