Inspirasi

Tampil Ayu Berhijab, Seri Pengantin Diraja Brunei Dayang Anisha Usai Majlis Khatam Al-Quran!

Majlis perkahwinan paling dinanti-nantikan, bukan hanya di Brunei tetapi juga di Malaysia. Kurang empat hari saja lagi Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam Isa Kalebic bakal bergelar suri hati Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen secara sah.

Menantikan detik bersejarah 11 Januari nanti, YM Dayang Anisha dikhabarkan usai menjalani majlis Khatam Al-Quran yang dilaporkan berlangsung pada Rabu lalu.

Menerusi perkongsian Instagram Teh Firdaus, kelihatan jelitawan berkenaan tampil anggun mempersona dengan berhijab.

Kredit Instagram @tehfirdaus
Kredit Instagram tehfirdaus

Terserlah sisi elegan dan kelembutan wanita yang berjaya menambat hati putera diraja Brunei Darussalam tersebut dalam persalinan indah ilham Teh Firdaus.

Difahamkan busana kurung tradisi rona putih yang digayakan Dayang Anisha diperbuat daripada tenunan Brunei. Cukup eksklusif!

Artikel berkaitan https://www.nona.my/cair-tengok-wajah-cantik-bakal-isteri-putera-mateen-nama-dayang-anisha-jadi-bualan-ramai/

Selain penampilan dan raut wajah wanita ini yang anggun bertudung litup, sebentuk cincin berlian yang tersarung di jari manis ratu hati Putera Mateen ini juga menjadi perhatian khalayak.

Kredit Instagram @tehfirdaus
Kredit Instagram @tehfirdaus

Dayang Anisha Rosnah merupakan cucu kepada penasihat negarawan Brunei dan pasangan diraja ini sudah pun mengenali sejak kecil. Malah, Putera Mateen bersahabat baik dengan abangnya iaitu Daniel Deen Isa.

Istiadat Perkahwinan Diraja yang dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari ini kemudiannya diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari.

Artikel https://www.nona.my/putera-mateen-kongsi-gambar-kahwin-kekanda-kelibat-wanita-cantik-wajah-kacukan-dalam-foto-jadi-tumpuan/

Diikuti Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari sebelum diikuti dengan Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada keesokan harinya.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja bakal berlangsung pada 11 Januari. Acara kemudian diteruskan dengan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari 2024.

Tak sabar nak tengok pasangan mempelai di pelaminan! Moga ikatan perkahwinan yang terjalin di antara Putera Mateen dan Dayang Anisha kekal bahagia sampai ke syurga.

Share
Published by
Suzi