Ingatkan kuku hanya sebagai elemen cantik di hujung jari. Tak Sangka kuku menyimpan rahsia bagi menggambarkan tubuh sihat ataupun sebaliknya.

Ads

Trend mengamalkan gaya hidup yang sihat semakin popular dan ramai yang sudah mula sedar akan kepentingan menjaga kesihatan diri.

Tak Sangka KUKU Simpan ‘RAHSIA’ Tanda Tubuh SihatĀ 
Foto: www.123rf.com

Sebenarnya memiliki hidup yang sihat adalah sihat keseluruhan tubuh bukan setakat luaran sahaja. Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda benar-benar berada dalam kumpulan individu yang sihat, jom kita lihat garis panduan ini.

Tak Sangka KUKU Simpan ‘RAHSIA’ Tanda Tubuh SihatĀ 
Foto: www.123rf.com

1. Kuku Yang Sihat
Anda mungkin tidak terfikir bahawa kuku mampu menggambarkan tubuh yang sihat atau sebaliknya. Tak sangka kuku punya peranan sebegitu. Jika anda mempunyai kuku yang berwarna merah jambu dan kukuh serta permukaan yang rata bermakna di tubuh adalah sihat. Jika ada bintik putih mungkin sudah tiba masanya untuk membuat pemeriksaan tubuh secara menyeluruh. Ini adalah tanda anda seorang diabetes. Manakala kuku yang berwarna kuning pula sering dikaitkan dengan masalah pernafasan.

Tak Sangka KUKU Simpan ‘RAHSIA’ Tanda Tubuh SihatĀ 
Foto: Instagram @inairepublichq

2. Kadar Denyutan Jantung
Cara yang mudah untuk menguji tahap kesihatan tubuh dengan melihat kadar denyutan jantung kembali normal selepas melakukan senaman kardio. Secara ideal, kadar denyutan jantung kembali normal selepas 5 minit.

3. Kawal Kadar BMI
Berat badan adalah salah satu cara untuk mengetahui kadar kesihatan seseorang. Dengan BMI kita boleh mengetahui tubuh berada dalam kategori terlalu kurus, normal, berat badan berlebihan dan obesiti. Kadar lemak dalam badan juga perlu diukur untuk mengetahui kadar kesihatan tubuh. Kadar peratusan lemak berbeza di antara lelaki dan wanita dan juga berbeza mengikut umur.

4. Tidur Berkualiti
Tidur yang berkualiti adalah dengan mendapat tidur yang cukup. Biasanya orang yang tidak cukup tidur lebih mudah stres dan didatangi penyakit. Jika mempunyai tidur yang cukup dan berkualiti, anda mampu bangun tidur setiap pagi pada waktu yang sama tanpa dikejutkan deringan jam loceng. Ingat, istilah ā€˜balas dendamā€™ bangun lambat ketika hujung minggu adalah suatu tabiat yang tidak baik.

5. Detoksifikasi
Sistem tubuh adalah sihat jika setiap hari anda ke tandas. Ini bermakna proses detoksifikasi berjalan dengan lancar. Jika anda mempunyai pola yang sihat cuba semak kandungan fiber yang diambil setiap hari. Namun jika kandungan fiber mencukupi bermakna sudah tiba masa untuk ke doktor.

Tak Sangka KUKU Simpan ‘RAHSIA’ Tanda Tubuh SihatĀ 
Foto: www.123rf.com

6. Kadar Larian
Bagi menguji kecergasan kardio cuba berlari sejauh 1.6 kilometer. Jika tempoh larian adalah lebih daripada 15 minit kadar kercergasan anda adalah dalam tempoh sederhana. Lebih cepat anda berlari bermakan kadar fizikal anda adalah tip top.

Ads

7. Senama Latih Tubi
Ini mungkin nampak mudah tetapi boleh menggambarkan kadar kesihatan anda. Melakukan latih tubi (push up) sebanyak 20 kali tanpa rehat menandakan tubuh anda sihat. Jika boleh melakukan 20 kali latih tubi ketika waktu rehat di pejabat setiap hari adalah langkah yang wajar dilakukan. Jika kiraan kurang daripada 20 bermakna anda perlu melakukan lebih latihan.

Tak Sangka KUKU Simpan ‘RAHSIA’ Tanda Tubuh SihatĀ 
Foto: www.123rf.com

8. Warna Air Kencing
Mungkin ada yang tidak percaya tetapi dengan memeriksa warna air kencing anda dapat tahu tubuh terhidrat atau tidak. Ini kerana jika warna air kencing kuning gelap atau coklat, tubuh tidak mempunyai air yang cukup. Malah jika terhidu bau yang kuat atau air kencing berdarah, lebih baik berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan selanjutnya.

9. Pemeriksaan Berkala Tahunan
Tanya diri sendiri bila tarikh terakhir melakukan pemeriksaan berkala tahunan. Laporan penuh pemeriksaan ini penting bagi mengukur tahap kesihatan diri. Jika laporan tersebut mendapati ada berada di tahap optimum, itu sudah bagus. Namun, jika masih ada laporan yang tidak cantik, anda perlu melakukan sesuatu sebelum berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan tahunan yang berikutnya.

Ads

10. Kadar Denyutan Jantung
Pemeriksaan kadar denyutan jantung sangat penting. Secara ideal, kadar denyutan jantung ketika rehat adalah dalam lingkungan 70 denyut per minit atau rendah. Jika kadar yang diperolehi lebih daripada ini mungkin anda perlu memperbanyakkan lagi latihan kardio bagi menguatkan jantung.

Jadi ini adalah tanda yang menunjukkan anda tergolong dalam golongan orang sihat. Jika banyak yang tidak dimiliki dalam senarai ini bermakna anda perlu menukar diet dan bersenam dengan lebih lagi untuk mencapai tahap kesihatan yang unggul.

Baca juga; Cuaca Panas Membahang, Kesan Paling Kritikal STROK HABA Bahayakan KesihatanĀ 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI