Industri kecantikan dan kesihatan dunia bergerak pantas. Nilai kepesatan industri ini dianggarkan mencecah RM151 bilion (£26.7 billion) pada tahun 2022 dengan pelbagai kaedah serta penemuan saintifik kecantikan baru diperkenalkan.
Begitu banyak petua kecantikan atau beauty hacks yang meraih tontonan tinggi di atas talian, terutama sekali menerusi platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan sebagainya.
Ads
Namun tahukah anda, tidak semua petua tersebut selamat dicuba? Pendedahan pakar estetik dari Vera Clinic, Dr Waleed Taleb, antara yang patut menjadi perhatian para pencinta kecantikan.
Skin Icing
Trend penjagaan kulit terbaharu yang menjanjikan keserian wajah ini telah mendapat tontonan 10.3 juta di TikTok. Dengan meratakan kiub ais ke seluruh muka, ia dikatakan mampu mengecilkan pori-pori sekaligus menjadikan wajah ‘terbentuk cantik’ dan anjal.
Sungguhpun kedengaran biasa tapi hakikatnya, perubahan suhu yang mendadak pada kulit boleh membuatkan kulit merengsa serta kemerah-merahan. Sebaik-baiknya dapatkan saranan pakar sebelum dicuba.
Slugging
Satu lagi trend yang viral ialah ‘slugging’. Ia bermaksud melumur wajah dengan Vaseline seperti masker dan dibiarkan semalaman untuk melembapkan kulit. Beauty hacks ini telah mendapat 117.1 juta tontonan di TikTok.
Tapi sayangnya, Vaseline atau produk jeli petroleum boleh menyumbat liang pori dan membuatkan jerawat tumbuh semakin banyak. Adalah lebih sesuai menggunakan krim pelembap malam yang sesuai untuk jenis kulit anda.
Microneedling
Microneedling merupakan rawatan kecantikan menggunakan derma roller untuk mencucuk kulit menggunakan jarum-jarum halus. Ia dikatakan baik untuk meregenerasi kolagen agar kulit tampil lebih lembut dan tegang.
Dengan capaian 364.9 juta tontonan, rawatan microneedling tanpa pengawasan pakar sebenarnya berisiko tinggi. Ia boleh mengakibatkan reaksi alahan daripada krim atau serum yang dioles (selepas rawatan microneedling) dan luka yang terhasil boleh terinfeksi jika tidak dijaga dengan betul.
Selain itu, cucukan jarum juga boleh menyebabkan iritasi dan kegatalan kulit. Pastikan anda mengambil tahu tentang kesan-kesan sampingannya sebelum memulakan prosedur.
Ads
Urutan Gua Sha
Teknik yang kian popular sebagai langkah terakhir dalam rutin kecantikan. Urutan gua sha dikatakan baik untuk melicinkan kulit, menganjalkan dan melambatkan penuaan.
Dengan tontonan mencecah 92 juta, peralatan gua sha yang kebiasaannya diperbuat daripada batuan kristal ini hakikatnya belum dibuktikan kesahihannya secara klinikal.
Ads
Menggunakan ubat gigi
Dengan harapan dapat meredakan jerawat dan cela gelap, petua menggunakan ubat gigi pada kulit sebenarnya tidak berkesan. Kandungan ubat gigi itu sendiri akan mengeringkan kulit dan menyebabkan iritasi. Tak berbaloi mencubanya!
Buat sendiri masker muka
Begitu banyak perkongsian DIY masker dan skrub muka mudah menggunakan bahan-bahan dapur seperti lemon, madu, gula dan kopi. Nah, meskipun semua bahan di atas tidak menjejaskan kulit namun tekstur eksfoliasi yang terhasil (daripada gula contohnya) boleh membuatkan kulit berubah kasar.
Lebih baik gunakan masker atau skrub yang dijual di farmasi. Ia bekerja lebih efisien dan selamat untuk wajahmu!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jerawat umpama ‘musuh tradisi’ terutama bagi wanita. Kemunculan jerawat sering membuatkan seseorang itu kurang keyakinan diri. Parut jerawat pula boleh meninggalkan kesan hitam dan tekstur kasar pada kulit.
Selebriti Hollywood tidak terkecuali. Mereka juga mengalami masalah jerawat. Biarpun tidak boleh hilang begitu sahaja, cara selebriti-selebriti ini boleh dijadikan panduan.
KENDALL JENNER
Kendall Jenner sendiri mempunyai cara untuk menangani masalah jerawat dan mengekalkan kesihatan kulit wajahnya setiap hari. Kaedahnya sangat mudah dan semula jadi.
Kendall kerap melakukan senaman ringan, makan makanan yang sihat, mengelakkan gula-gula, dan minum banyak air. Bagi Kendall, untuk mendapatkan wajah yang sihat dan cerah adalah dengan minum banyak air.
VICTORIA BECHKAM
Victoria Beckham percaya, untuk memiliki kulit yang cantik adalah menyuburkannya dari dalam. Selebriti dan model terkenal ini mengamalkan makan salmon setiap hari. Hasilnya, kulit tidak mengalami masalah jerawat yang serius.
Victoria memulakan tabiat sihat ini selepas berjumpa dengan pakar dermatologi, Dr Harold Lancer yang turut menguruskan keluarga Kardashian. Salmon kaya dengan asid lemak omega-3, yang dapat membantu menyuburkan kulit, membersihkan pori-pori dan mengurangkan keradangan.
MILEY CYRUS
Penyanyi ‘Wrecking Ball’ ini memilih makanan organik untuk kesihatan dan kebersihan wajahnya.
Bukan itu sahaja, Miley juga mengambil ubat daripada doktor bagi menghilangkan jerawat di mukanya.
NATALIE PORTMAN
Sejak menjadi vegan, Natalie mengakui kulit wajahnya tidak pernah berjerawat. Jika anda ingin mencubanya, lakukan perlahan-lahan.
Bila sudah terbiasa, anda boleh ke peringkat seterusnya iaitu menjadi vegetarian. Kemudian menjadi vegan seperti Natalie Portman.
Kredit Foto: Instagram Ru
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mempunyai isteri yang cantik dan solehah sememangnya menjadi idaman lelaki. Namun penampilan kadang-kadang boleh mengelirukan, yang mana wanita yang solehah atau tidak.
Sebenarnya ada beberapa ciri wanita solehah yang boleh dilihat dari wajahnya. Selain kelakuan, wajah juga boleh menggambarkan kebaikan dan kelembutan hati seseorang.
(a) Sering menundukkan pandangan
Wanita solehah lebih selesa menundukkan pandangan matanya ketika bercakap dengan lelaki. Matanya terjaga, tak liar atau melilau melihat perkara-perkara lain.
(b) Selalu tersenyum
Wanita yang cantik memang memiliki senyuman yang manis. Cuma wanita yang solehah, dia memiliki senyuman yang boleh menggetarkan dan menenangkan hati. Senyuman itu akan membuat orang tertanya-tanya seperti ada sesuatu di balik senyuman itu.
(c) Tidak mekap berlebihan
Memakai mekap dengan sederhana. Tidak terikut-ikut dengan trend semasa dan berhias ringkas apabila keluar rumah.
(d) Mata yang berkilau
Bukan sebab pakai kanta lekap, tapi sebab wanita yang baik itu cenderung memiliki mata yang indah berkilau. Bertuahnya kalau anda dapat melihat kilauan di mata wanita solehah.
(e) Berkulit cerah
Cerah yang dimaksudkan bukanlah kerana produk kecantikan, mekap atau suntikan tertentu tapi cerah yang muncul secara alami. Mungkin kerana kebaikan hatinya mampu meresap ke wajah hingga terlihat oleh orang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejuk mata memandang penampilan Rubytah Che Wan! Sentiasa bersederhana dan mengenakan persalinan sopan yang menutup aurat, adik kepada pelakon jelita Rozita Che Wan ini mungkin tidak sepopular Che Ta dan adiknya, Ayu Raudhah kerana tidak melibatkan diri dalam dunia seni.
Namun apabila Rubytah atau mesra disapa Ruby mengahwini pelawak terkenal, Lan Pet Pet pada 20 Ogos 2008 secara tidak langsung setiap gerak-geri dan kelibatnya menjadi perhatian khalayak ramai.
Bagaimana pun, pasangan ini cukup menjaga privasi diri, anak-anak dan keluarga.
Pernah bertugas sebagai perancang kewangan, Ruby ketika menjadi penghias Nona Jun 2018 bersama empat adik-beradik perempuannya waktu itu terbuka berkongsi kisah penghijrahan. Semuanya bermula ketika dia dan suami menerima panggilan menunaikan ibadah haji pada tahun 2017.
“Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu meninggalkan Tanah Suci timbul rasa tidak seronok.
Apabila saya berada di Tanah Suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama.
Sejurus pulang dari mengerjakan haji, saya nekad untuk mengubah penampilan. Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tempat.”
Ditanya mengenai persediaan Ramadan, anak ketiga daripada tujuh beradik ini amat menantikan kehadiran bulan mulia itu.
“Bagi saya kehadiran bulan puasa bagai suatu yang dinanti. Peluang meraih keberkatan amalan yang dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagai ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam.
Namun, saya tiada persiapan yang ketara menempuh Ramadan kerana sudah membiasakan diri dengan amalan berpuasa di bulan Syaaban dan Rejab. Apabila sudah terbiasa berpuasa jadi tiada lagi istilah penat atau perut meragam.
Cuma ketika bulan Ramadan ditambah istimewanya dengan adanya amalan sunat solat tarawih.”
Kini Ruby mempunyai jenama pakaian sendiri di bawah label MaliqaJilbabSyari’i.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...