Di sebalik perwatakannya yang ceria dan kesempurnaan fizikal yang dimiliki tiada siapa pernah menyangka wanita ini sebenarnya telah kehilangan payu dara kirinya ekoran menderita penyakit Benign Phillodes Tumor lima tahun lalu.
Dalam usia 29 tahun dan masih bujang, Nurnawaitul Najwa Ahmad Nazri atau panggilan mesranya Najwa akur dengan takdir Ilahi demi meneruskan kehidupan sementara nyawa dikandung badan. “Sebagai wanita yang masih bujang ini sesuatu yang sukar untuk saya terima. Segalanya bermula sekitar Oktober 2013. Rupanya kesakitan di bahagian payudara kiri selama ini disebabkan adanya ketulan.
Ads
Waktu itu saiz ketulan sebesar sebiji telur ayam. Disebabkan rasa malu dan takut payudara dipotong, ditambah pula faktor kekangan wang maka saya pendamkan hal ini tanpa rawatan susulan sehinggalah ke tahun 2017.
Empat tahun saya sembunyikan perkara ini daripada pengetahuan keluarga. Ketulan kian membesar sehingga sebesar cup D bersamaan dengan 17x15cm. Beratnya pula mencecah 860gram,” kongsi Najwa anak kelahiran Kelantan ini.
PASRAH
“Akhirnya sekitar Julai 2017 ibu bapa saya dapat tahu juga mengenai perkara ini. Namun begitu saya lega. Biarlah mereka tahu sendiri kerana sukar untuk saya jelaskan keadaan sebenar. Sebenarnya saya tak sanggup buat mereka bimbang apatah lagi menambah beban masalah kewangan ketika itu.
Sebab itulah saya sanggup pendam derita ini seorang diri sehinggalah keadaan payudara kiri sudah di tahap kronik. Semasa di awal-awal pemeriksaan, rata-rata doktor mengatakan kemungkinan 90% ia adalah kanser! Saya jadi down sangat, penampilan diri pun terabai.
Bukanlah perkataan kanser itu yang menakutkan saya tapi terpaksa menerima hakikat yang payu dara perlu dipotong membuatkan saya takut. Sebelum tiba tarikh pembedahan iaitu pada 22 Mac 2018, macam-macam rawatan alternatif dibuat antaranya rawatan sengat lebah di payu dara dan minum madu, termasuk pergi ke Kelantan bagi mendapatkan air penawar.
Ads
Sehinggalah sampai satu tahap saya dah tak mampu lagi nak bertahan. Waktu itu ketulan makin membesar terutama di bahagian puting. Saya kata pada ibu “Bu..Along dah ready untuk operate.”
Saya pasrah ‘melepaskan’ payu dara kiri dan berkata pada diri sendiri, selepas pembedahan Iam the new person..the new me!
Melepaskan bukan bermaksud saya berputus asa sebaliknya mengharapkan peluang kehidupan baru yang lebih cerah dan membahagiakan. Setelah pembedahan selamat dijalankan, keputusannya keluar pada 24 April 2018. Alhamdullilah syukur kepada Allah SWT, ia bukan kanser sebaliknya disahkan sebagai Benign Phillodes Tumor. Saya tak perlu buat rawatan radioterapi dan kemoterapi.
Memang benar, selepas operation saya bertambah ceria dan bertenaga. Tiada lagi rasa sedih dan kecewa seperti dulu,” ujar anak sulung daripada lima beradik ini.
Ads
SUMBER KEKUATAN
“Semestinya diri saya sendiri. Bayangkan selama empat tahun saya menanggung kesakitan seorang diri dengan ketulan yang panas membakar setiap hari. Beratnya pula amat membebankan. Namun saya takkan lupa jasa ibu bapa yang tak pernah jemu-jemu berikhtiar demi melihat saya kembali pulih seperti sedia kala.
Melalui penderitaan ini saya melihat banyak hikmah. Selain sebagai ‘hadiah terbesar’ dari Allah SWT, saya dapat merasai bagaimana rasanya mempunyai implant di payu dara.
Saya juga semakin matang, kuat dan ceria. Kini, walau apa pun masalah yang dihadapi sedikit pun tidak mengganggu mood saya untuk terus ceria. Paling ketara ialah saya berjaya mengawal berat badan dan hilang sebanyak 9kg. Ditambah pula dengan kata-kata semangat daripada surgeon yang menyarankan saya untuk makan buah, sayur dan sumber protein.
Kalau dulu saya memang tak boleh hidup tanpa nasi. Tapi sekarang saya dah tak ambil nasi di samping aktif berbasikal. Seterusnya impian saya untuk berkongsi ilmu dan memberi kesedaran buat seluruh wanita tentang penjagaan kesihatan payudara yang betul. Jika ada sesuatu yang tak kena segeralah bertemu doktor,” akhiri Najwa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, isu keruntuhan rumahtangga yang melibatkan pihak ketiga semakin menjadi-menjadi. Masih belum reda kisah pergolakan perhubungan Shamsul Yusof dan Puteri Sarah, kisah rumahtangga pelakon drama tampan Hafidz Roshdi pula diperkatakan apabila isteri Nurul Shuhada yang mendakwa rumahtangganya diganggu oleh pihak ketiga ditularkan.
Situasi menjadi lebih panas apabila tangkap layar paparan skrin perbualan Hafidz dengan kekasihnya yang didakwa penyondol tular di media sosial.
Namun pagi tadi, wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan pelakon Hafidz Roshdi tampil membuat permohonan maaf berkaitan isu curang yang tular di media sosial baru-baru ini. Wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada itu tampil membuat permohonan maaf melalui kemas kini di akaun Instagramnya pada Sabtu.
Menurut Athira, dia ingin memohon maaf kepada isteri Hafidz bersama dua orang anaknya dan berkata tidak akan menghubungi pelakon lelaki itu lagi.
Pun begitu sebentar tadi menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuhada di laman Instagramnya, dia menzahirkan ucapan terima kasih atas permohonan maaf yang dilakukan oleh Athira namun, membangkitkan beberapa isu menerusi fakta yang didapati menggelirukan yang disampaikan oleh wanita terbabit.
“Waalaikumsalam dan terima kasih Cik Athirah atas cubaan membuat permohonan maaf secara terbuka berserta cubaan untuk meletakkan kesalahan ni pada orang lain, tapi ada maklumat menggelirukan yang perlu saya jelaskan disini.
“Anda berdua berhubung antara satu sama lain sehingga 25 Januari 2023 dimana hanya beberapa minggu yang lalu. Kenyataan ini mengikut semua bukti yang saya saksikan.
“Saya mempunyai semua hak untuk dedahkan kepada umum untuk lindungi keluarga saya, tetapi saya lebih suka menyerahkan segala-galanya kepada peguam dengan cara yang betul dan beradab untuk selesaikan perkara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Shuhada akui terbuka hati untuk memaafkan Athirah namun, dia tidak akan melupakan apa yang dilakukan terhadap rumah tangganya selama ini.
Malah, dia juga tidak mahu memanjangkan isu ini di laman sosial memandangkan pelbagai pihak terutamanya keluarga serta anak-anak terpaksa menanggung malu dengan apa telah terjadi.
Untuk rekap, Hafidz yang juga bekas peserta program Hero Remaja berkahwin pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.
Di ruangan komen hantaran Nurul Shuhada, ramai warga maya yang turut memberikan kata-kata semangat buat Nurul Shuhada.
NONA mendoakan semoga Nurul Shuhada terus kuat menjalani dugaan ini. Buat suami di luar sana, hargailah pengorbanan isteri anda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alhamdulillah 6 September lepas pelakon dan pengacara popular, Jihan Muse dan suami selamat menimang cahaya mata kedua mereka di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.
Meskipun belum mengumumkan berita gembira, jantina dan gambar terkini anak keduanya secara rasmi, khabar mengenai kelahiran cahaya mata terbaharu Jihan diketahui ramai selepas isteri kepada Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A Rahman memberikan ucapan tahniah menerusi Instagram Story.
Menguatkan lagi khabar gembira itu apabila pihak hospital tempat Jihan bersalin turut berkongsi foto personaliti ini di Instagram milik mereka sambil mengucapkan tahniah.
Jihan dalam pada itu dilihat turut mengulang siar semua ucapan tahniah yang diterimanya.
Kira-kira seminggu sebelum melahirkan anak, Jihan ada berkongsi foto bersama suami dan anak ketika melakukan check up kali terakhir di hospital. “Kejap macam nak keluar kejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda (bonda). Doakan ye.”
Rupa-rupanya tidak lama selepas pemeriksaan tersebut, Jihan akhirnya selamat melahirkan zuriat kedua dengan selamat. Alhamdulillah.
Sementara itu, Jihan dikhabarkan tidak akan bergandingan bersama Nabil Ahmad sebagai pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan. Sebaliknya, tempatnya diganti dengan Elly Mazlein untuk musim kali ini.
Jihan mendirikan rumah tangga bersama Ungku Hariz yang juga seorang pelakon pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dineri nama Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.
Moga Jihan berada dalam keadaan sihat selepas melahirkan anak kedua ini dan semoga bayi juga membesar dengan sihat. Tahniah Jihan dan Ungku Hariz!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tergambar riak bahagia di wajah pelakon yang menempa populariti menerusi drama Titian Cinta ini. Bermula dengan fasa perkahwinan kemudian bergelar ibu, kini Farah Nabilah mencuri perhatian apabila mengambil keputusan untuk berhijab.
Tidak mahu mengulas panjang tentang keputusannya untuk berhijab namun ibu kepada Andre Omar mengiyakan apabila diajukan pertanyaan tersebut.
“Saya tak ada nak komen apa-apapun. Lagipun saya rasa tak perlu diumumkan pun.
Cuma apa-apapun saya nak ucapkan terima kasih banyak kerana ramai yang mendoakan hal ini serta segala kebaikan kepada keluarga saya,” kata Farah Nabilah yang sebelum ini sering memuatnaik gambar memakai selendang di laman media sosialnya.
Teringat ketika pertemuan kami di sebuah majlis pelancaran tudung dahulu dan sempat bertanya rahsia wanita cantik ini menjaga kulitnya yang halus itu.
“Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air. Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah sambil tersenyum.
Farah Nabilah dan suaminya telah diijabkabulkan pada 20 Disember 2019 di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara dan melahirkan Andre pada 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...