Masyarakat Malaysia sememangnya terkenal sebagai masyarakat yang pemurah dan sentiasa sedia menghulurkan bantuan di saat diperlukan. Tidak dinafikan sikap pemurah dan prihatin masyarakat Malaysia boleh dibanggakan dalam usaha membantu individu atau masyarakat tempatan mahupun antarabangsa yang berhadapan dengan masalah atau malapetaka.

Ads

Lebih membanggakan, Malaysia mampu melahirkan individu-individu luar biasa yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri dalam bidang masing-masing. Fernleaf, jenama tenusu yang dipercayai membawakan kebaikan tenusu semula jadi dari New Zealand kepada para keluarga di Malaysia kini menggalakkan rakyat Malaysia untuk berusaha mengejar kehebatan dengan suara kebaikan yang merupakan kata-kata dorongan dari keluarga, sahabat dan orang tersayang sebagai pencetus motivasi dalam usaha mengejar impian.

Seiring dengan itu, Fernleaf menggabungkan lima orang rakyat Malaysia yang berani dan tabah bagi berkongsi kisah kejayaan masing-masing melalui kempen “Goodness Feeds Greatness”. Kelima-lima individu berjiwa besar yang dipaparkan dalam kempen Fernleaf ini telah dipilih kerana kejayaan dan sikap daya saing yang telah dipamerkan dalam misi merealisasikan impian masing-masing.

Takluki GUNUNG TERTINGGI Di Dunia & Melepaskan KERJAYA KORPORAT, 5 Kejayaan Individu Ini Pasti Cetus Inspirasi!

Mereka adalah Siti Hanisah, wanita termuda Malaysia yang berjaya menakluki Gunung Everest pada 2013 ketika berusia 23 tahun; Mavin Khoo, penari Bharatanatyam (tarian klasik India) yang terkemuka di dunia; Hayati Ismail, bekas warga korporat yang cemerlang dan kemudiannya menjadi pejuang kebajikan dan kini menerajui Food Aid Foundation; Dr. S. Madhusudhan, pengasas Teddy Mobile Clinic, yang menyediakan rawatan perubatan percuma kepada warga miskin dan gelandangan di kota; dan Mohd Sirhajwan Idek, salah seorang pemenang global peraduan Teacher at My Heart 2016.

Bagi Siti Hanisah, wanita yang berasal dari Negeri Sembilan, tiada gunung yang terlalu tinggi untuk didakinya. “Suara daripada ibu bapa sayalah yang mendorong saya untuk mencapai puncak Gunung Everest. Saya hampir pitam pada bahagian terakhir pendakian tersebut, namun minda saya dipenuhi dengan kata-kata dorongan dari ibu bapa saya. Suara-suara kebaikan daripada mereka menggalakkan saya untuk meneruskan perjalanan sehingga saya ke puncak!”

Minat Mavin Khoo merupakan Bharatanatyam, sejenis tarian klasik India. Perjalanannya tidak mudah pada awalnya, namun dia tabah menghadapinya dan kini merupakan salah seorang individu yang paling dihormati dalam industri ini. “Kita perlu melindungi suara kebaikan yang ada dalam diri kita, pastikan suara itu kekal kuat dan jelas. Saya bersyukur dengan suara kebaikan yang saya terima dari rumah, yang dapat menguatkan lagi suara kecil dalam diri saya yang mengatakan ‘Saya boleh’.”

Takluki GUNUNG TERTINGGI Di Dunia & Melepaskan KERJAYA KORPORAT, 5 Kejayaan Individu Ini Pasti Cetus Inspirasi!

Ads

Bagi Pengarah Operasi bagi Food Aid Foundation, Hayati Ismail pula melepaskan kariernya dalam bidang korporat yang menguntungkan dan berkhidmat untuk orang kurang berada. “Saya memberitahu kawan-kawan saya bahawa kehidupan yang selesa adalah tidak cukup, anda juga mesti selesa dengan jiwa anda. Orang yang saya telah membantu juga memberi inspirasi kepada saya untuk bekerja lebih keras. Sumber galakan saya datang dari keluarga saya terutamanya suami dan kakak saya,” katanya.

Mereka yang bercita-cita untuk mencapai kehebatan akan mendapat kata hikmah daripada nasihat Dr. S. Madhusudhan “Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk membantu mereka yang memerlukan, jangan terlalu memikirkannya. Mulakan langkah pertama dan langkah-langkah seterusnya akan datang kepada anda. ”Seperti nama panggilannya, ‘Doktor Teddy Bear’, dia bertekad untuk menyebarkan kebaikan melalui usahanya.

Ads

Menjadi pendidik adalah profesion yang mulia, seperti yang dinyatakan oleh Mohd Sirhajwan Idek yang bekerja dengan gigih untuk mempromosikan kepentingan Bahasa Inggeris di kalangan pelajarnya.“Nasihat saya untuk mereka yang berminat dalam profesion pendidikan adalah ‘jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan pelajar anda dan jangan sesekali meragui keupayaan anda untuk mencipta kehebatan dalam mereka.”

Sertai gerakan ‘Goodness Feeds Greatness’ di laman Facebook rasmi Fernleaf (www.facebook.com/fernleafmalaysia) atau layari di http://www.greatness.my.

Selain daripada memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia, Fernleaf juga membawakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sepanjang 15 Oktober hingga 15 November, jadilah pejuang kebaikan dan sokonglah Fernleaf dalam menyediakan kebaikan tenusu kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari 10 buah rumah di serata Malaysia. Bagi setiap paket susu tepung Fernleaf yang dijual di Mydin sepanjang tempoh kempen, 50 g kebaikan tenusu akan disumbangkan kepada kanak-kanak di rumah anak yatim dan rumah kebajikan.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI