Tambah Seri Ruang Bilik Mandi Dengan Sentuhan & Hiasan SEMULA JADI, Jom Cuba!

Kita sudah biasa melihat tanaman-tanaman hiasan yang diletakkan di ruang tamu, laman rumah serta dapur. Namun ruang yang jarang dihiasi dengan tanaman segar ialah bilik mandi. Mungkin keadaannya yang kerap basah dan lembap menyebabkan tidak semua jenis tanaman sesuai dengan diletakkan di bilik mandi. Jika anda berhasrat untuk menghiasi ruang bilik mandi dengan tanaman segar inilah pilihannya.  

BOSTON FERNS

Bagi bilik mandi yang lembap dan kurang menerima cahaya matahari, Boston Ferns pilihan yang tepat kerana ia boleh tumbuh dengan baik di dalam pasu, bakul atau raga yang digantung. Tanaman ini juga sangat efektif bagi menghilangkan bahan kimia dan pelembap dari produk-produk mandian.

MAIDENHAIR FERNS

Sesuai diletakkan di dalam bilik mandi yang mendapat sinaran matahari yang banyak supaya daun-daunnya tumbuh sihat.

AIR PLANT

Tanaman ini menyerupai pokok lidah buaya yang biasanya diletakkan di dalam botol terrarium kerana saiznya yang comel. Hendak menjaganya mudah sangat, cukup menyiramnya dengan air dan diletakkan di kawasan yang ada cahaya matahari. 

GOLDEN POTHOS

Bentuk daun tanaman ini berbentuk hati dan tumbuh segar di kawasan yang hangat dan ada cahaya matahari. Namun berhati-hati kerana jika terlalu kerap terkena panas, daunnya akan mudah mengering.   

ORKID

Selain tahan lasak dan mudah merawatnya, tanaman yang mempunyai bunga cantik dan beraneka ini juga boleh dijadikan sebagai elemen dekorasi untuk bilik mandi. AMY MOHD

Share
Published by
Suzi