Muabellaz bukan saja pandai bersolek dan jaga penampilan diri. Bahkan influencer ini juga pengemas orangnya. Kalau dulu, keadaan dapur di rumah kayunya menjadi perhatian dan viral di media sosial.
Kali ini Bellaz sekali lagi menarik tumpuan warga maya dengan susun atur baju di dalam almari yang kemas dan cantik.
Sebagai usahawan dan ibu empat anak pastinya Bellaz perlu bijak membahagikan masa untuk mengurus keluarga serta karier. Walau penat namun wanita ini cukup menjaga hal rumah tangga seperti memasak dan mengemas.
Apatah lagi, Bellaz tidak mempunyai pembantu rumah. Menerusi perkongsian pemilik nama Nabilah Zulyadaini di media sosial miliknya baru-baru ini, sikap rajin Bellaz mendapat pujian ramai.
“Malas-malas kena rajin juga lipat baju. Haa.. puaih. Rasa tenang bila tengok tersusun elok. Ni almari rumah lama Bellaz lapik kotak weh. Masih baik digunakan lagi. Berbaloi beli tahan lama.
InshaAllah bertahan lama lipatan tu depa nak usik pikiaq banyak kali sebab ibu singa ada di rumah. Almari Muabellaz ja ada roadtax,” selorohnya apabila kelihatan pelekat cukai jalan ditampal di almari berkenaan.
Walau sudah berjaya dan memiliki empayar niaga, Bellaz enggan lupa diri dan sentiasa mengenang jasa insan yang pernah bersama-sama membantunya sejak dulu.
Malah isteri Anuar Ahmad ini tanpa berselindung mengaku status dirinya sebagai anak nelayan dan tidak segan berkongsi memori hidup dengan peminat.
Ini bukanlah kali pertama Bellaz mendedahkan sisi hidup susah yang pernah dilalui. Sebelum menikmati kesenangan dan dikurniakan rezeki membina rumah banglo mewah juga dia turut meluahkan rasa bangga mendiami rumah papan bersama keluarga tersayang.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/upload-gambar-bilik-lama-muabellaz-tak-segan-kongsi-memori-demi-inspirasi/