Dalam kemeriahan Syawal, nampaknya keluarga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha Abdul Razak dan Ayu Raudhah selamat menerima kehadiran ‘orang baharu’ dalam keluarga mereka.
Zaquan Adha berkongsi berita gembira melalui Insta Stories mengenai isterinya, Ayu Raudhah telah selamat melahirkan cahaya mata keenam pada jam 2.25 petang.
Sejak semalam, penyerang bola sepak Negeri sembilan itu berkongsi keadaan isterinya yang dimasukkan ke hospital. Malah dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa yang baik untuk isteri dan anaknya itu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 9 tahun, Muhammad Aisy Aryann, 8, Laura Zuleyka, 5, Muhammad Aisy Khaliq, 3 dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun enam bulan.
Minggu lalu, keluarga ini sempat meraikan sambutan Aidilfitri di Kedah bersama keluarga besar Ayu Raudhah di mana sudah menjadi kebiasaan keluarga ini berkumpul beramai-ramai untuk meraikan Aidilfitri.
Tahniah dan selamat berpantang!
Sumber: Instagram Zaquan Adha dan Ayu Raudhah.
This website uses cookies.