Sebagaimana diketahui tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air dan kunci kepada kulit yang cantik dan mulus adalah mempunyai kadar kelembapan bawah kulit yang seimbang. Rahsia terungkai dengan memiliki kulit lembap jauh dari dalam dan kulit yang sihat hanya diperoleh apabila mempunyai kelembapan diperlukan. Jika kurang air dalam tubuh maka kulit akan kering dan tidak bermaya. Ayuh singkap rahsia kulit lembap secara semula jadi.
Serum kembali lembapan kulit
Memang elok tidak pernah tinggal rutin menyapu krim pelembap setiap malam sebelum tidur. Namun, kini sudah tiba masa menukar rutin harian itu. Sapu serum sebelum tidur demi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul lebih kecil lantas menyalurkan nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam yang tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap. Bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit kering serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur. Kulit terasa lebih anjal dan segar dengan berkeyakinan.
Krim tabir suria sebagai perisai kulit
Sinar matahari memang baik untuk kesihatan kerana merangsang tubuh menghasilkan vitamin D. Namun, sisi lain jika terlalu terdedah kepada sinar matahari tanpa perlindungan mengundang kesan buruk kepada kesihatan kulit. Lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih. Kadar tersebut menunjukkan berapa efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra. Kesan cahaya matahari bukan sahaja menghilangkan lembapan kulit malah merangsang jeragat dan noda hitam.
Losen tubuh sebagai pelindung
Kebanyakan wanita memilih losen badan tanpa mengetahui fungsinya. Ada yang memilih losen hanya semata-mata gemar aroma yang tercipta. Fungsi sebenar losen adalah memberi lembapan di bawah kulit. Pastikan losen yang dipilih berkualiti dan mampu memberi kelembapan sebenar kepada kulit dalam tempoh yang lama.
Teh hijau kekal lembapan kulit
Peminat teh pasti tahu ada berbaga-bagaii jenis teh boleh diminum. Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoks tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit. Kandungan antioksida tinggi pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.
Pengelupasan pelihara kulit
Sebagai seorang wanita yang menjaga kecantikan diri perlu peka tentang kelembapan kulit sendiri. Lakukan rawatan pengelupasan dengan lulur yang berasaskan minyak. Ini boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan membantu memelihara kondisi kulit agar tetap dalam keadaan lembap. Kulit wajah yang lembap kunci wajah yang lebih muda.
Bedak asas bantu kekal lembapan kulit
Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah memiliki bahan pelembap yang tinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat. Bedak asas yang datang dalam bentuk krim boleh membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita Asia.
This website uses cookies.