Nampak Jasmin Hamid ceria lepas menjalani pembedahan bariatrik Februari lalu. Bukan hanya penampilannya lebih ramping dan menawan bahkan raut wajah juga bertambah seri! Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan Jasmin pasti perasan perubahan besar dari segi fizikal aktres ini.
Tanpa berselindung, pelakon drama Akad Yang Terlindung ini mendedahkan kepada umum berhubung tindakannya menjalani pembedahan bariatrik kira-kira 10 bulan lepas. Tak dinafikan, sejak melakukan prosedur pintasan perut tersebut Jasmin Hamid ceria dan tampil lebih bertenaga.
Menerusi media sosial, pemilik nama Jasmiah Abdul Hamid ini berkali-kali menegaskan tujuan dia menjalani operasi pembedahan itu demi menjaga kesihatan diri.
Ujarnya, “Syukur alhamdulillah. Tahap kesihatan saya bertambah baik selepas saya buat bariatric surgery dengan Dr Mustafa. Sekarang saya lebih mudah untuk melakukan aktiviti harian dan ibadah bila badan dah bertambah ringan, tumit kaki pun dah tak sakit lagi.
Saya dah dapat balik berat badan yang dulu. Semuanya kerana magic hand Dr Mustafa. Terima kasih doktor.”
Terdahulu, Jasmin Hamid pernah mengalami detik sukar apabila ada yang memandang sinis terhadapnya dan menjadi mangsa ‘body shaming’.
Artikel https://www.nona.my/sembunyi-sakit-sedih-fizikal-dikutuk-jasmin-hamid-dedah-ada-cyst-dibedah/
“Kalau dulu saya sampai murung dan tak nak keluar rumah jumpa orang keliling melainkan untuk kerja sebab mulut-mulut hangsuang.
Perkataan pertama yang akan keluar dari mulut-mulut hangsuang tu seperti ‘Gemuknya sekarang’, ‘Dah buruk sekarang’, ‘mak cik-mak cik sangat’.
Disebabkan mulut-mulut hangsuang tu, saya nekad untuk dapatkan nasihat dan rawatan dari Dr Mustafa, The Best Bariatric Surgeon in Asia Pacific yang sangat baik dan positif.”
September 2023, pelakon ini pernah dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan kerana didiagnosis cyst dan perubahan hormon dalam badan hingga terjadi pendarahan rahim.
Rentetan masalah kesihatan itu juga menyebabakan dia berdepan masalah berat badan. Jasmin Hamid juga pernah dimasukkan ke hospital pada Mei 2022 kerana mengalami serangan jantung.
Jasmin Hamid yang meniti usia 52 tahun menjalani pembedahan Sleeve Bariatrik dengan Dr Mustafa Mohamed Taher Al-Khafaji di Cengild Medical Centre. Dia terpanggil untuk melakukan prosedur tersebut dengan selepas diperkenal oleh rakan artis, Zarina Zainuddin.
Semoga aktres versatil ini dikurniakan kesihatan yang baik dan menjalani kehidupan lebih bermakna dan berjaya pada masa akan datang.
Jasmin Hamid sah bergelar isteri kepada Nazmir Abdul Rahim yang juga bekas pengurusnya pada 19 November 2021.
This website uses cookies.