Kata orang tua, makanan menzahirkan ekspresi rasa romantis. Air tangan si isteri yang memasak buat suami tercinta semakin mewujudkan bibit mesra dalam sesebuah rumah tangga. Ramai lelaki bersetuju dengan kenyataan ini dengan mengatakan makanan yang dimasak di rumah dirasakan lebih romantis berbanding menikmati masakan di restoran.
Namun kebiasaan hidup moden telah meminggirkan tradisi menangkap hati dan cinta sejati melalui perut dan kemampuan memasak yang baik di rumah. Benarkah begitu?
Barangkali golongan wanita tidak menyedari, lelaki menilai itu sebagai kesungguhan pasangan. Biar pun segelintir lelaki tetap menganggap perempuan romantis, meskipun tidak pandai memasak. Kenyataan itu mengundang banyak tekanan pada perempuan yang mahu pandai memasak di dapur. Ini disokong dengan indicator yang menunjukkan 61 peratus perempuan kurang handal memasak berasa tertekan apabila perlu memasak di rumah.
Maka tidak menghairankan apabila negara Itali dianggap sebagai negara utama yang memartabatkan cinta kerana dilimpahi dengan makanan enak dan kepintaran golongan wanita di sana mahir memasak. Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa makanan sangat berkait rapat dengan saat romantis dan menimbulkan kesan mendalam. Alasannya mudah. Mereka berpendapat, makan malam masakan rumah menciptakan tempat yang sempurna untuk menimbulkan suasana romantis.
Malah jika dijadikan kebiasaan akan semakin meningkatkan rasa cinta sesama suami dan isteri. Sebanyak 90 peratus dari jumlah itu mengakui kebenaran fakta ini sementara 10 peratus lagi kurang bersetuju. Apa pun kepada segelintir wanita yang tidak mahir memasak kerana 85 peratus lelaki mengatakan terkesan jika pasangan mencuba memasak untuknya.
Adakah anda, seorang wanita yang sedang membaca artikel ini tahu memasak? Jika tidak, belajarlah memasak biar pun langkah demi langkah agar suami tidak sabar setiap kali pulang dari bekerja mahu menjamah masakan anda sehingga menjilat jari.
Bagaimana pula jika si isteri sudah mahir memasak dan si suami masih gemar makan di luar tanpa mahu mengkritik masakan isteri secara langsung. Barangkali tip ini boleh dipraktikkan untuk diteladani agar suami kembali makan di rumah. Buku ‘Life is Huge’ hasil karangan Susan Jeffers menyatakan bahawa cukup penting bagi setiap wanita mengubah harapan yang selama ini ia hidup dari hari ke hari. Alasannya, lelaki memang dilatih bersikap terbuka namun mereka terhambat oleh cara pengungkapan secara verbal
.Jadi jangan jemu membantu pasangan Anda untuk mengutarakan apa yang mereka alami dan rasai. Paling penting, golongan wanita menghargai saat si suami mengekspresikan perasaannya. Misalnya memberikan hadiah, menelefon, mengkritik mutu masakan dan memberi berbagai sentuhan buat Anda sebagai wanita. Wanita seharusnya memahami sisi indahnya berdiam diri (the beauty of silence) dari lelaki. Ajukanlah pertanyaan refleksi seperti, ‘Mengapa sebagai wanita, saya merasa terganggu dengan sikap diam si suami?’
Jika sudah sampai masanya anda sudah jenuh mahu berkata-kata, cukup bersikap santai dan fokuskan diri kepada apa yang dikatakan oleh suami. Kepada suami tercinta, katakanlah berulang kali dalam hati, ‘Aku mencintaimu’. Rasakanlah sentuhan tenaga cinta di sekujur tubuh.
Tidak jarang suami mengutarakan segala keresahan di hati. Itulah saatnya anda sebagai perempuan belajar mencintai sisi kemanusiaan dari seorang lelaki. Itulah saatnya anda menjalinkan perbualan secara intensif. Sebagai wanita, hindarilah sikap menghakimi, suka mempertahankan diri ketika suami mula mendiamkan diri. Sikap-sikap itu hanya menggambarkan bahawa anda tidak ingin terlibat lebih jauh dengan hidupnya. Boleh jadi anda sendiri tidak merasa selesa bersama lelaki yang anda kasihi itu.
Wanita kerap kali bimbang apabila memikirkan apa yang diinginkan dan diharapkan oleh lelaki dari sebuah jalinan hubungan. Ketika anda bimbang, maka lelaki akan dapat menangkap tanda itu. Inilah saatnya anda mencerminkan diri sendiri dan berefleksi dengan berkata, ‘Apa yang sesungguhnya saya harapkan dari hubungan ini?’
Kebanyakan perempuan cenderung untuk terlalu banyak berbicara. Ini jelas menggambarkan siapa diri anda sesungguhnya. Berhentilah bercakap terlalu banyak. Dengan berdiam sejenak, anda dapat memberi ruang bagi fikiran tenang dan hati tidak gundah-gulana. Sebagai wanita, anda harus banyak bersabar. Kita tidak dapat mengubah seorang lelaki, bila anda sebagai perempuan tidak mengubah diri atau memperbaiki mutu masakan lebih dulu. Dengan memperbaiki diri sendiri, anda dapat ‘membuka’ pintu hati lelaki agar lelaki itu berikrar menjadi ‘soulmate‘ anda sepanjang hayat.
This website uses cookies.