Duka lama masih memeluk jiwa, “Tak tahu nak cakap, betapa hancurnya hati ni bila anak yang dilahirkan, pergi dulu, sakit kehilangan anak tu….” kata-kata Dato’ Jasmine Raj terhenti seraya jari-jemari menyeka air mata yang tumpah.
Tragedi kecelakaan jalan raya yang meragut nyawa anak sulung Datin Sri Dato’ Jasmine Raj, mendiang George Rahul Ariyanayakam (19 tahun) pada pagi 11 April 2024, setepatnya ketika umat Islam masih bergembira menyambut hari kedua Aidilfitri, terasa masih basah di ingatan.
Kes melibatkan kenderaan elektrik (EV) jenis BMW di Lebuh Raya DUKE berdekatan Setiawangsa itu disahkan akibat letupan bateri, sekaligus meragut nyawa mangsa (mendiang George) dalam kebakaran.
Meskipun kini sudah lebih dua bulan mendiang dikebumikan, Dato’ Jasmine yang merupakan isteri kepada usahawan sukses Dato’ Sri Leo Ariyanayakam, seorang pejuang kanser dan turut sama menjalankan perniagaan bersama chef selebriti, Datuk Chef Wan masih ibarat dalam dunianya sendiri.
Ketika ditemui di kediaman beliau baru-baru ini, terlihat kesedihan di matanya bukan dibuat-buat. Air mata Dato’ Jasmine terbit dari hatinya yang sakit, bukan kerana perit kanser yang ditanggung tapi luhur dari jiwa seorang ibu yang kehilangan anak sulung.
Dalam sebak, beliau meluahkan perasaan yang terpendam… “”Tak tahu nak cakap, betapa hancurnya hati ni bila anak yang dilahirkan, pergi dulu, sakit kehilangan anak tu…” – Dato’ Jasmine Raj.
Biar mata bengkak menangis, kaki longlai melangkah, usahawan berjiwa kental ini cekal meneruskan hidup dengan semangat luar biasa. Dato’ Jasmine Raj berkongsi detik pilu mendiang George menghembuskan nafas terakhir, kisah persahabatannya dengan Datuk Chef Wan yang juga cancer survivor
serta banyak inspirasi untuk wanita terus kuat mendepani ujian.Tonton kisah penuh Dato’ Jasmine di bawah…
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/usia-130-tahun-kenali-sarahouda-stiti-yang-dinobatkan-jemaah-haji-tertua-2024/
This website uses cookies.