Gaya Hidup

Tampil Bergaya & Selesa, Koleksi Eksklusif GEOX Spherica EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition Cipta Kelainan!

GEOX sememangnya terkenal sebagai pelopor kasut ternama di peringkat pasaran antarabangsa. Tidak sekadar diiktiraf kerana rekaan yang inovatif, GEOX juga menjadi pilihan ramai kerana komitmennya menghasilkan kasut yang bergaya dan selesa kepada pengguna.

GEOX baru-baru ini meraikan pelancaran kerjasama eksklusifnya dengan studio lukisan tangan yang berpangkalan di Hong Kong, The Flying Hawk Studio (T.F.H.S), melancarkan SPHERICA™ EC4.1 LNY Collectible Edition pada acara mewah yang diadakan di Madame Fù di Tai Kwun, Hong Kong pada Januari 9.

Dianjurkan oleh Pengasas dan Pengerusi GEOX Mario Moretti Polegato dan Ketua Pegawai Eksekutif Livio Libralesso, acara itu diserikan oleh tetamu terkenal, termasuk selebriti Grace Chan, pempengaruh media sosial dan rakan kongsi dari Rantau Asia Pasifik.

Terhad dan istimewa

Bersempena Tahun Baharu Cina, jenama kasut mewah GEOX melancarkan koleksi terkini serba eksklusif dan trendy tahun ini khas buat para fashionista. Majlis pelancaran Spherica EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition berlangsung di Seibu TRX, Malaysia pada 26 Januari lepas yang turut dihadiri Pengarah Pemasaran GEOX Malaysia, Lenson Chong termasuk pempengaruh media sosial, Debbie Goh dan Wind Lee.

Istimewanya, kasut olahraga edisi terhad Spherica EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition ini melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menjalin kerjasama dengan The Flying Hawk Studio. SPHERICA™ EC4.1 LNY bukan sekadar sepasang kasut, ia adalah simbol tenaga yang dihidupkan semula dan mempunyai estetika yang tersendiri. Lukisan naga yang dilukis tangan yang direka dengan teliti yang melambangkan evolusi, penambahbaikan dan kekayaan, kasut ini menjemput anda untuk melangkah ke tahun baharu dengan rasa pertumbuhan peribadi, keyakinan dan kemewahan.

Keunikan sisi rekaan

Terdapat tiga pilihan warna ditawarkan kepada peminat kasut berjiwa urban iaitu merah, biru dan hijau yang setiap satu daripadanya melambangkan identiti tersendiri. Penghasilan kasut ini juga sarat dengan nilai estetika dan penghormatan kepada dunia fesyen serta seni.

Lebih menarik, Spherica EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition yang menggabungkan teknologi termaju GEOX hanya terhad kepada 88 pasang sahaja di seluruh dunia. Ia turut didatangkan dengan rantai perak sterling 925 bagi menghasilkan sentuhan mewah pada ciptaan koleksi kali ini.

Diserlahkan dengan reka bentuk yang berbeza pada setiap sisi, satu bahagian menampilkan logo GEOX yang dilukis tangan. Manakala satu lagi mempamerkan lukisan naga yang dilukis tangan penuh dengan ketelitian.

Koleksi ini mencerminkan keanggunan pemakai dan gaya yang tiada tandingan, sesuai dengan cita rasa pencinta fesyen mewah.

Ia diperbuat daripada kulit nappa putih lembut dengan perincian emas atau hitam halus dengan reka bentuk kusyen istimewa demi memastikan pelanggan menikmati keselesaan sepanjang hari.

Tampil stailo dan bergaya eksklusif pada musim perayaan ini dengan SPHERICA™ EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition yang dijual dengan harga bermula dari RM3988.00 – RM5388.00.

Koleksi istimewa SPHERICA™ EC4.1 Wooden Dragon LNY Collectible Edition menjadi teman terbaik anda, melambangkan tenaga yang cergas dan cerdas serta gabungan sempurna antara inovasi dan tradisi. GEOX boleh didapati di semua kedai di Malaysia dan juga di kedai dalam talian rasmi GEOX di Shopee, Lazada dan Zalora. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi 03 – 8942 8333.

Share
Published by
Suzi