Pasangan Instafamous yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina merupakan antara figura yang sering menjadi sorotan netizen dalam setiap tindak tanduk mahupun penampilan yang diperagakan mereka.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah 63kg! Jelas Ana, ketika itu suamilah mentor untuk berdiet dan pembakar semangat sehingga berjaya hari ini.
Pemilik nama penuh, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan mempunyai muka berjerawat.
Memetik laporan Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik.
Justeru itu, Aina tidak pernah bekecil hati jika suaminya memuat turun foto dirinya dahulu. Ini kerana ada mesej yang tersirat yang ngin disampaikan sebagai pengajaran kepada orang ramai.
Aina mengakui pada tahun 2013, berat badannya pernah mencecah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram.
Justeru, untuk mengembalikan keyakinan diri, Hafiz adalah orang yang sanggup memberikan tunjuk ajar serta galakkan kepada Aina untuk menurunkan berat badan.
Ketika temu bual bersama majalah NONA, Aina mendedahkan bahawa dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen.
Dia juga mengamalkan tip pemakanan daripada Hafiz yang sememangya aktif melakukan senaman di gimnasium dan at berdisiplin menjaga pola pemakanannya.
Aina menjelaskan, tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuh badan ramping bagi tujuan kecantikan, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan merasa tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan yang gempal.
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz, gambar yang dimuat turun di laman sosial bukan bertujuan memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Jelasnya lagi, dia mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Sekadar Info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA!
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sumber Foto: Instagram Syafiqah Aina
This website uses cookies.