Berapa pun usia dan aktiviti anda, gaya rambut lurus takkan pernah gagal menonjolkan keanggunan. Walau bersantai di rumah, penampilan rambut tetap perlu diambilkira. Tiga inspirasi gaya rambut lurus ini wajar ditiru untuk kelihatan lebih anggun dan muda.
Usia 20-an
Potongan rambut lurus dan panjang sesuai untuk wanita di usia 20an. Ini kerana di usia itu wanita bebas untuk bereksperimen dengan pelbagai gaya rambut. Bila rambut anda tidak lurus secara alami, meluruskan rambut secara kekal nyata sesuai dengan anda yang berambut tebal dan sukar diuruskan. Agar tekstur rambut makin menonjol, pewarnaan akan memberi dimensi apatah lagi bila helaiannya kusam. Pilihan warna coklat mahogany atau coklat tembaga dengan sedikit highlight warna terang sepadan buat wanita di usia ini. Beri perawatan yang intensif dengan melakukan hair spa smoothing seminggu sekali.
Usia 30-an
Usia 30-an, wanita dituntut terlihat lebih anggun dan dewasa. Lebih-lebih lagi bila sedang meniti puncak karier. Model rambut dengan panjang sedikit di bawah bahu sesuai dengan anda. Untuk kelihatan lebih moden, penggayaan potongan layer akan membuat penampilan lebih moden dan segar. Warnakan rambut dengan teknik toning agar hasilnya kelihatan ‘lembut’. Warna-warna terang dan highlight harus dielakkan. Pilihan warna yang sesuai adalah seperti hitam kemerahan, coklat tua atau coklat kemerah-merahan.
Usia 40-an
Di usia ini, sebaiknya rambut tidak lebih panjang dari 2 sentimeter di bawah paras bahu. Pilihan berambut lurus dengan sedikit tekstur di hujung agar terkesan muda juga seksi. Kini meluruskan rambut secara kekal juga boleh diperolehi dengan blow dry. Jangan lupa untuk menyembunyikan rambut beruban dengan pewarnaan coklat gelap. Hindari warna hitam pekat kerana terkesan tidak alami. Di usia 40-an, rambut terdedah terhadap dehidrasi. Hindari mengeringkan rambut dengan hair dryer secara kerap.