Macam mimpi jadi nyata kalau dapat pakai busana eksklusif pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie hari raya nanti. Bukan persalinan raya untuk diri sendiri dan pasangan sahaja, anak-anak pun tidak terkecuali bergaya sakan dengan rekaan mewah serba baru ilham Jovian. Yang pasti, baju raya Jovian Mandagie bernilai keseluruhan RM30, 000 menanti anda sekeluarga sempena lebaran tahun ini!
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Gaya Raya Bersama TOP kembali menceriakan Syawal anda. Istimewanya tahun ini, TOP menjalin kolaborasi bersama pereka ternama Jovian Mandagie yang hampir dua dekad bertapak dalam industri fesyen tanah air. Daripada beribu-ribu penyertaan yang diterima setiap tahun… hanya lima keluarga bertuah bakal memenangi koleksi Jovian Mandagie Ready-To-Wear berserta tajaan produk TOP.
Anda boleh menyertai peraduan ini dengan tiga langkah mudah.
Langkah 1: Beli mana-mana produk TOP dan simpan resit pembelian minimum bernilai RM25
Langkah 2: Ambil gambar anda bersama pasangan atau keluarga dengan berpakaian sedondon.
Langkah 3: Lengkapkan borang penyertaan, butiran diri, gambar serta resit pembelian secara pos ke alamat:
PERADUAN GAYA RAYA BERSAMA TOP & NONA
Nu Ideaktiv Sdn Bhd, No 1 Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Selain itu, anda juga boleh menghantar penyertaan menerusi Whatsapp dengan melengkapkan Nama Penuh (Space), Alamat (Space), No. Kad Pengenalan (Space), Emel (Space) bersama gambar berpakaian sedondon sekeluarga serta resit pembelian produk TOP ke 019-612 0723.
Atau, upload gambar di Instagram dengan hashtag #GAYARAYABERSAMATOP dan direct message (DM) resit pembelian ke @majalahnona. Pastikan akaun Instagram anda adalah ‘public’. Senang bukan?
SYARAT & MAKLUMAT PENYERTAAN
- Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Southern Lion, Lam Soon Edible Oil Sdn Bhd dan anak syarikat yang berkenaan
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Mei 2019
- Semua keputusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan
- Pemenang akan dihubungi oleh wakil majalah Nona
- Setiap pemenang perlu terlibat di dalam pembikinan buku khas GAYA RAYA TOP & NONA yang akan disiarkan di dalam majalah Nona
Tunggu apa lagi, pilih gambar sedondon terbaik dan beli produk TOP di pasaraya berdekatan hari ini untuk menyertai peraduan lumayan Gaya Raya Bersama TOP. Untuk maklumat lanjut, layari nona.my/gayarayabersamatop2019.