Haa.. ini antara situasi yang sering membelenggu pasangan yang baru berkahwin. Pada mulanya hendak tunggu tugasan di pejabat semua selesai atau menanti tiket penerbangan yang murah. Tapi akhirnya terpaksa berbulan madu di rumah saja sebab isteri sudah mula hamil anak pertama.

Bagi anda yang sedang hamil, jangan sekat kemahuan anda dan risau untuk bercuti bersama suami kerana pada saat kehamilan seperti inilah anda patut nikmati pemandangan dan udara segar. Bukan saja baik untuk diri dan emosi si ibu. Tapi lebih bermanfaat untuk perkembangan bayi yang dikandung. Pun begitu, jika usia kandungan sudah melewati lima bulan seelok-eloknya anda sabar menanti untuk percutian seterusnya.

Ads

Tak Sempat Honeymoon, Isteri Sudah Mabuk Hamil. Macam Mana Nak Bercuti Tanpa Risau Soal Kandungan?

MINTA NASIHAT DOKTOR

Adalah wajar bagi anda untuk melakukan pemeriksaan kandungan dan mendapat KEIZINAN daripada doktor bertauliah sebelum pergi bercuti. Maklumkan kepada doktor mengenai maklumat perjalanan yang dirancang dan minta surat rujukan mengenai keadaan terkini kehamilan anda. Dokumen ini amat berguna terutama ketika menaiki kapal terbang. Ingat! Bawa bersama buku kehamilan sekiranya anda mengalami masalah dan memerlukan rawatan doktor di destinasi percutian.

PERIKSA PENERBANGAN

Kehamilan bukan penghalang kepada si ibu untuk bercuti melalui penerbangan. Namun, harus diakui kebanyakan syarikat penerbangan mempunyai syarat tertentu untuk wanita hamil. Misalnya, kandungan yang mencecah usia 35 MINGGU dan ke atas tidak dibenarkan untuk menaiki pesawat. Kebiasaannya, jika usia kehamilan 28 minggu sehingga 34 minggu, anda memerlukan surat pengesahan doktor dan mengisi surat akuan. Pastikan juga anda mengambil vaksin perjalanan sekiranya destinasi pelancongan yang akan anda kunjungi memerlukan pengambilan vaksin.

PAKAIAN YANG SESUAI

Pastikan anda membawa pakaian yang sesuai dengan keadaan dan cuaca di destinasi yang ingin dituju. Sebaik-baiknya, pakai pakaian yang LONGGAR, SELESA dan MENYERAP PELUH supaya mudah bergerak dan menikmati percutian dengan tenang. Pemakaian kasut rata dengan sokongan tulang belakang adalah pilihan sepatu yang sangat tepat untuk ibu hamil. Elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi.

JAGA PEMAKANAN & MINUM AIR KOSONG

Ibu hamil perlu peka terhadap jadual pemakanan mereka. Untuk itu, pastikan MAKANAN BERKHASIAT seperti buah-buahan kering dan kepingan bijirin sentiasa ada di dalam beg bimbit. Ini bagi mengelak rasa loya dan pitam sekiranya ibu hamil lambat makan. Selain menjaga pemakanan, pastikan juga anda mengambil AIR KOSONG secukupnya supaya tubuh badan kekal bertenaga.

Ads

JAUHI AKTIVITI LASAK

Kebenaran untuk bercuti yang diberikan oleh doktor tidak bermakna anda boleh lakukan pelbagai aktiviti sepanjang percutian. Sentiasa beringat agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti lasak terutamanya seperti meluncur air, menunggang kuda atau menaiki permainan ‘roller coaster’. Ini kerana pergerakan cepat dan kuat yang terhasil daripada aktiviti tersebut boleh mengganggu kandungan anda. Begitu juga aktiviti mandi-manda di kolam air panas atau sauna yang perlu dielakkan ibu hamil kerana tahap kepanasannya yang boleh menjejaskan kandungan.

SENAMAN MENGUATKAN OTOT LANTAI PELVIK

Posisi berdiri

Ads
  • Berdiri sambil mencekak pinggang
  • Tahan nafas selama lapan ke sepuluh saat.
  • Hembus nafas. Pastikan kemutan otot dilakukan sebelum dilepaskan.

Tak Sempat Honeymoon, Isteri Sudah Mabuk Hamil. Macam Mana Nak Bercuti Tanpa Risau Soal Kandungan?

Posisi baring

(Cara pertama)

  • Berbaring dengan mengangkat punggung sedikit ke atas.
  • Sambil berbaring, angkat punggung lebih tinggi.
  • Kemudian, kemut selama lapan ke sepuluh saat sebelum melepaskan kemutan otot.

(Cara kedua)

  • Baring dengan merapatkan betis ke paha.
  • Angkat kaki rapat ke perut sambil mengetatkan otot selama lapan ke sepuluh saat sebelum melepaskan kemutan.
  • Tegakkan lutut dan angkat tangan hingga mencapai lutut seterusnya lakukan kemutan.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI