Turki telah kembali. Di bawah sayap pemimpin Presiden Recep Tayyip Erdogan, beliau dengan tegasnya mengubah Hagia Sophia kembali menjadi rumah ibadah umat Islam seperti yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh atau Sultan Mehmed II, tahun 1453 lampau.

Ads

Bayangkan kiri kanan Turki meradang dengan keputusan Mahkamah membatalkan status bangunan itu sebagai muzium. Pemimpin agama lain juga membidas tapi Erdogan lantang menjawab…

‘Itu urusan Turki… Bukan urusan kalian’

Setelah sekian lama Hagia Sophia dijadikan muzium oleh pemerintah sekular Turki, akhirnya kini azan kembali berkumandang menandakan kemenangan Islam di bumi Istanbul.

Ketika laungan azan pertama berkumandang Sabtu lepas, kelihatan ramai umat Islam Turki berkumpul di perkarangan masjid sambil melaungkan takbir ‘Allahuakbar!’ berkali-kali.

Suasana ini seolah-olah satu kemenangan besar yang diraikan oleh umat Islam di sana.

Ads

Walaupun Hagia Sophia yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO itu merupakan bekas sebuah gereja Ortodoks, namun ia telah ditukar menjadi masjid selepas penaklukan empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453.

Sayang sekali pada 1934, ia telah ditukar menjadi muzium dan mula menjadi tempat tumpuan pelancong yang utama di Istanbul. Sejak itu umat Islam Turki bagai tenggelam ‘punca’ malah mereka pernah digelar sebagai ‘negara sakit di Eropah’.

Ads

Kemenangan Hagia Sophia juga membuktikan ketegasan Erdogan dalam tindakannya memperjuangkan hak Islam.

Takbir! Allahuakbar! Usaha Memasjidkan Hagia Sophia Disambut Azan Selepas 85 Tahun!
Tarikh 10 Julai 2020 melakar sejarah kemenangan Islam di Turki
Takbir! Allahuakbar! Usaha Memasjidkan Hagia Sophia Disambut Azan Selepas 85 Tahun!
Akhirnya umat Islam dibenarkan bersolat di Masjid Hagia Sophia, Istanbul

Mungkin selepas wabak COVID-19 reda dan kita dibenarkan bercuti semula, destinasi Istanbul, Turki seharusnya dalam senarai wajib dilawati. Teringin nak bersolat di bangunan bersejarah tu, katanya interior masjid memang cantik dan penuh dengan kisah mengasyikkan.

Anda pernah berkunjung ke Hagia Sophia?

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI