Dalam kehidupan ini tidak semua orang lahir dalam ‘dulang emas’. Namun apabila mampu mengecap kejayaan dengan usaha sendiri memang suatu kepuasan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Ads
Dato’ Sri Vida adalah di antara jutawan wanita yang telah berjaya meluaskan empayar perniagaan sendiri dengan hasil titik peluhnya sendiri. Di sebalik wajah cerianya tersimpan seribu kisah ketika zaman kanak-kanaknya dahulu.
“Kenangan menyambut hari raya ketika zaman kanak-kanak merupakan nostalgia yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Nostalgia ini membesar bersama-sama untuk dikenang.
Kehidupan saya waktu kecil dahulu membesar dalam keluarga yang susah. Istilah memiliki sepasang baju raya ketika itu sangat besar maknanya. Namun, saya bukan seorang kanak-kanak biasa yang akan menangis teresak-esak kerana tidak memiliki sepasang baju baru yang digelar baju raya.Saya tahu kalau tak ada duit maka tak boleh beli baju raya. Jadi, saya usaha sendiri beli baju raya. Saya berniaga kacang putih pada bulan puasa untuk beli sepasang baju raya. Sampai sekarang saya ingat tiap kali nak beli baju raya. Kenangan yang tak akan saya lupa apabila mengimbau waktu saya susah dulu,” tutur Dato’ Sri Vida jujur.
Benar kata pepatah, Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. “Kehidupan manusia tidak akan berubah andai kita sendiri yang tidak mengubahnya. Saya berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan dan tidak mahu anak-anak saya mencipta pengalaman seperti saya dahulu.
Kini, biasanya saya tak ada banyak baju raya sebab saya hanya menyambut raya hanya dua atau tiga hari sahaja, selepas itu saya akan terus bekerja. Seperti keluarga yang lain keluarga saya juga mempraktikkan pakaian sedondon setiap kali tiba pagi Syawal.
Kami akan menetapkan satu warna dan semua orang akan menempah atau membeli baju mengikut tema yang telah ditetapkan. Semua sedara mara saya akan sedondon di pagi raya. Anak dara saya yang seorang itu pun akan pakai baju kurung walaupun hari-hari biasa dia tak suka pakai baju kurung,” kata Dato’ Sri Vida yang terkenal dengan baju kurung moden potongan peplum ini.
Ads
Kebahagiaan yang terindah menyambut Aidilfitri sudah tentu ketika dikelilingi dengan keluarga yang tercinta. “Bagi saya hari lebaran adalah masa yang berharga untuk diluangkan bersama keluarga.
Meniti kehidupan bernama Dato’ Sri Vida membuatkan saya terpaksa berkorban masa dengan keluarga terutama anak-anak. Saya jarang ada masa diluangkan untuk bersama mereka. Jadi kehadiran Syawal ini saya kaut sepenuhnya untuk bersama insan-insan tersayang dalam keluarga.
Tradisi Aidilfitri keluarga kami tidak banyak berbeza dengan keluarga yang lain. Setiap kali tibanya pagi Syawal kami sekeluarga akan bersalam-salaman dan memohon ampun dan maaf seandainya andai ketelanjuran kata sehingga menggores hati yang tidak disengajakan.
Ads
Kanak-kanak sudah pasti orang yang paling gembira ketika di pagi raya untuk menerima duit raya. Memang seronok melihat anak-anak saudara datang berkunjung dan beratur ramai-ramai menanti giliran menerima duit raya.
Hari raya tidak akan sempurna tanpa menikmati juadah raya yang begitu istimewa. Menu Aidilfitri yang paling digemari dan wajib dibuat tiap-tiap tahun sudah pasti ketupat dan sambal ikan bilis. Dua menu ini merupakan juadah wajib buat kami sekeluarga.
Biasanya keluarga kakak dan adik saya akan datang menyambut Syawal bersama-sama di kediaman ini. Suasana riuh apabila berkumpul beramai-ramai memang mencipta suasana,” ungkap Dato’ Sri Vida sambil membetulkan selendang yang jatuh di atas bahu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ratu Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan merupakan graduan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari American University of Cairo pada 1991 yang pernah berkhidmat di sektor perbankan dan teknologi sebelum berkahwin dengan Putera Abdullah Al Hussein pada 10 Jun 1993. Hasil perkahwinan selama hampir 30 tahun, Ratu Rania dan Putera Abdullah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Putera Hussein, Puteri Iman, Puteri Salma dan Putera Hashem.
Sebagai Ratu Diraja Jordan, Rania dikenali di seluruh dunia bukan saja kerana kecantikan yang dimiliki bahkan jiwa penyayang beliau membela nasib golongan kurang bernasib baik terutamanya kanak-kanak dan wanita di Jordan selain komited merapatkan jurang perbezaan kaum dan budaya di peringkat antarabangsa.
Tumpuan utama Ratu Rania adalah pendidikan dan beliau percaya setiap kanak-kanak Jordan sama ada lelaki mahupun perempuan perlu diberikan hak pembelajaran mengikut peredaran masa kini. Demi memastikan ia bukan sekadar cakap kosong, Queen Rania mewujudkan pelbagai inisiatif antaranya Jordan Education Initiative, Queen Rania Teachers Academy, Madrasati (atau bermaksud sekolah) dan Edraak yang bermaksud kesedaran.
Tidak cukup dengan itu, Ratu Rania juga terlibat dengan United Nations Foundation dan World Economic Forum serta menjadi individu penting dalam UNICEF dan dilantik UN sebagai Panel Kehormat yang berperanan meningkatkan taraf kehidupan penduduk dunia menjelang tahun 2030.
Paling mengagumkan, kerana naluri keibuan yang menebal dalam diri.. Ratu Rania berpeluang menghasilkan beberapa buku kanak-kanak yang berkisar pengalaman beliau sewaktu kecil. Antara naskhah istimewa karya Ratu Rania adalah The Sandwich Swap, Eternal Beauty, Maha of the Mountains dan The King’s Gift.
Memang terinspirasi dengan semangat dan jiwa besar Ratu Jordan ini. Malah, personaliti Ratu Rania turut menjadi perhatian penggemar fesyen lantaran gaya dan cita rasa menawan yang ditampilkan Ratu Rania tatkala berada di khalayak. Tidak keterlaluan jika dikatakan, beliau tidak ubah seperti supermodel yang cantik berjalan di karpet merah. Cukup memukau!
Foto: Instagram Queen Rania
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekalung tahniah buat Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut atas kejayaan menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian baru-baru ini. Meskipun sibuk dengan tugas sebagai duta produk, influencer dan karier dakwah namun anak kelahiran Selangor ini tetap komited menyambung pengajian.
Farhatul atau mesra disapa Farha berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Johan qariah tersebut diraikan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-52.
Dalam temu bual bersama Nona, Farha menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada insan tersayang atas kejayaan yang dicapai hari ini.
“Alhamdulillah bersyukur dan berterima kasih kepada ibu, Hajah Jaliah Haji Simin dan arwah ayah, Allahyarham Haji Panut Markum yang telah banyak mendoakan saya sehingga berjaya. Tak dilupakan, guru-guru, pensyarah dan keluarga.
Perasaan saya bercampur-baur, gembira, terharu dan dalam masa sama sebak sebab di sebalik kejayaan saya capai ini ada cabarannya. Alhamdulillah akhirnya saya dah berjaya melepasi semua.”
Tambah Farha lagi, “InshaAllah ada niat nak sambung master, doakan yang terbaik. Memang rancang nak sambung dan selain belajar, sekarang saya dah masuk bidang pelancongan juga dan menjadi Pengarah Bimbingan Agama Vacasia Tours and Travels Sdn Bhd.
Semoga bisnes yang saya pegang ini berjaya dan saya juga ada impian buat kelas Al-Quran untuk memberi manfaat kepada masyarakat.”
Oktober lepas, Farha memperoleh tauliah untuk mengajar Agama Islam dan berceramah dalam bidang Al-Quran bagi kategori kanak-kanak dan dewasa dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Meniti usia 24 tahun dia mewakili suara anak muda berusaha menarik minat golongan ini mencintai Al-Quran melalui media sosial memandangkan kebanyakan mereka aktif dan gemar menggunakan platfrom berkenaan.
Farha yang juga merupakan Ikon Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan berperanan menyalurkan bantuan kepada masyarakat memerlukan di seluruh dunia di samping menjayakan misi kemanusiaan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat buat Farha untuk menyampaikan ilmu Al-Quran dan suntikan inspirasi kepada golongan wanita untuk mengejar impian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekalung tahniah buat anak kepada selebriti, Mustapha Kamal dan Susan Manen atas kejayaan menggenggam Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.
Pastinya sebagai ibu bapa, pelakon yang sinonim dengan watak bangsawan ‘Megah Holding’ berkenaan antara individu paling bahagia menyaksikan anak tersayang tamat pengajian di menara gading.
Berkongsi kegembiraan di media sosial, Mustapha Kamal meluahkan rasa syukur dengan pencapaian Sabella Qawiema.
“Assalamualaikum Graduasi Universiti Malaya semua. Anda adalah aset negara, anda adalah cita-cita negara, anda adalah harapan negara, anda adalah masa depan negara.
Tahniah Sabella, first class honours. Tahniah. Your family loves you.”
Selain aktor kacak itu, isteri tercinta turut tidak ketinggalan menzahirkan rasa bangga terhadap puteri sulung. Sambil berseloroh, Susan berkata, “Congratulations Sabell. We love you. Ni baru anak sulung pewaris Megah Holding.”
Tambahnya lagi, “It was always my dream to study in UM but my baby girl is living it. Allah had other plans for me. I am grateful and enjoying the moment.”
Sementara itu, Sabella turut berterima kasih atas sokongan daripada keluarga tersayang terhadapnya selama ini.
“To mummy and papa, thank you for always believing in me and supporting me in every decision that I make. To Qayyiem, Salsabil and Qaddiem (even though you didn’t come but I still love you), I love you three very much and I thank Allah every day for giving me 3 wonderful siblings and I will continue to look out for you and treat you every time I make more money.”
Sabella tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Itali dan Linguistik kelas pertama, UM.
Selain Sabella, Mustapha Kamal dan Susan Manen turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Aulia Qayyiem, Naqli Qaddiem dan Salsabil Qur’ani.
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...