Hidup dalam era globalisasi ini kadang-kadang langsung tidak terlintas memikirkan kehidupan insan lain yang serba kekurangan. Tidak sangka masih ada kanak-kanak yang datang ke sekolah hanya berbumbungkan daun serta atap zink dan berdindingkan hembusan bayu.
Kehadiran Diana Amir melalui Program Care For Hunger ke Lahad Datu baru-baru ini benar-benar telah membuka mata melihat kedaifan kanak-kanak yang bersekolah di sana. Tidak dapat dibayangkan bagaimana kanak-kanak di sana menerima pendidikan yang sempurna.
Kongsi Diana di laman sosialnya, “Ini keadaan sekolah mereka, beratapkan daun dan zink, ada yang berkipas tapi macam ‘dewan’ ni tak ada kipas, bersebelahan laut, so panasnya hang pikiaq sendiri. Peluh di muka sila abaikan.
Tapi demi menuntut ilmu, mereka dibahagikan bukan ikut umur, tapi ikut tahap masing-masing, ikut kaedah 3M, membaca, mengira, menulis dan ada pendidikan agama.
Banyak yang kita boleh bantu mereka, baju sekolah pun ramai yang tak ada, sistem air bersih dalam pembikinan, insyaAllah telaga air akan di rasmikan oleh NC USIM semoga itu dapat meringankan beban mereka.
Sementara tu, kita ajar mereka pemakanan sihat dan dental care. Banyak gigi berlubang ni, tak apa budak lagi. Kita didik sekarang so
, pasni semua generasi Kg Tagupi akan ada kebersihan oral yang menyeluruh,” kata Diana.Menurut Diana, kehidupan penduduk kampung ini bergantung 100% kepada telaga untuk menjalani kehidupan seharian. “Penduduk Kg Tagupi Laut guna perigi-perigi kecil macam ni untuk kegunaan mandi, basuh baju, tapi tak boleh guna untuk makan dan minum sebab bila Kementerian Kesihatan check air ni tak sesuai untuk diminum.
1 perigi kecil share 4 famili, 1 famili ada yang sampai 20 orang duduk rumah kecil-kecil yang pembinaan tak stabil pulak tu. Seorang gerak bergoyang rumah…Hebat survival mereka.
USIM dengan kerjasama @ir_my akan merasmikan telaga air bertapis yang besar, penduduk kampung boleh guna untuk apa sahaja, arus air pun laju.
Walaupun bukan macam kita yang air hanya perlu pergi ke dapur atau toilet perlu selangkah dua je di rumah, tapi bagi mereka ini sesuatu yang sangat membantu kehidupan seharian. Kesihatan pun lebih terjamin.
Masih tak boleh hadam bagaimana mereka survive sehari-hari, dengan bayi-bayi yang masih kecil, jauh daripada civilization. Semoga Allah SWT beri jalan keluar daripada kesukaran,” kongsi Diana.
This website uses cookies.