Lumrah bagi pasangan yang pertama kali bergelar ibu bapa pasti akan teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran si kecil apabila usianya mencecah setahun.
Seperti dikongsi oleh pelakon jelita berketurunan Melayu-Arab-India, Raja Ilya di Instagram miliknya baru-baru ini.
Raja Ilya berkongsi momen-momen ‘sweet’ ketika dia dan suami, Trent Garrett meraikan ulang tahun kelahiran anak perempuan mereka, Talita Love Garrett yang genap setahun pada 1 Julai 2023.
Memetik kata-kata Raja Ilya buat anaknya di ruangan kapsyen: –
“Happy 1st Birthday to our precious little joy! Even though you might not grasp the world around you just yet, our hearts brim with pride and love for you.
“We hope the laughter with your tiny friends, the taste of your first cupcakes and macaroons, imprints on your little heart. As you grow, may you bloom into a remarkable, kind-hearted girl and sparkling with an enchanting personality.”
Comel sangat Talita yang dipakaikan gaun berwarna pink, lengkap dengan riben di tengahnya.
Malah, gaya rambut tocangnya turut menambahkan lagi kecomelan Talita yang dilihat lebih mewarisi wajah ‘mat saleh’ bapanya yang berasal dari Australia. So adorable!
Raja Ilya dan suami memilih pink sebagai warna tema majlis.
Sederhana dan santai tapi meriah dengan kehadiran teman-teman yang turut membawa anak-anak mereka.
Selain kek harijadi yang dihasilkan sendiri oleh Raja Illya, tetamu turut dihidangkan dengan cupcake, donut dan macaroon yang nampak lazat semuanya.
Para tetamu juga kelihatan sangat gembira serta ‘enjoy’ pada majlis tersebut.
Untuk info, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mendirikan rumah tangga dengan usahawan Australia, Trent Garrett pada Disember 2018.
Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya mengambil keputusan untuk menetap di Perth, Australia bersama suami. Semoga Raja Ilya kekal ceria dan bahagia bersama keluarga.
BACA JUGA: “Bilik Baby Dah Siap!” Bakal Bersalin Di Australia, RAJA ILYA Teruja Bakal Bergelar Ibu
This website uses cookies.