“Taktau Nak Kata, Gerak Kerja Pihak Zakat Ni Memang Laju!” Cepatnya Beri Bantuan, Dulu 30 Hari SEKARANG 5 HARI!

Pernah suatu ketika lalu, isu-isu melibatkan zakat seperti proses pengagihan yang lambat serta bantuan tidak sampai kepada mereka yang memerlukan, pernah mencalarkan imej pusat zakat di Malaysia.

Salah satu luahan yang paling menyentuh hati Nona adalah yang dikongsikan di bawah,

Realitinya, tidak pernah wujud isu pilih kasih dalam institusi zakat di negara ini. Sebagai orang yang memegang amanah dan tanggungjawab agama yang besar, Nona percaya mereka telah sedaya upaya memberikan bantuan kepada pemohon yang layak.

Jika ada pun permohonan bantuan zakat yang ditolak, ia mungkin bukan sengaja kerana institusi zakat ini telah menetapkan had kifayah (penentuan asnaf fakir miskin) mengikut kutipan zakat tahunan.

Luahan di atas juga menggambarkan betapa komitednya pihak zakat menguruskan setiap proses yang mereka terima setiap hari. Terkini, pengumuman Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mempercepatkan kelulusan permohonan bantuan zakat daripada 30 hari kepada 5 hari sahaja dilihat sebagai suatu usaha yang amat cekap.

Kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, “MAIWP sentiasa menambahbaik perkhidmatan dalam urusan zakat, kalau dulu 30 hari, sekarang mesti selesai dalam tempoh tidak lebih 5 hari.

Kedua meringkaskan borang permohonan, dulu 8 halaman sekarang 2 halaman dan tidak perlu pengesahan mahupun sokongan daripada mana-mana pihak kecuali pengesahan pendapatan.”

Tambah beliau, MAIWP telah membuka 10 Pusat Agihan Zakat mengikut kawasan parlimen untuk memudahkan asnaf berurusan tanpa perlu ke ibu pejabatnya di Jalan Ipoh.

Dalam menyahut seruan kerajaan supaya setiap agensi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, MAIWP juga telah mempunyai Skuad Jejak Asnaf yang akan turun padang menjejaki asnaf yang masih tercicir.

Talian hotline 1-800-88-5222 turut disediakan bagi memudahkan asnaf menghubungi MAIWP. Selari dengan teknologi terkini, talian Whatsapp Skuad Jejak Asnaf beroperasi 24 jam dan 7 hari seminggu iaitu 012-5183614 dan 012-5127614. Norzalina Mohd Alias

Share
Published by
Norzalina