Kalau dah jodoh takkan ke mana. Tanggal 22 Jun 2019 menjadi detik bermakna buat Ain Edruce apabila dia selamat bergelar tunang kepada jejaka pilihan, Amirul Hafiz. Terbuka berkongsi wajah bakal suami sejak awal lagi… Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce disifatkan seorang selebriti yang mudah didekati dan terkenal dengan sikap ‘gila-gila’.
Enggan menjalin ikatan pertunangan terlalu lama dan sedar akan dugaan sebaik bergelar tunangan orang, wanita cantik berusia 28 tahun ini tanpa berselindung menjelaskan akan melangsungkan perkahwinan bersama Amirul pada 13 Disember depan.
Kredit: The Calla
Di sebalik kemeriahan dan majlis pertunangan serba indah yang diadakan di kediaman keluarga Ain di Sentul, pelakon yang pada mulanya agak skeptikal apabila ada dalam kalangan rakan-rakan yang bertemu pasangan di alam maya dan lebih muda daripada mereka ini sama sekali tidak menyangka turut melalui perkara sama.
“Sampai sekarang saya masih tak percaya bagaimana boleh berjumpa dengan seseorang yang saya cinta di laman sosial. Sebelum ini jika kawan yang bertemu pasangan di media sosial, saya akan menasihati mereka.
Begitu juga jika pasangan itu lebih muda daripada usia mereka. Bagaimanapun, semua itu terjadi kepada saya apabila dapat Amirul yang lebih muda daripada saya.
Ads
Saya tak rasa gemuruh untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sebaliknya lebih teruja. Saya pun sudah berusia 28 tahun, jadi memang masa yang sesuai untuk menamatkan zaman solo. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancer dan dipermudahkan segala urusan,” ujar Ain.
Anggun mengenakan persalinan rona pastel ilham Wanpa, Ain turut menerima sebentuk cincin dan sembilan dulang hantaran berbalas 11. Dianggarkan seramai 200 tetamu hadir memeriahkan majlis.
Menurut Ain, dia mula mengenali Amirul tahun lalu apabila tunangnya itu menghantar mesej peribadi di media sosial miliknya sebelum hubungan mereka jadi semakin serius. Ikut perancangan, Ain pernah memaklumkan akan berkahwin pada Februari depan namun ketika majlis pertunangan lalu… kedua-dua keluarga sepakat untuk mempercepat tarikh perkahwinan.
“Saya rasa tiada sebab untuk saya melambat-lambatkan benda yang baik dan mahu melakukannya tahun depan. Lagipun, apa yang saya buat ini elok, jadi saya nak ia dilakukan tahun ini.
Tambahan pula orang cakap bertunang ini banyak dugaan jadi hasil perbincangan kedua-dua pihak kami sepakat memilih 13 Disember. Malah keluarga juga berharap kami dapat disatukan secepat mungkin selepas majlis pertunangan ini.
Ads
Sumber: Harian Metro
Kredit foto: Instagram Ain Edruce
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sama cantik sama padan! Tahniah buat pasangan mempelai Wanna Ali dan Khairil Amri yang selamat melangsungkan perkahwinan pada tanggal 9 Februari 2025. Bijak menyembunyikan kisah cinta daripada khalayak, hasrat suci Wanna dan Amri untuk mendirikan rumah tangga akhirnya dimakbulkan Allah SWT.
Majlis ijab kabul Wanna atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali berlangsung penuh indah di Glam Hall Damansara. Pengantin perempuan tampil memukau dalam persalinan eksklusif Ezuwan Ismail.
Wanna Ali Sah Milik Khairil Amri
Tepat jam 10.40 pagi, pelakon cantik ini sah bergelar isteri Khairil Amri Tan Sri Dato’ Sri Khalid dengan sekali lafaz. Wanna Ali kelihatan sebak dan bersyukur usai pernikahan di sisi ibunda tersayang,
Dalam majlis berkenaan, Wanna menerima sebentuk cincin dan mas kahwin berupa 10 dinar emas.
Menelusuri latar belakang pengantin lelaki, Khairil Amri merupakan anak kepada bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar dan isteri, Puan Sri Datin Sri Imran Ibrahim.
Manakala Wanna ialah anak kepada penerbit Dato’ Normashayu Puteh atau lebih dikenali sebagai Ayu Puteh.
Seramai 150 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat hadir meraikan hari bersejarah Wanna dan Amri. Pengantin perempuan menerima tujuh dulang hantaran sementara pengantin lelaki pula menerima sembilan dulang hantaran.
Ibu Dato’ Ayu Puteh Sebak Wanna Ali Jadi Isteri
Majlis resepsi Wanna dan Amri pula berlangsung pada sebelah malam di lokasi sama bertemakan rona putih dan powder blue. Saat berarak masuk menuju pelamin, penampilan anggun Wanna dalam busana perkahwinan Shanel Harun memukau pandangan tetamu yang hadir.
Antara rakan artis yang turut menyerikan resepsi mewah ini termasuklah Joe Flizzow, Datin Intan Najwa, Sharifah Shahora, Ellie Suriaty dan Betty Benafe.
Dalam pada itu, Wanna Ali turut meluahkan rasa syukur kerana impian untuk mendirikan rumah tangga dipermudah dan berdoa agar kehidupannya selepas ini lebih bermakna. Di samping menitipkan rasa terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan dan mendoakan kebahagiaannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Bayangkan, pada usianya yang masih kanak-kanak, Hayder sudah bijak bergurau senda dengan kedua ibu-bapanya.
Apatah lagi setiap kali ada perlawanan bola sepak daripada team Johor, Hayder akan turut berada di stadium tersebut untuk memberi sokongan kepada ayahnya.
Baru-baru ini, pelakon yang juga isteri kepada pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), itu berkongsi momen anak sulungnya, Muhammad Hayder Qalish yang baru memasuki alam pra-sekolah. Ini ditambah pula dengan wajah Hayder yang comel menerima pujian ramai wargamaya.
Malah Eyra dan suami juga seringkali berkongsi telatah Hayder Qalish untuk hiburan peminat-peminat mereka di Instagram mahupun Twitter, membuatkan ramai yang geram dengan telatah dan gelagatnya yang bersahaja. Masya allah, memang comel sungguh Haider ni kan!
Gelahat Haider boleh disaksikan menerusi akaun Tiktok @haiderqhalish14 yang yang dipercayai dibuka oleh Eyra dan Haziq. Sehingga kini akaun tersebur mempunyai 142 ribu pengikut.
Walaupun perkahwinan Eyra Hazali dan Haziq Nadzli baru beranjak ke usia 3 tahun lebih, namun ramai yang mengagumi keluarga harmoni Eyra dan suami yang cukup bahagia. Apatah lagi Eyra dikhabarkan cukup memamahi profesion suaminya dan saling menyokong antara satu sama lain, malah sanggup pindah ke Johor untuk bersama suaminya.
Sekadar info, Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020 dan Muhammad Endra Haqimie, pada 29 April 2022.
NONA mendoakan semoga rumahtangga Eyra dan Haziq diberkati dan kekal bahagia hingga ke Jannah, dan kedua-dua anak comel mereka membesar menjadi anak-anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik berseri-seri pasangan mempelai di atas pelamin. Tahniah buat bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang wanita jelita dikenali sebagai Qistina Lim.
Memetik laporan Astro Awani, berita perkahwinan tersebut mendapat perhatian warga maya pada 24 September lepas menerusi hantaran yang dibuat individu bernama Mohammad Izzat Hassan dipercayai adik kepada Tan Sri Musa di Facebook.
Dalam perkongsian itu, turut dimuat naik beberapa gambar sekitar majlis resepsi yang dilaporkan berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.
Kredit Facebook Mohammad Izzat HassanKredit Facebook Mohammad Izzat Hassan
Mohammad Izzat turut menitipkan ucapan, “Syukur alhamdulillah dan tahniah, Tan Sri Musa Hassan dan Puan Sri Qistina Lim, anda (Musa) sentiasa menjadi idola, penasihat, pemimpin dan abang kepada saya.
Selamat datang kak long Qistina dalam keluarga kami. Semoga mendapat mawaddah, rahmah dan kekal sehingga ke jannah.”
Dalam pada itu, pendakwah selebriti iaitu Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar turut membuat siaran langsung Facebook yang berdurasi dua minit 18 saat berkaitan majlis resepsi pasangan mempelai.
Tan Sri Musa sebelum ini berpisah dengan isterinya selepas Elly Afizahwati Abdul Jalil memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 30 Mac lalu.
Permohonan cerai itu difailkan kerana faktor shiqaq atau perbalahan berpanjangan dengan Tan Sri Musa yang dikahwininya sejak 10 tahun lalu.
Makin meningkat dewasa makin terserlah kecantikan Leia Rose. Anak gadis yang juga cahaya mata sulung usahawan dan bekas personaliti televisyen, Marion Caunter dan SM...