Daripada riak wajahnya jelas terpancar betapa bahagia Sharifah Amani Syed Zainal Rashid menggalas gelaran ibu kepada Ahmed Mohsein. Menerusi perkongsian baharu di media sosial miliknya, pelakon berbakat besar ini mendukung kemas anak kesayangan sambil menatap dan mencium zuriat sulung.
Pastinya bagi setiap pasangan berkahwin menginginkan anak sebagai penyeri rumah tangga.
Ads
Rezeki Sharifah Amani dan Ahmed Faris Amir dikurniakan bayi lelaki ketika usia perkahwinan mereka mencecah dua tahun.
Berkat doa dan impian untuk bergelar ibu bapa, Allah makbulkan hasrat mereka untuk timang cahaya mata sulung pada 26 Jun lepas.
Ternyata kehadiran bayi lelaki ini memberi seribu makna dan kebahagiaan buat pelakon filem Sepet tersebut.
10 September lalu, pasangan romantis ini meraikan ulang tahun perkahwinan kedua mereka.
Memuat naik gambar ketika majlis persandingan, adik kepada Sharifah Aleya ini menzahirkan rasa syukur atas nikmat perkahwinan bahagia di samping suami tercinta.
“Happy anniversary Heart. Thank you for sharing this adventure with me, thank you for loving me so gently and wholeheartedly.
I am forever grateful that He answered my prayers with you. Syukur alhamdulillah.”
26 September lepas juga Ahmed Mohsein Ahmed Faris menginjak usia tiga bulan.
“Mohsein – doer of good deeds, gentle, helpful, kind. InsyaAllah.
Pandai guling-guling, satu gigi dah nak keluar, petah like Bapak, kuat ngomel like Mum.
Happy 3 months Banjai. Thank you for completing us.”
Ads
Sharifah Amani merupakan anak kepada pelakon Fatimah Abu Bakar dan adik-beradiknya turut aktif dalam industri lakonan termasuk Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha.
Menelusuri kerjaya seni Sharifah Amani, dia yang kini berusia 38 tahun membintangi banyak filem antaranya Mukhsin, Gubra, Gol dan Gincu dan Cinta. Dia juga pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19.
Terkenal sebagai trendsetter kepada produk coklat dan bijirin di dalam balang serta telah mempelopori pasaran sejak tahun 2014, produk crispy chocojar viral, NIMS kini tampil dengan pembungkusan baharu iaitu di dalam tub plastik. NIMS The Best Crispy Choco Tub menjadi signature product kepada pasaran makanan snek tempatan.
Sempena meraikan para usahawan yang berjaya mencatatkan jumlah jualan tertinggi sepanjang tahun 2021, NIMS ADELICIOUS SDN BHD menganjurkan majlis makan malam istimewa, NIMS Starpreneur bertemakan pesona malam dan kilauan bintang di Hotel EQ Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.
60 usahawan NIMSpreneur yang diraikan menerima anugerah mengikut kategori masing-masing. Turut diraikan bersama ialah 200 usahawan NIMS. Tengku Nurhanira Tengku Othman dinobatkan sebagai Top 1 Millionaires Achiever dengan jumlah re-stock sebanyak RM6.6 juta. Para pemenang menerima sijil penghargaan, trofi, dan replika cek. 5 Master leader NIMS turut menerima replika kunci jenama idaman masing-masing sebagai bonus pencapaian mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif NIMS Adeliciousz Sdn Bhd, YM Tengku Norhanim Tengku Othman berkongsi pengalaman membangunkan perniagaan sejak 8 tahun lalu. Hari ini NIMS mempunyai 2 buah kilang di Klang dan Bangi yang merupakan kilang memproses, mengeluar dan mengedarkan produk-produk makanan snek di bawah jenama NIMS.
Pertengahan Februari lalu, sebuah pusat pengedaran dibuka di Kota Kinabalu, Sabah bagi merapatkan jurang dan mengurangkan kos penghantaran dari Semenanjung seterusnya memberikan lebih nilai kepada reseller NIMS yang berada di Malaysia Timur. Sepanjang tahun 2021, NIMS merekodkan jumlah pengeluaran produk sebanyak 3 juta unit dengan purata 300 ribu unit sebulan. Tahun ini, NIMS bakal mengeluarkan rangkaian produk baharu bagi memenuhi permintaan pasaran.
Penampilan istimewa Juara Gegar Vaganza musim ke-8, Aliff Aziz pada majlis makan malam bagi menghiburkan para tetamu dengan 3 buah lagu.
Kemuncak majlis ini adalah pengumuman duta produk NIMS, Iman Troye yang merupakan artis muda berbakat besar. Kemunculannya bermula dengan sketsa video mempromosikan produk raya edisi terhad NIMS. Iman turut menyumbangkan 3 buah lagu termasuk single terbarunya, Harum Sundal Malam.
Harapan NIMS, untuk menyemarakkan lagi pembangunan usahawan yang bernaung di bawah jenamanya. NIMS mensasarkan seramai 10 ribu bakal usahawan baharu yang akan menerima manfaat daripada produk serta pelan bisnes yang disediakan di NIMS.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanyalah pada mana-mana wanita, sudah pasti keinginan untuk hamil dan melahirkan zuriat sendiri pastinya ada selepas selamat diijabkabul bersama pasangan hati. Namun tidak semua wanita di luar sana dianugerakan rezeki terus ‘melekat’ dan melalui proses kelahiran yang diidamkan.
Bagi sesetengah wanita, pelbagai liku dan dugaan harus ditempuhi untuk hamil, dan akibatnya seorang wanita bisa rebah jika tidak betul-betul bersedia. Bahkan bukan dari fizikal saja, mental dan emosi juga perlu untuk melalui prosed pengesanan dan rawatan kesuburan. Namun mujurlah Madammu dikurniakan seorang suami, iaitu Muhammad Azri yang dilihat sentiasa berada di sisi pada setiap inci perjalanan IVFnya.
Bagi Madammu, selepas hampir 7 tahun mendirikan rumahtannga, sudah pasti keinginannya untuk hamil dan melahirkan sudah lama berbekas walaupun kehidupannya dikira ada sisi tuahnya dimana beliau dapat menumpang kasih pada ketiga anak tirinya. Sejak mengumumkan perjalanan IVFnya, ramai yang mengikuti perkembangan semasa dirinya apabila dia disarankan untuk menjalani rawatan prosedur In Vitro Fertilization atau IVF.
Bagaimana perjalanan IVF Madammu? Ujar Editor Pengurusan NONA kepada Madammu. “IVF merupakan satu journey yang saya gelar I-berusaha, di mana ia melibatkan emosi dan kesihatan. Kalau ada rezeki ada, kalau tiada kita berusaha lagi. Alhamdulillah, saya dapat menguruskan semua dengan sokongan suami”.
Dan kini, selepas hampir beberapa tahun mencuba, baru-baru ini Madammu mengumumkan kehamilannya sudah memasuki 5 minggu. Tahniah Madamu. Akhirnya selepas usaha tidak putus, khabar gembira ini dikongsikan Madammu dan suami. Tahniah NONA ucaapkan, dan diharapkan Madammu dapat menjada kandungannya baik-baik.
Untuk pembaca NONA, saksikan temubual eksklusif kami bersama Madammu memintanya berkongsi jatuh bangun empayarnya, serta misinya dalam membesar dan melahirkan zuriatnya sendiri menerusi pautan di bawah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aura dan pesona Baginda jelas terpancar! Masih cantik dan berkaliber sama seperti dulu. Kemunculan istimewa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan Berita Perdana jam 8 malam di RTM semalam amat dinanti-nantikan. Pastinya, kehadiran Baginda mengubat kerinduan rakyat dan penonton setia RTM untuk melihat kembali bekas personaliti tersohor ini di kaca televisyen.
Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri.
Ini adalah kemunculan julung-julung kali Baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016. Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996.
Sepanjang tempoh itu, Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Cukup bersahaja dan tenang menyampaikan berita semalam, Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan anggun dengan blazer merah jambu. Keanggunan Baginda amat terserlah dan membuatkan penonton tidak berganjak dari kaca televisyen.
Sementara itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 2021.
Baginda berharap agar RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber.
Kredit: Portal Rasmi Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...