Niat seorang pemandu Grab wanita untuk mencari duit lebih sebelum pergi beraya ke rumah rakannya terbantut apabila beliau hampir menjadi mangsa culik atau bunuh oleh tiga orang warga asing.
Ads
Wanita yang dikenali sebagai Jamna Faziran itu menceritakan detik cemas beliau ketika menghadapi situasi tersebut di laman Twitter miliknya.
Ads
Setelah diperiksa dan disoal siasat oleh pihak polis, tiga penumpang warga asing tersebut menyatakan pisau yang berada dalam simpanan mereka adalah untuk memotong sayur dan ayam.
Ads
Seperti yang dijelaskan wanita ini, keadaan cermin keretanya yang tidak gelap membantu pihak polis untuk mengecam penumpang warga asing yang mencurigakan itu. Jadi ada sebab kenapa Pihak Pengangkutan Jalan (JPJ) menetapkan standard peratusan gelap bagi penggelap tingkap atau tinted untuk sesebuah kenderaan.
Pemandu wanita yang memilih untuk menjalankan perkhidmatan kongsi kereta ini harus lebih berhati-hati bagi mengelakkan kejadian ysng tidak diingini berlaku. Selain itu, anda juga digalakkan untuk lebih peka dalam pemilihan penumpang terutamanya dalam kalangan warga asing.
Sumber: twitter Cik JamNa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bukan hanya beliau yang menolak gaji sebagai Perdana Menteri, sebaliknya ia turut dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut Perdana Menteri, Seri Paduka berkenan tidak menerima gaji yang diberikan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19.
“Yang di-Pertuan Agong lebih awal dari saya dan tidak menerima gaji daripada kerajaan sejak Covid-19. Jadi eloklah saya beri penjelasan ini.
“Itu sumbangan dibuat Yang di-Pertuan Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan kehidupan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri malah, semua Jemaah Menteri juga bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan.
Sumber: Utusan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teknologi dan rangkaian media sosial yang wujud hari ini menghidangkan 1001 kemudahan kepada pengguna siber. Tidak sekadar dijadikan medium berkomunikasi, ia juga digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan termasuk memasarkan perniagaan, mencari peluang pekerjaan dan tidak kurang juga sebagai saluran menyebar maklumat. Tapi ingat, perkara yang disampaikan tersebut haruslah tepat!
Mengambil kelebihan dunia siber untuk mengajak orang ramai berbuat kebaikan, coretan yang dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai Acaii Jawe dalam Twitter nyata menarik perhatian ramai. Perkongsiannya cukup ringkas namun besar manfaat bagi mereka yang masih belum arif tentang solat berjemaah. Apa yang pasti, keprihatinan lelaki tersebut mengenai perkara ini wajar dipuji dan seharusnya menjadi ikutan buat para pengguna media sosial yang lain.
Berikut informasi yang di’tweet’ Acaii Jawe:
Basic solat berjemaah yang ramai masih tak tahu.
Kalau Imam bangun (situasi terlebih rakaat), makmum jangan ikut. Sesiapa yang ikut batal solat.
Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai-pandai suruh Imam duduk semula. Kalau Imam duduk, dikira batal (mengikut Mazhab Syafie)
“Ada solat dekat satu masjid, Imam terlupa duduk tahiyat awal. Kemudian beliau berdiri. Punyalah ramai jemaah belakangnya tegur ‘Subhanallah’. Aku yang sudah berdiri ini harap sangat janganlah Imam pergi duduk balik. Tiba-tiba Imam duduk balik terpaksa Mufarraqah.
Sebab itu ada sebut supaya yang dekat belakang Imam kena orang yang berilmu. Bila Imam batal dan keluar solat, dia orang yang boleh gantikan Imam. Boleh juga tegur kesilapan Imam. Orang yang saf-saf belakang itu kalau boleh diam je.
Ada juga pengalaman berhenti dekat satu surau, sudah rakaat ketiga tiba-tiba Imam batal ketika duduk antara dua sujud (terkentut). Tiba-tiba semua jemaah bubar dan solat semula. Sepatutnya, orang belakang Imam ambil alih jadi Imam dengan kuatkan suara. Tak perlu ke depan tak mengapa.
Pengalaman dekat masjid kampung sendiri ketika solat Asar, Imam berdiri selepas rakaat keempat. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu sudah rakaat kelima. Imam sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut semua batal solat.
Ilmu yang kita semua kena belajar lebih daripada ilmu lain sepatutnya tentang solat. Kalau membaca, tengok video mungkin tak sampai setengah jam. Tapi ilmu itu kekal sampai kita mati.”
Soalan mengenai solat berjemaah
Imam terlebih rakaat, makmum tak perlu ikut. Bolehkah makmum terus bagi salam?
Jawapan : Makmum boleh tunggu Imam dekat tahiyat akhir dan bagi salam bersama Imam (agar dapat berjemaah) atau terus bagi salam (dikira solat sendiri).
Apa maksud Mufarraqah?
Jawapan: Mufarraqah bererti tukar kepada niat solat bersendirian dan keluar dari solat berjemaah bersama Imam.
Moga ilmu yang dikongsikan ini membawa manfaat kepada seluruh umat Islam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy birthday, Amyra Rosli! 24 Ogos lepas genap 31 tahun umur isteri Amar Baharin ini. Pastinya kehidupan Amyra kini lebih bahagia kerana bukan hanya dikurniakan suami penyayang dan anak-anak bijak, malah kerjaya seni Amyra juga makin meningkat naik.
Bersempena ulang tahun kelahiran, Amar meraikan isteri tercinta secara sederhana bersama dua anak mereka. Daripada perkongsian video yang dimuat naik Amar di media sosial, kelihatan wajah terharu Amyra dengan sambutan tersebut.
Namun yang paling mencuri tumpuan dan menjadi bualan peminat ialah kek hari lahir yang dihadiahkan kepada Amyra. Mengamati salah satu kek berkenaan, kelihatan nasi lemak yang dibentuk menjadi kek dan dihiasi dengan hirisan timun, telur rebus, sambal dan taburan beberapa ekor udang di atasnya. Memang rare!
Dalam pada itu, Amar turut menitipkan ucapan romantis buat Amyra Rosli. “Selamat Hari Lahir Sayang, Amyra Rosli. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan di dunia dan di akhirat.”
Tak dinafikan sejak berkahwin dan berhijab, kerjaya seni Myra makin meningkat naik. Bermula dengan karier lakonan, selebriti cantik ini terus mengembang bakat bergelar duta dan diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai pengacara televisyen.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amirah Izzati Rosli seorang wanita yang sarat dengan naluri keibuan. Cara Myra melayan dan mendidik dua cahaya mata penuh dengan kelembutan.
Meskipun sudah beranak dua, bintang drama popular Nur ini cukup pandai menjaga penampilan diri. Mana tidaknya, dari zaman anak dara sampai sekarang maintain menawan.
Amyra Rosli mendirikan rumah tangga dengan pelakon Amar Baharin pada tanggal 11 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki Aqeef Anaqi dan anak perempuan Ayra Aryssa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...