Bersenam adalah gaya hidup yang sihat dan boleh membantu menurunkan berat badan jika dilakukan secara konsisten. Ramai yang bersenam tetapi tidak mendapat berat badan atau bentuk tubuh yang diidamkan.
Paling utama untuk mencapai berat badan idaman adalah menggabungkan senaman dengan diet yang seimbang. Senaman yang terbaik adalah menggabungkan anaerobic system (otot) dan aerobic system (kardio). Senaman cara ini memerlukan tubuh membakar kalori dengan lebih cepat untuk mendapat tenaga.
Tapi kalau nak buat senaman kardio wajib membuat latihan di gym sahaja? Tidak, sebenarnya banyak cara yang boleh dilakukan untuk membuat senaman kardio sama ada di rumah atau di pejabat dan di mana sahaja. Yang penting ada kemahuan.
(a) Berenang untuk turun berat badan
Menurunkan berat badan memerlukan kerja keras, motivasi dan dedikasi. Menjaga pemakanan juga penting. Mengambil enam snek yang ringan boleh meningkatkan kadar metabolisme.
Ditambah pula dengan senaman kardio selama 45 minit, lima kali seminggu. Senaman kardio membakar kalori untuk memiliki tubuh yang kurus. Berenang adalah senaman yang paling berkesan untuk membakar kalori.
(b) Bina otot dengan latihan tubi
Latihan beban boleh membina otot dan menjadikan tubuh lebih kuat. Berat badan yang turun akibat bersenam membuat tubuh lebih kecil. Ini kerana otot telah kelihatan setelah lemak semakin berkurangan. Jadi untuk membina otot semula perlu melakukan senaman latih tubi, sit-ups dan latihan beban setiap hari.
(c) Bangun dan bergerak!
Kebanyakan masa dilalui hanya duduk tidak kira ketika berada di rumah atau di pejabat. Duduk sepanjang hari akan menyebabkan kadar metabolisme semakin berkurang. Jangan duduk terlalu lama dalam satu masa.
Cuba bangun dan lakukan regangan mudah ketika duduk terlalu lama di pejabat. Mungkin juga boleh berjalan-jalan di sekitar taman atau lebih baik terus bersenam. Ketika bergerak atau bersenam boleh membakar sehingga 200 kalori sehari.
(d) Membaca bakar kalori?
Pasti ramai yang tidak tahu bahawa membaca boleh membakar kalori. Bagaimanakah ia berlaku kerana membaca tidak menggerakkan tubuh? Sebenarnya ketika membaca kalori terbakar kerana otot sentiasa bekerja untuk berfikir.
Membaca lebih baik daripada menonton televisyen kerana otak berehat semasa menonton. Otak menggunakan glukosa dan tubuh akan membakar karbohidrat ketika membaca.
(e) Air penting ketika bersenam?
Air mempunyai peranan sebagai penyejuk tubuh dan mengelakkan dehidrasi. Cara yang terbaik untuk menjaga hidrasi tubuh adalah dengan mengambil air putih.
Sebaik-baiknya minum dua gelas air dua jam sebelum bersenam. Manakala minuman isotonik merupakan pilihan yang baik jika anda bermain dalam kumpulan bola sepak. Jika bersenam yang mengeluarkan peluh yang banyak maka minuman isotonik perlu menjadi pilihan.
(f) Kurus dengan ketuk ketampi
Berat badan yang semakin naik setiap hari membuat anda berusaha untuk menurunkannya. Tetapi, senaman yang mana satu paling sesuai untuk menurunkan berat badan dengan berkesan?
Ketuk ketampi adalah latihan yang paling sukar untuk dilakukan. Namun, ketuk ketampi ini boleh membantu membina dan menguatkan otot-otot serta membakar lemak dengan lebih cepat. Hamizatul Maizan Mohamed