Ikon antarabangsa yang cukup terkenal, Audrey Hepburn merupakan salah seorang selebriti paling terkenal sepanjang masa, malah hingga kini namanya sering disebut oleh pencinta seni dunia.
Ads
Tidak hanya bersandarkan pada wajah yang cantik semata-mata, kemampuannya untuk menunjukkan bakat yang dimiliki memang tidak dapat dinafikan. Malah, beliau juga seorang dermawan yang amat disegani.
Meninggal pada tahun 1993, Hepburn ternyata telah mewariskan kecantikannya pada cucunnya, Emma Kathleen Hepburn Ferrer.
Meskipun Emma tidak sempat berjumpa dengan neneknya, Ferrer membesar dengan baik dan memperoleh atau mewarisi kecantikan Audrey. Sikap lemah lembut dan baik hati yang dimilikinya juga persis neneknya.
Ferrer dilahirkan pada 1994 di Swiss dan telah berpindah ke Los Angeles pada usia 4 tahun. Namanya menjulang naik pada tahun 2014 ketika dia mengambil bahagian dalam pemotretan untuk mengenang Hepburn dari mulai gambar paling berkesan dan sejarahnya bersama Harper’z Bazaar.
Ads
Mengikuti jejak si nenek, Ferrer juga memiliki komitmen untuk turut menyalurkan bantuan pada pihak memerlukan atas nama kemanusiaan. Ferrer tercatat sebagai duta besar Amerika Serikat untuk UNHCR iaitu organisasi di bawah naungan PBB.
Ads
Selain itu, Ferrer juga benar-benar meniru jejak langkah Hepburn untuk bekerja di UNICEF. Tidak hanya bakat seni dan empati yang begitu besar diwariskan pada Ferrer, beberapa barang berharga Hepburn juga turun pada cucu cantiknya tersebut.
Di antara barang bersejarah tersebut ada kasmir Ralph Lauren turtleneck dan kalung hati emas milik Hepburn yang kini diwariskan pada Ferrer.
Nenek dan cucu ini ternyata sama-sama cantik dan seorang pejuang kemanusiaan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sukan memanah berkuda menghidupkan sunnah Rasulullah. Bagi selebriti yang juga aktivis kemanusiaan, Datin Sri Nurheliza Helmi, hobi ini bukan sekadar menyihatkan malah menonjolkan gaya hidup ekuestrian persis jenama antarabangsa Polo Ralph Lauren versi Muslimah!
Teruja melihat ketangkasan isteri perunding kewangan ternama, Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman ini kala menunggang kuda. Berani dan lasak, wanita berusia 37 tahun itu lincah membelah angin sambil menikmati keindahan alam yang terbentang indah.
Dalam perkembangan terbarunya, Heliza memuat naik beberapa keping gambar aktiviti berkuda yang disertai adik, Hazwani Helmi serta rakan-rakan berkuda yang lain di sebuah lokasi berbukit.
Dengan pemandangan matahari terbit, awan membiru dan bukit-bukau yang menghijau, kapsyen gurauan Hazwani Helmi di bawah ni cuit hati peminat…
“Please hire us cc Polo Ralph Lauren”
Lepas ni kalau Ralph Lauren nak cari hijabi yang mahir menunggang kuda, cantik dan kelakar, bolehlah ambil adik-beradik The Helmis!
Aktiviti memanah sambil menunggang kuda sering menjadi hobi Heliza dan Hazwani Helmi sejak kebelakangan ini.
Walaupun menunggang kuda dan memanah boleh dikategorikan antara aktiviti lasak namun ia sudah mula digemari dan menjadi pilihan wanita sebagai aktiviti riadah masa lapang.
Selain menyihatkan badan, sukan ini juga mengasah kemahiran berfikir dengan tangkas dan mengawal kuda dengan cekap. Sangat sesuai untuk wanita yang sukakan cabaran serta aktiviti fizikal mengikut sunnah Rasulullah SAW.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (klik link)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zhang Ziyu menjadi sensasi di media sosial ekoran ketinggian luar biasa yang dimilikinya. Baru berusia 17 tahun, pemain bola keranjang pasukan kebangsaan China ini mempunyai ketinggian mencecah sehingga 220 sentimeter. Bersandarkan kelebihan itu, Zhang disenaraikan antara pemain paling bernilai bagi FIBA Under-18 Women’s Asia Cup 2024.
Atlet remaja ini juga berjaya membawa pasukan negaranya ke peringkat final selepas menewaskan Korea Selatan. Sepanjang kejohanan menentang lawan, jelas kelihatan ketinggian luar biasa Zhang dan menyaksikan kebanyakan pemain bola keranjang hanya berada di paras dada atlet tinggi lampai berkenaan.
Bagaimana pun, China terpaksa akur bergelar Naib Juara apabila tumpas di tangan pasukan Australia pada 30 Jun lalu dengan kutipan 79 mata berbalas 96 di Shenzhen, China.
Memetik kenyataan Zhang di laman web rasmi FIBA, “Saya tak mahu terlalu memikirkan soal masa depan kerana perlu menimba pengalaman. Paling utama, saya perlu jadi lebih baik.
Ibu bapa saya juga pemain bola keranjang dan saya terlibat dalam sukan ini sejak di bangku sekolah rendah lagi.”
Difahamkan bapa Zhang mempunyai ketinggian 213 sentimeter. Sementara ibunya, Yu Ying yang juga bekas pemain pasukan kebangsaan China pula berketinggian 198 sentimeter. Atlet kelahiran Shandong ini juga pernah menyertai sukan lompat jauh dan lompat tinggi.
Sebelum ini, pasukan bola keranjang China turut mencipta fenomena apabila salah seorang pemain lelaki mereka iaitu Yao Ming mencipta rekod ketinggian sehingga 229 sentimeter dan menjadi Pemain Bola Keranjang Terbaik China Sepanjang Masa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ingatkah lagi dengan jenama butik terkenal Hajaba, Women of Jannah, Umrah Hajj serta Leesa Formula dan Serenity Spa? Suatu ketika dulu, jenama-jenama ini pernah mencetuskan fenomenanya yang tersendiri. Mona Din menjadi satu nama besar dalam industri fesyen Muslimah sekaligus menjadi pelopor di Malaysia.
Namun seiring dengan perubahan trend khususnya dalam aliran fesyen Muslimah, Mona Din mula memperlahankan segala aktiviti perniagaannya. Dalam erti kata lain ‘bersara awal’ untuk memberi perhatian terhadap keluarga dan ibadah.
Mona Din tidak pernah menganggap keputusannya itu adalah detik kejatuhan kerana ia turut dipersetujui oleh suami, Zulkefli Mohd Ali. Ia juga bagi memberi ruang buat mereka untuk membimbing anak-anak mengambil alih perniagaan yang bakal ditinggalkan kelak.
“Target saya apabila usia mencecah 50 tahun saya mahu bersara dan ingin menebus semula apa yang tak sempat dilakukan dahulu disebabkan terlalu sibuk menguruskan perniagaan contohnya pergi bercuti bersama keluarga dan memberi perhatian terhadap anak-anak.
Saya juga gemar meluangkan masa dengan menulis di Facebook. Ia umpama diari peribadi saya untuk berkongsi nasihat, tip dan kaunseling buat para pengikut khususnya hal-hal berkaitan keluarga dan anak. Saya gembira kerana dapat menyumbangkan sesuatu dengan cara tersendiri.
Jauh di sudut hati untuk merasa riak kerana apa yang dikongsi itu memberi mesej baik dan positif. Saya bersyukur kerana diberikan nikmat rezeki yang tak terhingga selama ini sehingga apa yang dilakukan semuanya menjadi.
Percaturan saya dan suami untuk keluar dari zon selesa dengan meninggalkan jawatan tinggi di syarikat terdahulu demi mencabar diri dalam bidang perniagaan ternyata berbaloi. Saya yakin Allah SWT sudah menetapkan rezeki buat saya. Sehingga ke satu tahap, saya juga tak boleh menjadi tamak.
Kini tiba masanya untuk saya melepaskan apa yang perlu dilepaskan kerana mahu memberi peluang kepada orang lain khususnya anak-anak muda yang kian rancak bersaing dalam perniagaan. Justeru, saya mengambil keputusan untuk menutup butik Hajaba dan Umrah Hajj.”
Mona turut berkongsi rasa bangganya terhadap perkembangan dunia perniagaan yang kini banyak dimonopoli oleh generasi muda. Bagi Mona inilah masanya untuk mereka mencuba dan tidak melepaskan segala peluang yang ada kerana masa muda hanya datang sekali.
“Disebabkan kami adalah kelompok terawal mengasaskan jenama Muslimah, nikmat kejayaan itu telah pun dikecapi. Begitu juga dengan susah senang mengharungi cabaran dalam berniaga sebelum munculnya sosial media. Maka, kami tak perlu lagi bersaing dengan jenama-jenama yang ada sekarang.”
MENJADI DIRI YANG BARU
“Saya banyak habiskan masa di rumah bersama suami dan anak-anak. Segala tugas rumahtangga saya uruskan sendiri. Jadual saya kini penuh dengan aktiviti keluarga. Sesibuk mana pun kami cuba untuk meluangkan masa bersama anak-anak khususnya pada waktu malam dan hujung minggu. Perniagaan kini sekadar aktiviti sampingan dan tidak akan pernah terhenti.
Dulu saya sering memandang ringan terhadap solat lima waktu. Alhamdulillah kini saya menjadi seorang yang lebih baik berbanding sebelumnya. Saya menjadi Mona Din yang baru. Mudah lembut hati dan emosi juga lebih tenang.
Kalau dulu mudah nak marah dan mahu semuanya sempurna. Ia bertitik tolak daripada solat tahajjud yang saya amalkan. Masa untuk muhasabah dan memperbaiki diri. Saya disiplinkan diri dan turut berkongsi di Facebook bagaimana rutin saya bangun awal pagi setiap hari untuk bertahajjud.
Bukan niat untuk riak tetapi memberi inspirasi buat rakan-rakan pengikut saya untuk turut bersemangat untuk bertahajjud. Sama ada berada di Malaysia mahupun luar negara, saya tetap konsisten melakukan rutin amalan tahajjud ini. Alhamdulillah Allah SWT mudahkan segala urusan saya, apa yang dipinta Dia akan makbulkan.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...