Dalam situasi negara digemparkan dengan pelbagai virus penyakit yang boleh membahayakan kesihatan, ramai wanita mengambil keputusan untuk tidak berada di kawasan awam terutamanya membawa anak-anak di tempat awam dikhuatiri mudah terdedah serangan penyakit. Tindakan bijak ini sekaligus menjadikan aktiviti memasak sendiri juadah untuk keluarga sebagai alternatif untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.
Namun begitu, kadang-kala buntu juga memikirkan menu yang bakal disajikan untuk makan tengahari mahupun makan malam. Menu yang disediakan oleh barisan cef dari Movenpick KLIA Sepang ini boleh dijadikan pilihan untuk juadah makan malam bersama keluarga. Apa yang penting, hidangan yang disajikan pastinya dijamin bersih, enak dan menggunakan bahan-bahan bermutu tinggi untuk menjamin kesihatan yang baik buat seisi keluarga! Selamat mencuba!
KERABU MANGGA UDANG
BAHAN-BAHAN:
200gm udang
500gm mangga muda |dipotong dadu
50gm daun selasih |dihiris nipis
100gm tomato |dipotong nipis
200gm bawang merah
50gm serai
30gm cili merah
30gm cili hijau
50 ml sos ikan
200 ml sos Thai
30 gm daun ketumbar
50 gm kacang tumbuk
CARA MEMBUAT:
Rebus udang selama beberapa minit dan sejukkan. Di dalam satu mangkuk adunan, masukkan sos ikan,sos Thai, potongan mangga, daun selasih, tomato, bawang merah, serai, cili merah dan hijau bersama daun ketumbar. Gaulkan bersama udang yang disejukkan tadi.
Taburkan sedikit kacang tumbuk di atas kerabu sebelum dihidangkan.
BAHAN-BAHAN:
100 gm ikan talapia
100 gm kekapis
60 gm bawang merah kecil| dihiris nipis
30 gm bawang putih| dihiris nipis
50 gm halia muda |dihiris nipis
10 gm kunyit hidup |dihiris nipis
1 ikat sup bunjut
30 gm asam keping
20 gm sos tiram
40 gm garam
10 gm gula
5 gm lada hitam |kisar
15 gm daun sup
10 gm bawang goreng
1 liter air
50 gm ubi kentang
50 gm lobak merah
40 ml minyak masak
CARA MEMBUAT:
Cuci isi ikan dan kekapis sehingga bersih. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup sehingga kekuningan. Masukan sedikit air. Setelah air mendidih masukan pula asam keping dan sup bunjut. Didihkan sup selama 10 minit kemudian tapis bahan-bahan tersebut. Masukan ubi kentang dan lobak merah, sos tiram, lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukan isi ikan dan kekapis dan renehkan sehingga masak. Hidangkan sup ikan talapia dan kekapis, taburkan sedikit bawang goreng dan sedikit daun sup sebagai hiasan.
UDANG GALAH MASAK ROS
BAHAN-BAHAN:
400 gm udang galah
10 gm serai | dihiris nipis
10 gm bunga kantan |dihiris halus
10 gm daun kesum |dihiris halus
10 gm daun ketumbar | dihiris halus
10 gm daun sup |dihiris halus
10 gm daun kari| dihiris halus
10 gm daun bawang |dihiris halus
80 gm bawang merah kecil| kisar
40 gm bawang putih| kisar
20 gm halia muda |kisar
20 gm lengkuas kisar
40 gm cili giling
60 gm tomato puri
80 gm sos cili
50 gm sos tomato
120 gm minyak sapi
45 gm gula
35 gm garam
100 ml susu cair
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga kuning keemasan sehingga mengeluarkan aroma. Masukan cili giling dan pure tomato dan tumis sehingga pecah minyak. Masukan bahan-bahan yg dihiris halus berserta sos cili dan sos tomato. Kemudian masukan udang galah dan gaul sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan sedikit garam dan gula beserta sedikit susu cair. Taburkan sedikit daun sup dan daun ketumbar sebagai hiasan.
BAHAN-BAHAN:
100 gm kepah
200 gm pucuk paku
50 gm bawang merah | ditumbuk
20 gm bawang putih |ditumbuk
10gm cili burung |kisar
40 gm cili merah | kisar
40 gm cili hijau | kisar
1 keping asam keping
10 gm belacan
20 gm sos tiram
20 gm gula
30 gm garam
40 gm tomato
60 ml minyak masak
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak, masukan bahan-bahan yang ditumbuk serta belacan dan tumis sehingga kuning keemasan. Masukan cili merah, cili hijau, cili burung serta asam keping, dan masak sehingga naik minyak. Masukkan sos tiram, gula, garam dan tomato serta pucuk paku dan kepah, kemudian renihkan sehingga masak sepenuhnya. Sedia untuk dihidangkan.
This website uses cookies.