Selama 30 tahun dalam industri muzik Indonesia dan antarabangsa, penyanyi Agnez Mo berjaya meraih 194 anugerah. Wow, banyak tu!
Anugerah yang diterima oleh Agnez Mo bermula daripadas anugerah muzik sehinggalah kepada filem dan sinetron.
Memetik perkongsian penyanyi berusia 36 tahun ini kepada kapanlagi.com, anugerah-anugerah tersebut bukan sekadar koleksi sebaliknya menjadi pencetus semangat serta motivasi buat dirinya untuk terus memberikan yang terbaik buat industri.
“Saya berterima kasih atas semua anugerah dan ianya menjadi motivasi.”
Bukan itu sahaja, menurut Agnez Mo semua anugerah itu merupakan pencapaian terbaik yang pernah diraihnya dengan usaha gigih.
Kerana itu, impiannya untuk ke peringkat antarabangsa kini menjadi kenyataan.
Ads
“Sehingga kini saya masih belajar, kerana mahu memberikan yang terbaik untuk keluarga dan peminat,” katanya.
Anugerah terakhir yang diterima Agnez Mo diterima pada 2019 apabila memenangi Anugerah Muzik iHeartRadio 2019 dalam kategori Anugerah Bintang Sosial.
Kemudian pada 2020, Agnez Mo berada di tempat kedua sebagai calon Best Fan Army iaitu kategori artis dengan peminat terbaik dalam Anugerah Muzik iHeartRadio 2020.
3 SIKAP INSPIRASI AGNEZ MO
1. Pantang Menyerah Kalah
Dia percaya, semua impian boleh menjadi kenyataan selagi bersedia untuk mencuba dan berusaha untuk merealisasikannya.
Ads
Salah satu prinsip hidup Agnez yang sangat memotivasikan ialah “Dream, believe, and make it happen“. Agnez Mo bukan sahaja bercakap tentang impian, tetapi dia juga menjadikan impian itu satu realiti.
2. Tak Tunjuk Kemewahan
Sebagai public fugure yang dinobatkan sebagai salah seorang pemuzik terkaya di Asia oleh laman web celebritynetworth.com.
Ads
Dengan kekayaan 406 bilion pada 2017, Agnez tidak pernah menunjukkan barangan berjenama, barangn kemas, koleksi kereta atau percutian mewah di media sosial.
Sikap ini menunjukkan Agnez Mo seorang yang sangat down to earth.
3. Miliki Yayasan Bencana Alam Sendiri
Tidak ramai yang tahu, Agnez Mo sebenarnya mempunyai yayasan sosial yang terlibat dalam misi bantuan kepada mangsa bencana alam.
Yayasan yang diasaskan oleh Agnez Mo ini dikenali sebagai Yayasan Anak Muda.
Kredit Foto: Instagram Agnes Mo
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah, makin melimpah ruah rezeki Nor Farhatul Fairuzah Panut sejak dinobatkan selaku Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) pada April lalu. Selain sibuk menghadiri jemputan majlis ilmu… gadis berusia 19 tahun ini juga bijak merencana masa depan dan memanfaatkan kemenangan yang diraih ke jalan kebaikan. Memang patut dijadikan sumber inspirasi!
Hampir tiga bulan menyandang gelaran Johan Qariah termuda dalam sejarah MTHQA, Farha terus melangkah setapak ke hadapan dengan menceburi bidang perniagaan muslimah. Hujung Julai lalu, anak bongsu daripada lima beradik ini telah melancarkan koleksi hijab miliknya di bawah label Farha Looks. Selaku pengasas, dia bertanggungjawab memastikan produk keluarannya berkualiti dan paling utama ialah menepati syariah.
Bangga dengan pencapaian anak jati kelahiran Selangor ini. Muda-muda lagi sudah ada wawasan dan menambah ‘bekalan’ dunia serta akhirat. Dengar khabar, tudung bawal shawl Farha Looks dah banyak yang sold out! Di samping mengajak para muslimah menutup aurat dan berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan, Farha turut mengambil pendekatan berdakwah melalui muzik.
10 Ogos lepas, single dakwah pertama Farha bertajuk ‘Bukti’ diperdengarkan kepada umum. Tumpang bahagia tengok kejayaan demi kejayaan yang dilakar gadis muda ini. Sudahlah pandai mengaji, punya ilmu agama, berpekerti baik, dan sekarang… bijak berniaga pula.
Masih segar lagi kenangan bertemu Farha ketika sesi fotografi bersama Nona, Mac lalu. Ditemani ibu tersayang, Hajah Jaliah Haji Simin… Farha mengakui dirinya cukup dekat dengan Al-Quran dan gemar bertarannum. Kongsi anak bekas Qariah, Allahyarham Haji Panut Haji Markum ini, ada saja masa terluang dia pasti akan mengalunkan bacaan ayat-ayat suci sepuas-puasnya.
“Kalau saya rasa bosan, perkara pertama yang saya buat ialah bertarannum. Tarannum ni dah jadi minat saya sejak dulu. Kiranya macam menyanyilah… cuma saya ‘nyanyi’ dengan cara saya sendiri iaitu dengan bertarannum,” ujarnya sambil tersenyum.
Mengimbas semula detik kemenangan Farhatul yang telah berjaya mengharumkan nama negara dalam bidang hafaz Al-Quran, pelajar Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu ini menewaskan peserta dari Indonesia dan Thailand dengan catatan markah tertinggi iaitu 86.67 peratus. Hasil kemenangan itu, Farhatul membawa pulang hadiah kepingan emas bernilai RM70, 000, piala iringan dan wang tunai RM40, 000.
Turut mencipta rekod cemerlang ialah Qari Malaysia iaitu Abdul Khair Jalil yang menjadi Johan Qari dalam pertandingan sama. Moga kejayaan mereka berdua dapat menggalakkan lebih ramai generasi muda mendalami Al-Quran.
Kredit foto: Instagram Farhatul Fairuzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berjaya menghabiskan bacaan dalam sebuah Al-Quran memang sepatutnya dibanggakan. Bukan semua orang mampu istiqamah membaca Al-Quran lebih-lebih lagi yang mempunyai komitmen lain.
Tahun lalu, pelakon yang melonjak populariti menerusi sitkom Puteri pada tahun 2005 ini telah berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali dalam sejarah hidupnya dan tahun ini sekali lagi Nora Danish mengulanginya.
Seronok mendengar luahan hati Nora yang berjaya menghabiskan bacaan di 10 malam terakhir Ramadan dan berniat untuk mengulanginya tahun depan. Semoga Nora terus istiqamah dan menjadi inspirasi buat orang lain untuk melakukan perkara yang sama.
Pelakon filem Aku Terima Nikahnya dan Bukan Cinta Malaikat ini juga memanjatkan rasa syukur berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran kali ini. “Ramadhan 22. Alhamdullilah syukur ya Allah #roadtokhatamquran bulan Ramadhan, Allah kabulkan. Syukur ya Allah. Terima kasih Allah. Lepas Khatam tadi di rumah Mak Nora, terus hujan. Hujan Rahmat. Habis doa hujan berhenti, MasyaAllah. Allah Maha Mengetahui. Semoga Allah kabulkan doa kami semua,” coretnya di laman media sosialnya.
Memetik laporan MStar, pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif ini berkata, Ramadan adalah masa terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan Allah berikutan kelapangan jadual kerja.
Foto: Instagram @noradanish
“Bagi saya macam mana buruk pun kita, Ramadan adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan Allah. Masa bulan Ramadan inilah yang kami selebriti ada, selalu kami sibuk dengan kerja masing-masing,” kata Nora Danish yang juga mempunyai dua perniagaan lain iaitu Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd selain produk kecantikan, Taraa Wellness.
Foto: Instagram @noradanish
Nora Danish sentiasa berpenampilan cantik, ketika diajukan sukarkah untuk kelihatan cantik, ujarnya, “Susah, memang susah. Paling susah untuk saya nak jaga berat badan. Sebab lepas melahirkan anak makan sikit saja tapi berat badan cepat naik,” bicara Nora Danish.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bertuahnya Norman Hakim dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja cantik malah rajin turun ke dapur menyediakan hidangan buat suami dan anak-anak tersayang.
Setiap hari pasti ada video memasak yang dikongsi oleh Memey Suhaiza di Instagram peribadinya.
Paling menarik perhatian dan sering meraih pujian ramai ialah penyediaan menu-menu istimewa buat suami.
Walaupun ringkas saja menunya tapi tetap nampak sedap! Paling penting menyihatkan memandangkan Norman rajin ke gim setiap hari.
Siap dengan food presentation lagi ala-ala hotel! Nampak, betapa istimewanya layanan Memey kepada Norman. Selalunya Memey akan menyediakan menu-menu tersebut sebelum dia keluar bekerja.
Orang tua-tua kata, kalau nak kekal bahagia dan disayangi suami kenalah jaga perutnya, kan? Air tangan isteri memang mahal. Patutlah ramai yang puji Memey dan digelar isteri solehah.
Terbaharu, Memey telah memuat naik video dia menyediakan menu roasted salmon bersos, salad bersama telur rebus serta nasi putih.
Memang terliur dibuatnya!
KEKAL BAHAGIA, MAKIN SWEET!
12 tahun usia perkahwinan bukanlah tempoh masa yang singkat. Lebih sedekad!Memang terserlah kebahagiaan Memey dan Norman sekarang. Makin sweet.
Mereka bahagia dengan cara sendiri di samping tiga cahaya mata yang comel dan bijak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Apatah lagi, dengan jarak usia mereka yang sangat jauh iaitu beza 12 tahun bukan halangan untuk mengecap kebahagiaan bersama.
Ketika sah bergelar suami isteri, Norman Hakim berusia 35 tahun manakala Memey Suhaiza berusia 23 tahun.
Untuk info, Memey dan Norman bernikah pada 24 September 2011 di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey, manakala yang kedua bagi Norman.
Menerusi perkahwinan terdahulu antara Norman dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Kredit Foto: Instagram Memey Suhaiza & Norman Hakim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Kasih Iris Leona, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini sering menjadi perhatian. Selain kisah kejayaan akademik cemerlang dan penampilannya yang memikat, apa saja perkongsian dibuat gadis ini pasti meraih tumpuan khalayak ...