Pada 10 September baru-baru ini kita dikhabarkan dengan berita gembira apabila pelawak dan pengacara tersohor tanahair, Nabil Ahmad memuat naik status “Alhamdulillah, dah lekat.” di Instagram sekaligus mengesahkan isterinya, Zira Ayub hamil anak ketiga.

Tak Suka Bau Sabun, ZIRA AYUB Kongsi Pengalaman Alahan Hamil Anak Ketiga

Ads

Pasangan bahagia ini sudah pun memiliki dua anak perempuan yang cukup comel iaitu Naera Mikayla (7 tahun) dan Leyla Medyna (4 tahun). Selain mengharapkan kandungan Zira sihat dan selamat, pastinya ramai yang mendoakan agar kali ini pasangan ini dikurniakan seorang hero pula.

“Alhamdulillah pengalaman hamil kali ini dipermudahkan seperti mana pengalaman mengandungkan Naera Mikayla dan Leyla Medyna sebelum ini. Trimester pertama pun berjaya dilalui dengan tanpa sebarang alergik.

Tak Suka Bau Sabun, ZIRA AYUB Kongsi Pengalaman Alahan Hamil Anak Ketiga

Cuma pada trimester pertama hari tu saja saya alah kepada bau sabun. Masuk trimester kedua sekarang ini semuanya kembali normal. Bayi dalam kandungan pun baik-baik saja, alhamdulillah.

Sepanjang kehamilan juga saya sentiasa aktif dan hari-hari yang dilalui juga penuh dengan kegembiraan. Anak-anak sentiasa menceriakan saya dengan keletah mereka jika suami sibuk bekerja,” kongsi Zira yang juga pengasas kepada Zira Eye Kit.

Tak Suka Bau Sabun, ZIRA AYUB Kongsi Pengalaman Alahan Hamil Anak Ketiga

TAK KISAH JANTINA

“Kami sebenarnya tak kisah jantina untuk anak kali ni. Apa yang penting sihat dan cukup sifatnya. Kalau boleh kami nak surprise kali ni. Saja untuk suka-suka. Boy or girl tak kisah janji sihat dan selamat kami dah bersyukur sangat-sangat.

Saya juga berharap agar detik kelahiran kelak pun akan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.

Tak Suka Bau Sabun, ZIRA AYUB Kongsi Pengalaman Alahan Hamil Anak Ketiga

Ads

Tak Suka Bau Sabun, ZIRA AYUB Kongsi Pengalaman Alahan Hamil Anak Ketiga

Suami sekarang lebih alert dengan semua perkara. Lagi-lagi berkenaan dengan isu anak-anak. Jiwanya mudah sensitif. Semua perkara perlu dititikberatkan kalau berkaitan dengan anak-anak. Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab.

Kalau suami sibuk we always keep in touch sama ada melalui pesanan ringkas, video call atau berkongsi gambar anak-anak untuk mengubat rindu. Selepas pulang kerja barulah kami habiskan masa bersama antaranya menonton TV, bersembang tentang isu-isu semasa dan sebagainya,” ungkap Zira yang suatu ketika dulu pernah bertugas di awan biru.

RAHSIA BAHAGIA

Ads

“Kami sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain. Antaranya ialah banyak berbincang tentang masa depan keluarga. Plan something big for the family contohnya buat bisnes atau rumah bersama, atau mencari ruang waktu yang sesuai untuk pergi bercuti bersama.

Secara tak langsung hubungan suami isteri menjadi lebih intim. Bagi saya itu salah satu cara bagaimana saya dan Nabil dapat mengeratkan hubungan walaupun salah seorang sibuk dengan kerjaya. Banyakkan berbincang tentang perkara-perkara yang melibatkan hal bersama,” jelas Zira.

Tak Suka Bau Sabun, ZIRA AYUB Kongsi Pengalaman Alahan Hamil Anak Ketiga

Tak Suka Bau Sabun, ZIRA AYUB Kongsi Pengalaman Alahan Hamil Anak Ketiga

Kredit: Instagram Zira Ayub & Nabilzira

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI