Gaya Hidup

Tak Sangka Ramai TERLUPA HIAS Elemen Ini. Jom Tiru 6 Idea Kreatif Hias Pintu Rumah Supaya Lebih Menarik!

Pintu adalah elemen asas bagi sesebuah rumah mahupun bangunan yang bukan sekadar berfungsi untuk menjaga privasi penghuninya bahkan sebagai saluran udara yang utama.

Namun tahukah anda, jika bahagian ini diserlahkan dengan dekorasi kreatif akan menyerlahkan lagi seri sesebuah rumah? Apa kata anda cuba salah satu daripada enam teknik kreatif ini.

(a) Dua Warna Berbeza


Nuansa ruang pasti akan berubah sekelip mata dengan menjadi lebih cerah dan segar hasil gabungan dua warna vibrant

di pintu rumah. Tidak perlu pola dan corak yang khusus. Cukup sekadar membahagikan pintu kepada dua bahagian. Kemudian, berikan dua warna yang berbeza.

(b) Garis Geometri

Garis-garis yang sederhana akan memberikan warna baharu di rumah anda. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit usaha serta kreativiti untuk menghasilkan motifnya.

(c) Kertas Dinding

Kertas dinding sememangnya untuk dinding. Namun begitu, tiada salahnya jika anda mencuba sesuatu yang lebih segar dan kreatif menggunakan kertas dinding pada pintu rumah. Pastinya, gabungan kreativiti antara dinding dan pintu daripada konsep yang sama menjadi lebih menarik.

(d) Warna-Warni

Jika anda selesa dengan nuansa warna-warni, tiada salahnya jika hendak mencuba mengecat pintu dengan pelbagai warna yang berbeza seperti di dalam gambar ini. Pastinya jiran tetangga anda akan tertarik saat melihatnya.

(e) Polka Dot

Pintu rumah dengan motif polkadot? Boleh, asalkan ia dapat mengubah penampilan pintu rumah anda menjadi lebih menarik. Motif polkadot ini bercirikan kewanitaan, cukup sekadar anda gunakan cat kayu biasa. Atau, dengan menggunakan warna cat lain yang tidak mudah luntur.

(f) Warna berkilat

Warna cat high-gloss yang vibrant dan kontra dengan warna dinding akan menjadi titik perhatian di dalam ruang rumah anda. Pilih cat yang berkualiti dan lakukan langkah-langkah pengecatan yang betul. Ini kerana cat high-gloss mempunyai kelemahan seperti menyerlahkan permukaan pintu yang tidak rata atau kurang sempurna. Amy Mohd

Share
Published by
Norzalina