Gaya Hidup

Tak Susah Pergi Bercuti Dengan ANAK KECIL Kalau Ibu-Ibu Tiru Tip MAWAR ABDUL KARIM Ni!

Seronoknya tengok keluarga kecil Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim pergi melancong ke Eropah baru-baru ini. Walaupun bawa anak kecil, Wan Maryam yang baru berusia setahun lebih.. tapi semuanya nampak teratur dan mudah. Mesti Mawar dan Fizo sudah buat persiapan awal-awal lagi sebelum berangkat ke sana.

Melalui foto-foto yang dikongsikan Mawar sepanjang percutian di sana, Maryam kelihatan cukup ceria meskipun cuaca di negara-negara Eropah ketika ini sedang meniti musim sejuk. Bila sebut saja cuaca sejuk, mesti kebanyakan ibu bapa rasa risau hendak bawa anak-anak ke sana. Iyalah, khuatir anak kecil terdedah dengan penyakit seperti selsema dan sebagainya.

Pun begitu, kaum ibu kini tidak perlu rasa risau hendak bawa anak pergi melancong ke negara sejuk sebab usahawan Fareeda ini sudi membongkar rahsia tip percutiannya. Boleh tiru ni!

 

“Alhamdulillah so far Maryam such a good girl. Tak banyak ragam. Mula-mula takut jugak sebab tak biasa cuaca macam ni. Sebelum datang dah prepared siap-siap ubat-ubatan especially demam, selsema, batuk. Before flight pun Maryam dah dapat advice green light dari doctor dulu. Bukan simply-simply decide nak bawa pergi mana-mana pun.

So far apa pun para ibu kalau nak bawa anak-anak kita pergi mana pun better tanya advice doctor dulu. Lagipun sebagai parents pun kita tahu anak kita ni macam mana kan. Satu lagi anak-anak ni tak sama ragam, perangai berbezakan.”

Dalam pada itu, Mawar turut menegaskan agar para ibu tidak terlalu memikirkan pandangan masyarakat luar apabila ingin membawa anak kecil bercuti ke luar negara. Sebagai ibu, pasti mereka lebih arif tentang anak-anak berbanding orang lain dan paling penting dapatkan khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Terutamanya jika anak-anak menghidap penyakit tertentu yang boleh menjejaskan kesihatan mereka.

Bukan saja tertarik dengan tip percutian Mawar bersama anak kecil tapi penampilan Mawar ketika bercuti di sana pun cukup menarik pandangan. Isteri Fizo Omar ini membuktikan walau ada anak kecil pun penampilan diri tidak harus diketepikan. Memang cantik saja Mawar yang lengkap mengenakan trench coat, jaket tebal, but dan sarung tangan. Paling penting, tudung cantik terletak!

Berikut Nona kongsikan beberapa tip lain ketika bercuti bersama anak kecil

Tip Rujukan Semasa Melancong Bersama Anak Kecil

  • Waktu makan & tidur

Apabila mengembara ke negara orang, waktu harian di sana pastinya berbeza daripada tanah air. Persiapkan fizikal dan mental anda untuk berdepan apa jua ragam anak-anak. Apa yang boleh anda jangkakan, si kecil akan tidur dan berasa lapar mengikut waktu Malaysia. Untuk mengelak anak-anak daripada meragam, sediakan segala keperluan mereka ke mana-mana saja. Misalnya makanan, alat permainan atau bantal kecil supaya mereka berasa selesa.

  • Kesihatan

Selain perbezaan waktu, aspek cuaca di negara yang anda lawati juga harus diteliti terlebih dahulu. Jika sedang berada pada musim sejuk, sediakan baju yang tebal, stoking dan sebagainya. Juga, losen atau pelembap kulit supaya kesihatan kulit mereka terjaga. Pastikan ubat-ubatan turut dibawa bersama sepanjang perjalanan.

  • Rancang perjalanan

Seelok-eloknya pilih lokasi dan tempat percutian yang tidak terlalu sejuk atau panas selain menarik minat anak-anak. Ketahui laluan yang bakal ditempuh dan pengangkutan yang bakal dinaiki agar tidak sesat.

  • Stroller & baby carrier

Sekiranya anak-anak masih kecil dan belum boleh berjalan, jangan lupa bawa stroller. Bawa stroller yang mudah dibawa ke mana-mana saja dan tidak berat. Begitu juga penggunaan baby carrier.

 

 

IKLAN
Share